Supermak (drama TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Supermak
Supermak.jpg
Genreaksi, komedi
Formatdrama
PengarahPrem Anand Pillai
Dibintangi oleh
Nasha Aziz
Azhan Rani
Zul Yahya
Zara Zya
Negara asalMalaysia
BahasaMalaysia
Bilangan episod13
Penerbitan
Tempoh siaran60 Minit (setiap hari isnin)
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal25 Julai 2011 – 24 Oktober 2011
Kronologi
MengikutiJuvana
Diikuti olehNilapura

Supermak merupakan sebuah drama yang ditayangkan di slot aksi di TV3 yang menampilkan Nasha Aziz sebagai watak utama.

Plot[sunting | sunting sumber]

Supermak mengisahkan tentang seorang ibu dan suri rumah sepenuh masa, Amy Salim yang mempunyai kekuatan dan kelajuan seorang adiwira. Keistimewaan dan kuasa ini diwarisi dari keturunannya, iaitu dari nenek moyang Amy yang berasal dari kepulauan Riau. Lima suku dari kepulauan tersebut di terajui oleh moyangnya yang bernama Thani. Menurut sejarah dan latar belakang keturunannya, Thani telah menyelamatkan hidup seekor burung mitos yang dipanggil geroda. Kisah bermula apabila burung geroda itu terkena panah, lalu cedera dan terus rebah ke tanah. Lebih merumitkan, panah itu dibuat dari sejenis kayu yang sukar di cari. Setelah diselamatkan oleh Thani, burung geroda tersebut berubah rupa menjadi seorang wanita jelita. Demi membalas jasa, wanita tersebut menganugerahkan lima kuasa sakti yang berlainan kepada Thani dan empat suku yang lain. Wanita itu turut menghadiahkan sebuah pingat yang unik kepada Thani yang boleh digunakan untuk menyeru semula burung geroda mitos yang sangat berkuasa dan mampu menakluk dunia.

Pelakon[sunting | sunting sumber]

  • Nasha Aziz sebagai Amy Salim
  • Azhan Rani sebagai Inspektor Rees
  • Zul Yahya sebagai Bashar
  • Zara Zya sebagai Camelia
  • Syawal AF sebagai Khalil
  • Henzi Andalas sebagai Ghazi
  • Nelly sebagai Ayesha
  • Haider Harris sebagai Amril
  • Rosli Sako sebagai Ayah Amy

Pautan luar[sunting | sunting sumber]