Identiti Selangor
Negeri Selangor atau juga dikenali sebagai Selangor Darul Ehsan merupakan salah satu daripada negeri-negeri yang membentuk Malaysia. Ia terletak di tengah-tengah Semenanjung Malaysia di pantai barat dan mengelilingi Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya. Selangor ialah negeri dengan bilangan penduduk terbanyak di Malaysia. Selangor juga merupakan negeri termaju dan terkaya[perlu rujukan] di Malaysia dan diisytiharkan sebagai negeri maju pada 27 Ogos 2005. Negeri ini perlu mengikut contoh negeri-negeri maju yang lain di seluruh dunia seperti California di Amerika Syarikat dan New South Wales di Australia.
Bendera[sunting | sunting sumber]
- Empat bahagian yang berwarna kuning dan merah itu bermaksud daging dan darah iaitu unsur-unsur yang perlu untuk memberi jiwa dan tenaga kepada negeri ini.
- Bulan sabit dan bintang melambangkan agama Islam, agama rasmi negeri Selangor
- warna putih malambangkan kesucian agama Islam.
Jata[sunting | sunting sumber]
Jata Negeri Selangor | |
---|---|
![]() | |
Perincian | |
Cogan kata | Dipelihara Allah |
- Tombak merah di tengah-tengah ialah Sambu-warna.
- Keris Pendek dan di kiri pula Keris Panjang. Ketiga-tiganya adalah Alat Kebesaran Negeri.
- Tulisan Jawi yang berwarna Kuning bermaksud Selangor.
- Tulisan Jawi yang berwarna Merah "Dipelihara Allah" ialah cogan negeri.
- Tali bengkong yang dipakai sebagai ikat pinggang oleh pahlawan-pahlawan zaman dahulu.
Lagu[sunting | sunting sumber]
Duli Yang Maha Mulia
Selamat di atas takhta
Allah lanjutkan usia Tuanku
Rakyat mohon restu bawah Duli Tuanku
Bahagia selama-lamanya
Aman dan sentosa
Duli Yang Maha Mulia
Duli Yang Maha Mulia merupakan lirik lagu negeri Selangor sejak 1967. Penulis lagu ini tidak diketahui, namun lagunya digubah oleh Saiful Bahri.
Peta[sunting | sunting sumber]
Selangor adalah salah satu negeri yang terletak di semenanjung Malaysia. Selangor berdekatan dengan Perak, Negeri Sembilan dan Pahang.