Nur (drama)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Drama Nur)
Jump to navigation Jump to search
Nur
GenreDrama
Cinta
Konflik
Keluarga
Agama
FormatDrama
Dibangunkan oleh
Radius One Sdn Bhd
PengarahShahrulezad Mohameddin
Dibintangi oleh
Amyra Rosli
Syafiq Kyle
Riena Diana
Noorkhiriah
Azhan Rani
Laila Nasir
Jalaluddin Hassan
Fatimah Abu Bakar
Raja Atiqullah
Lagu pembukaanTak Pernah Hilang Amylea & Kaer
Lagu penutupTak Pernah Hilang Amylea & Kaer
Negara asal Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan episod19
Penerbitan
Penerbit eksekutifIrwan Abd Ghani (onechinoiz)
PenerbitFazli Haji Baharom
Shahrulezad Mohameddin
Tempoh siaran1 jam (60 minit), 40 minit (tanpa iklan)
Syarikat penerbitan
Radius One Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalSlot Samarinda TV3
Siaran asalIsnin, 14 Mei 2018
StatusTamat (Masih ditayang dalam talian di iflix
Kronologi
MengikutiKalis Kasih

Nur ialah sebuah siri drama televisyen tahun 2018 dari Malaysia. Ia dihasilkan Radius One Sdn Bhd dengan arahan Shahrulezad Mohameddin serta dibintangi Amyra Rosli dan Syafiq Kyle. Ia mula bersiaran pada 14 Mei 2018 yang bersiaran di saluran TV3 setiap Isnin hingga Khamis jam 10 malam di slot Samarinda sepanjang Ramadhan. Drama siri Nur juga masih disiar secara dalam talian melalui laman sesawang iflix.

Drama ini menfokuskan tentang perbezaan kehidupan masyarakat yang dilabel sebagai golongan 'pendosa' dan juga golongan 'beriman' daripada perspektif masyarakat sekeliling.

Barisan pelakon[sunting | sunting sumber]

Sekuel[sunting | sunting sumber]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan Adam (Syafiq Kyle), anak kepada seorang penceramah selebriti terkenal iaitu Datuk Ayah Haji Mukhsin (Datuk Jalaluddin Hassan). Adam merupakan anak lelaki kepada Datuk Ayah dan amat terkenal di media sosial dengan kekacakannya. Setelah Adam kembali dari menyambung pelajarannya di timur tengah dalam jurusan Usuluddin, Adam bakal menggantikan tempat ayahnya dalam bidang dakwah. Demi merealisasikan cita-citanya itu, Adam mendapat bantuan kakaknya, Aisyah (Noorkhiriah) menjadi pengurusnya.

Suami Aisyah iaitu Syed Hamadi (Azhan Rani) pula merupakan seorang munafik. Dia dibawa masuk kedalam keluarga terhormat itu melalui Aisyah yang menipu dan berkata bakal suaminya itu seorang Ustaz. Ternyata, Hamadi membawa banyak masalah kepada keluarga itu. Hamadi juga sering turun ke lorong dan pernah dikantoi tidur bersama perempuan lain apabila Aisyah terjumpa kondom dalam bilik mereka. Namun, melalui pelbagai lagi penipuan, Hamadi diangkat sebagai pengetua Rumah Anak Yatim Darul Mukhsin dimana dia sering menyelewengkan wang sekolah tersebut. Apabila dia ingin mencuri duit tersebut, cek tersebut diletakkan dibawah nama Ustaz Yassin.

Manakala Nur yang tidak berpelajaran formal, apatah pelajaran agama, merupakan seorang anak pelacur, Mona (Laila Nasir). Mona yang juga merupakan anak pelacur sudah biasa dengan gaya hidupnya bukan seperti Nur yang ingin keluar dari hidup sebegitu. Nur seringkali dipaksa melayan lelaki miang yang datang oleh maknya sendiri dan bapa ayam mereka, Marzuki (Elmy Moin). Akibat bosan dengan pekerjaan keji itu, Nur sering memberitahu pelanggannya bahawa dia menghadapi HIV dan lantas mendapatkan wang dari kerja mencuci pinggan dimana dia berkawan baik dengan seorang pondan bernama Jojo (Jijie Zainal). Nur juga sering membaca bacaan ilmu agama yang dikutipnya ditepi jalan dan tempat tempat kerana Hidayah Allah kepada Nur.

Kisahnya bermula dengan mefokuskan tentang isteri Adam yang dipilih oleh keluarganya, Qhadeeja (Riena Diana) yang merupakan seorang doktor. Deja kian hari ke hari membawa makanan dan inginkan perhatian Adam. Keluarga Qhadeeja juga teruja ingin menantukan seorang Ustaz selebriti yang mempunyai rupa dan alim.

Pelbagai program televisyen mengundang Adam sebagai tetamu jemputan. Namun sebelum Adam mengorak langkah ke dunia selebriti, Adam mula mencari pengalaman dengan berdakwah di masjid ayahnya. Ketika sesi dakwah dan ceramah Ustaz Adam, Ustaz Adam sentiasa membuka peluang makmum bertanyakan soalan kepadanya. Walau bagaimanapun, Ustaz Adam sentiasa menerima soalan-soalan yang sedikit “lain daripada yang lain” oleh seseorang yang tidak dikenali.

Pada suatu hari, ketika Ustaz Adam hendak keluar dari masjid, dia bertembung dengan seorang wanita yang sedang menulis sesuatu. Adam mula menyapa lembut wanita itu tetapi wanita itu terus melarikan diri dan meninggalkan sekeping kertas yang mengandungi beberapa soalan yang tidak lengkap.

Akibat ingin tahu soalan itu selebihnya, Adam keluar mencari gadis misteri itu dengan menggunakan yang dilukis adiknya, Mirul (Raja Atiqullah). Dengan kuasa Allah, tergerak hatinya untuk ke lorong pelacuran dimana dia ternampak Nur yang cuba melarikan diri. Namun, Adam gigih dan terus menunggunya hinggalah beberapa hari kemudian Adam terjumpa Nur bersembahyang Subuh dan berdoa di sebuah lorong. Keikhlasan dan ketaqwaan Nur lantas mengambil hati Adam.

Seterusnya, Adam dapat selebihnya soalan itu menjawabnya sebaik mungkin, dia juga menjadi pelindung Nur apabila Adam mengajak Nur ke masjid. Nur sering dikecam apabila ke masjid dan pernah dicampak terompah kaki ke mukanya. Mereka hari ke hari semakin rapat dan terus berkenalan sambil berminum di gerai-gerai, akhirnya cinta berputik. Adam kian melupakan bakal isterinya yang dipilih ibu bapa Qhadeeja. Namun, Deja tabah dan matang serta mampu menerima hakikat.

Apabla Nur masuk ke dalam keluarga terhormat itu, dia dibenci oleh Aisyah kerana nama keluarga mereka tercemar dan banyak rancangan ustaz selebriti dibatalkan akibat status isteri Adam. Sebagai seorang pengurus, hal ini memberi kesan hebat kepadanya. Ibu Adam, Datin Ibu Hajah Musalmah (Fatimah Abu Bakar) juga susah untuk menerima Nur masuk ke dalam keluarga itu. Namun, setelah mendengar kisah yang sebenarnya, hatinya terbuka sedikit sahaja untuk menerima Nur.

Satu hari, Nur sedang memasak Sup Ayam untuk keluarga mereka. Mirul ternampak yang Nur meletakkan sup bunjut kedalam masakan tersebut. Aisyah lantas tersalah fikir bahawa bunjut tersebut merupakan barangan sihir. Adegan ini lantas menjadi tular diseluruh negara berserta gelaran 'Ecah Sup Bunjut' yang turut tersebar. Seterusnya, keadaan Hamadi kian mendesak. Wang yang dicurinya mengakibatkan Darul Mukhsin kemarau duit. Oleh itu, Aisyah meminjam dari ibu Qhadeeja, Datin Orkid (Kuna Muzani) yang meletakkan syarat agar Adam masih menjadi menantunya dan ceraikan Nur. Ini membangkitkan lagi kebencian Aisyah kepada Nur sehinggakan dia sanggup menolak Nur dan mengakibatkan kegugurannya. Disebalik itu, Hamadi yang pernah berjumpa Nur sebagai pelacur tekad ingin 'meratah'nya. Hamadi juga meletakkan sihir perpisahan terhadap Nur dan Adam.

Cinta Adam dan Nur kini kian pudar. Adam ke rumah Deja dan mengekspresikan penyesalan tidak mendengar kepada ibu dan kakaknya supaya tidak berkahwin dengan perempuan lorong seperti Nur. Deja sedar bahawa Adam menyayangi Nur dan merasakan sesuatu itu tidak betul. Dia mula bertanya kan kepada ibunya rancangan Datin Orkid dengan Aisyah lantas terbongkar. Deja ke rumah Ayah Haji. Namun, Adam sudahpun melafazkan cerai talak satu kepada Nur pada malam sebelumnya. Aisyah terdatang dan mengaku segalanya bahawa suaminya adalah munafik dan bahawa dialah punca Nur keguguran. Dia ditampar Ayahnya sendiri. Akhir sekali, Nur pergi ke lorong lamanya dimana rumahnya dan ibunya sebenarnya telahpun dijual. Nur juga gigih mencari ibunya dan terjumpanya di kaki lima tempat dia sering sembahyang. Ibunya meninggal dunia disitu dan mengatakan Allah telah memakbulkan doanya. Dua minggu kemudian, Nur membuka sebuah kelas mengaji percuma dilorongnya bersama Ustaz Yassin dimana Adam datang semula dan mereka kembali bahagia.

Watak[sunting | sunting sumber]

Watak Utama[sunting | sunting sumber]

Seorang wanita muda yang berminat untuk mendalami ilmu agama walaupun dibesarkan oleh ibunya yang merupakan seorang pelacur. Nur seorang wanita yang baik, tabah, dan cekal dalam mengharungi pelbagai ujian yang diberikan. Walaupun ujian yang dihadapinya sungguh berat, dia tidak pernah meninggalkan solatnya. Dia juga berhasrat untuk keluar dari 'dunia lorong' dan menjalani kehidupan yang normal sebagai seorang hamba Allah. Nur juga pernah bertemu dengan beberapa lelaki yang dia sangka boleh mengubah hidupnya namun sangkaannya salah. Setelah Nur dikecewakan oleh beberapa lelaki, Nur bertekad untuk berusaha sendiri mengubah nasibnya namun kehidupannya mula berubah apabila Nur bertemu dengan seorang Ustaz muda yang bernama Adam Syafiq Kyle.

Seorang lelaki muda yang mempunyai ilmu yang mendalam tentang Islam dan dibesarkan dalam keluarga yang mempraktikkan ajaran Islam dengan sepenuhnya. Adam merupakan seorang lelaki yang pemalu namun sangat bijak. Adam merupakan seorang graduan daripada sebuah universiti di Jordan. Adam merupakan anak Datuk Ayah Haji Mukhsin dan Datin Ibu Hajah Musalmah. Ayahnya, seorang pendakwah terkenal dan disegani masyarakat. Pada suatu hari, ketika Adam selesai solat Subuh berjemaah di sebuah masjid milik ayahnya, Adam bertemu dengan seorang wanita muda Amyra Rosli sedang menulis soalan di atas sekeping kertas untuk ditanyakan ketika kuliah Subuh nanti. Wanita itu sedar akan kehadiran Adam lalu lari keluar dari masjid tanpa sempat menghabiskan soalannya.

Watak Sampingan

Aisyah merupakan anak kepada Datuk Ayah Haji Mukhsin dan Datin Ibu Hajah Musalmah serta kakak kepada Adam dan Amirul. Seorang yang bersungguh-sungguh melakukan sesuatu dan juga suka mendesak orang lain terutamanya Adam untuk menurut kehendaknya. Aisyah tidak pernah menerima Nur sebagai adik iparnya malah membencinya kerana latar belakang hidup Nur yang 'gelap'. Dia juga sering mendesak Adam supaya menceraikan Nur dan berkahwin dengan Qhadeeja.

Suami kepada Aisyah, seorang ustaz dan pengetua sekolah tahfiz dan anak yatim (Darul Mukhsin). Walaupun dia seorang ustaz, dia kerap mengunjungi 'lorong' untuk melanggan pelacur.

Bapa kepada Aisyah, Adam, dan Amirul. Seorang pendakwah yang baik hati dan disengani oleh masyarakat. Beliau juga merupakan pemilik dan penaung sebuah sekolah tahfiz dan anak yatim yang bernama "Darul Mukhsin".

Ibu kepada Aishah, Adam, dan Amirul. Seorang isteri yang sentiasa menyokong kerja dakwah suaminya. Ibu yang penyanyang dan tegas terhadap anak-anaknya. Beliau pada mulanya tidak menerima Nur sebagai menantu kerana malu dengan latar belakang Nur tetapi lama-kelamaan menerima Nur apabila mengetahui kisah yang sebenarnya.

Qhadeeja merupakan anak kepada Datuk Tajuddin dan Datin Orkid. Qhadeeja merupakan seorang doktor yang sangat baik dan pemalu. Qhadeeja juga menyimpan rasa cinta kepada Adam dan mahu menjadi isteri Adam. Walaupun Adam melayan Qhadeeja seperti acuh tak acuh, namun Qhadeeja terus berusaha untuk mendapat perhatian Adam.Wanita cantik ini juga matang dan mampu melupakan ('move on') Adam setelah Adam berkahwin dengan Nur

Mona merupakan ibu kepada Nur dan juga seorang pelacur. Walaupun sikapnya agak kasar terhadap Nur, tetapi Mona sangat mengambil berat dan sayangkan Nur.

  • Amirul (Raja Atiqullah)

Amirul merupakan anak bongsu kepada Datuk Ayah Haji Mukhsin dan Datin Ibu Hajah Musalmah. Amirul seorang yang rajin dan berdedikasi dalam menjalankan tanggungjawabnya sebagai ketua pelajar di sebuah sekolah tahfiz milik bapanya. Amirul turut membantu Adam mencari Nur sehingga jumpa. Amirul juga pada mulanya tidak menerima Nur kerana ejekan rakan-rakannya tetapi akhirnya menerima Nur setelah menyedari kisah sebenarnya tentang kehidupan Nur.

Bapa kepada Qhadeeja.

  • Marzuki (Elmy Moin)

Lelaki yang pernah mengecewakan hati Nur. Sekarang dia menjadi teman lelaki Ibu Nur dan juga 'bapa ayam'.

Seorang lelaki yang baik dan juga kawan kepada Nur. Pernah cuba mengajak Nur lari dari 'dunia lorong' namun gagal setelah dia dibelasah oleh Marzuki dan kawan-kawannya. Mukhriz juga merupakan rakan sejawat Qhadeeja di sebuah hospital. Mukhriz juga menyimpan perasaan terhadap Qhadeeja.

Ibu kepada Qhadeeja. Beliau pernah bersekongkol dengan Aishah untuk memusnahkan rumah tangga Adam dan Nur agar Adam dapat mengahwini anaknya Qhadeeja.

  • Jojo (Jijie Zainal)

Kawan baik Nur yang selalu bersama Nur dan memberikan kata-kata semangat kepada Nur.

Lagu Tema[sunting | sunting sumber]

No. TajukArtis Masa
1. "Tak Pernah Hilang"  Amylea & Kaer 4:05
2. "Gantikan Diriku"  Idayu 3:30
Jumlah masa:
7:35

Anugerah dan pencalonan[sunting | sunting sumber]

Tahun Anugerah Kategori Pencalonan Keputusan Rujukan
2018
Anugerah Skrin ke–22
Drama Rantaian Terbaik (Kategori Bahasa Melayu) Nur Menang [2][3]
Pelakon Lelaki Terbaik Drama Rantaian Syafiq Kyle Menang
Pelakon Wanita Terbaik Drama Rantaian Amyra Rosli Menang
2019
Anugerah Juara Lagu ke–33
Finalis Amylea & KaerTak Pernah Hilang Dicalonkan [4][5][6]
Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur ke–6
Drama Pilihan Nur Menang [7][8][9][10][11]
Pengarah Pilihan Shahrulezad Mohameddin Menang
Penulis Skrip Pilihan Menang
Aktor Pilihan Syafiq Kyle Menang
Aktres Pilihan Amyra Rosli Dicalonkan
Antagonis Pilihan Azhan Rani Menang
Pasangan Pilihan Syafiq Kyle & Amyra Rosli Menang

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Senarai Pelakon Nur
  2. ^ Senarai Anugerah Penuh Anugerah Skrin 2018, XTRA. Diterbitkan pada 26 Oktober 2018. Dicapai 27 Oktober 2018.
  3. ^ MOHD. HAIKAL ISA (3 November 2018). "ASK2018: Syafiq, Amyra menang pelakon drama rantaian terbaik". Kosmo!. 
  4. ^ Georgie Joseph (November 23, 2018). "12 lagu mara ke pentas akhir AJL ke-33". Harian Metro. 
  5. ^ Farihad Shalla Mahmud (November 23, 2018). "Tiga lagu ciptaan Hael layak ke AJL 33". Berita Harian. 
  6. ^ SGMS Faida (November 23, 2018). "Tahniah! Ini Senarai Lagu Yang Mara Ke Pentas AJL 33". xtra. 
  7. ^ "Nur sapu enam trofi DFKL 2019". Berita Harian. April 7, 2019. 
  8. ^ Ahmad Isyafiq Mad. Desa (April 7, 2019). "Nur menang besar di DFKL 2019". Kosmo!. 
  9. ^ Dennis Chua (April 7, 2019). "#Showbiz: 'Nur' makes a killing at Anugerah DFKL 2019". New Straits Times (dalam bahasa Inggeris). 
  10. ^ Farhan Ikram (April 7, 2019). "'Nur' bersinar lagi, kali ini menang besar di DFKL 2019". mStar. 
  11. ^ Ramieza Wahid (April 7, 2019). "Nur menang besar di DFKL 2019". malaysiakini.