Bendera dan jata Selangor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bendera Selangor)

Laman Ini Mengenai Bendera dan Jata Selangor sahaja, dan Negeri Selangor atau juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selangor ialah negeri dengan bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. Selangor juga merupakan negeri termaju dan terkaya[perlu rujukan] di Malaysia dan diisytiharkan sebagai negeri maju pada 27 Ogos 2005. Negeri ini perlu mengikut contoh negeri-negeri maju yang lain di seluruh dunia seperti California di Amerika Syarikat dan New South Wales di Australia.

Selangor Darul Ehsan
KegunaanBendera negeri
Nisbah1:2
Diterima pakai1965
RekaanLatar warna dibahagikan menjadi 2, "Kuning Emas" dibahagian kanan atas dan kiri bawah, dan "Merah" dibahagian kiri atas dan kanan bawah, dengan Bulan dan Bintang warna putih, di kanton bendera (di dalam bahagian merah kiri atas).

Bendera Negeri Selangor[sunting | sunting sumber]

Bendera Selangor
  • Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.
  • Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam, agama rasmi negeri Selangor
  • warna putih malambangkan kesucian agama Islam.

Bendera Bandar dan Daerah[sunting | sunting sumber]

Senarai Bendera Daerah dan Bandar di Selangor
Bendera Daerah Sabak Bernam
Bendera Bandar Subang Jaya

Bendera terdahulu[sunting | sunting sumber]

Jata Negeri Selangor[sunting | sunting sumber]

Jata Negeri Selangor
Butiran
JenisFlag or coat of arms (en) Terjemah Edit the value on Wikidata
Diterima pakai1965 Edit the value on Wikidata
Cogan kataDipelihara Allah.
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
  • Anak bulan dan bintang tanda Agama Islam, agama rasmi negeri.
  • Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna.
  • Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri.
  • Tulisan Jawi yang berwarna Merah "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri.
  • Tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]