Ramkarpal Singh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Ramkarpal Singh

Anggota Parlimen
untuk Bukit Gelugor, Pulau Pinang
Memegang jawatan
10 Jun 2014
Didahului olehKarpal Singh
Majoriti63,112 (PRU-15)
55,951 (PRU-14)
37,659 (PRK Bukit Gelugor 2014)
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi)
Dalam jawatan
9 Disember 2022 – 12 Disember 2023
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
MenteriAzalina Othman Said
Didahului olehMas Ermieyati Samsudin
Digantikan olehM. Kulasegaran
Butiran peribadi
LahirRamkarpal Singh a/l Karpal Singh
(1976-04-09) 9 April 1976 (umur 48)
Bukit Gelugor, Pulau Pinang, Malaysia
Parti politik Pakatan Harapan
(DAP)
IbuGurmit Kaur
BapaKarpal Singh
Saudara
Alma materUniversiti Bristol
PekerjaanAhli politik
ProfesionPeguam

YB Tuan Ramkarpal Singh a/l Karpal Singh (Bahasa Panjabi: ਰਾਮਕਰ ਪਾਲ ਸਿੰਘ; lahir 9 April 1976) ialah seorang peguam dan ahli politik daripada Parti Tindakan Demokratik (DAP). Beliau merupakan ahli parlimen bagi kawasan Bukit Gelugor, Pulau Pinang. Bapanya, Karpal Singh adalah bekas pengerusi kebangsaan Parti Tindakan Demokratik. Saudara lelakinya ialah ADUN Datuk Keramat, Pulau Pinang Jagdeep Singh Deo dan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Ram merupakan bekas pelajar Saint Xavier's Institution sebelum meneruskan pendidikan awalnya ke sekolah swasta Seri Inai, Pulau Pinang. Beliau meneruskan pendidikan ijazah sarjana muda dalam bidang undang-undang di Bristol's University, United Kingdom. [1] Beliau merupakan peguambela yang memegang keahlian daripada Gray's Inn.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Ram memulakan kerjaya sebagai peguam pada tahun 2000. Beliau mengetuai firma guaman Karpal Singh & Co di Jalan Pudu Lama, Kuala Lumpur.

Beliau berjaya membela penasihat parti politik, Parti Keadilan Rakyat, Dato Seri Anwar Ibrahim dalam kes liwatnya di Mahkamah Tinggi. Namun, Mahkamah Rayuan telah memutuskan bahawa Anwar Ibrahim bersalah dengan mengenepikan keputusan Mahakamah Tinggi.[2]

Politik[sunting | sunting sumber]

Ram merupakan Ahli Parlimen bagi kawasan Bukit Gelugor setelah Parti Tindakan Demokratik melantik beliau sebagai calon Pakatan Harapan dalam pilihanraya kecil bagi kawasan Parlimen P51 Bukit Gelugor.[3][4]

Kemalangan Karpal Singh[sunting | sunting sumber]

Ramkarpal juga berada bersama dengan Karpal Singh, apabila bapanya ditimpa kemalangan dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang. Yang turut terkorban dalam kemalangan tersebut adalah pembantu ayahnya, Michael C. Selvam.[5]

Keputusan pilihan raya umum[sunting | sunting sumber]

Parlimen Malaysia: Bukit Gelugor[6][7][8]
Tahun Undi Pct Pembangkang Undi Pct Jumlah undi Majoriti Turnout
2014 Ramkarpal Singh Karpal Singh (DAP) 41,242 89.95% Huan Cheng Guan (PCM) 3,583 7.81% 46,438 37,659 56.34%
Mohd Nabi Bux Mohd Nabi Abdul Sathar (Bebas) 799 1.74%
Abu Backer Sidek Mohammad Zan (Bebas) 225 0.49%
2018 Ramkarpal Singh Karpal Singh (DAP) 65,622 86.68% Low Joo Hiap (MCA) 9,671 12.77% 76,489 55,951 83.51%
Lai Xue Ching (MUP) 412 0.54%

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ The third cub roars, Ramkarpal ready to conquer Tiger of Jelutong's den The Star. 11 Mei 2014 (Bahasa Inggeris)
  2. ^ Anwar bersalah meliwat pembantunya putus Mahkamah Rayuan Malaysian Insider. 7 Mac 2014.
  3. ^ Ramkarpal menang tiga hilang deposit Sinar Harian. 20 Mei 2014.
  4. ^ Ramkarpal Singh diumum calon DAP Bukit Gelugor My News Hub. 10 Mei 2014.
  5. ^ Karpal Singh maut kemalangan Utusan Online. 17 April 2014.
  6. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 February 2017. Results only available from the 2004 election.
  7. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai pada 17 May 2018.CS1 maint: unrecognized language (link) Percentage figures based on total turnout.
  8. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai pada 24 May 2018. Percentage figures based on total turnout.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]