Semenanjung Malaysia: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Mohamad Azr (bincang | sumb.)
Menambah maklumat berkenaan bahasa
Teg-teg: Suntingan visual Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Tiada ringkasan suntingan
Teg-teg: Suntingan mudah alih Suntingan web mudah alih
Baris 7: Baris 7:
[[File:Location map Peninsula Malaysia.png|thumb|450px|Topografi Semenanjung Malaysia.]]
[[File:Location map Peninsula Malaysia.png|thumb|450px|Topografi Semenanjung Malaysia.]]


== Geografi ==
Secara geografi, Semenanjung Malaysia terbahagi kepada empat zon iaitu Utara,Selatan,Timur dan Barat.
Secara geografi, Semenanjung Malaysia terbahagi kepada empat zon iaitu Utara,Selatan,Timur dan Barat.



Semakan pada 16:26, 23 April 2021

Video ini memaparkan limpahan cahaya malam di seluruh Semenanjung Malaysia. Video asal ini telah diambil oleh anak kapal ekspedisi angkasa lepas NASA ke Stesen Angkasa Antarabangsa. Ekspedisi tersebut digelar "Expedition 28".

Semenanjung Malaysia, Malaysia Barat atau dahulunya dikenali sebagai Tanah Melayu merupakan 11 buah negeri (ketika itu) yang membentuk Persekutuan Tanah Melayu. Semenanjung Malaysia kini, terdiri daripada 11 buah negeri dan 2 Wilayah Persekutuan. Negeri-negeri tersebut ialah Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Selangor, Terengganu, serta Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Keluasan keseluruhan Semenanjung Malaysia adalah 131,598 kilometer persegi.

Semenanjung Malaysia bersempadanan dengan Thailand di bahagian utara dan Selat Johor di bahagian selatan. Manakala di sebelah baratnya,yang merentasi Selat Melaka, ialah pulau Sumatera, Indonesia. Malaysia Timur terletak di sebelah timur Semenanjung Malaysia merentasi Laut China Selatan.

Kesemua negeri di Semenanjung Malaysia diketuai oleh sultan atau raja kecuali Wilayah Persekutuan,Negeri Sembilan, Melaka ,dan Pulau Pinang.

Topografi Semenanjung Malaysia.

Geografi

Secara geografi, Semenanjung Malaysia terbahagi kepada empat zon iaitu Utara,Selatan,Timur dan Barat.

Pahang ialah negeri terbesar di Semenanjung diikuti Perak, Johor kemudian Kelantan. Negeri-negeri pantai timur berhadapan dengan Laut China Selatan manakala negeri-negeri pantai barat berhadapan dengan Selat Melaka. Kelantan bersempadan dengan wilayah Narathiwat di Thailand manakala Perlis, Kedah dan Perak juga bersempadan dengan Thailand di sebelah utara dengan wilayah-wilayah Satun, Yala dan Songkhla.

Bahagian di semenanjung Malaysia:

Pantai Timur: Kelantan, Terengganu,Pahang

Pantai Selatan: Johor

Pantai Barat: Perak, Selangor, Melaka, Negeri Sembilan,

Pantai Utara: Perlis, Kedah, Pulau Pinang

Berikut merupakan senarai negeri dan Wilayah Persekutuan di Semenanjung Malaysia. Ibu negeri disertakan dalam kurungan. 12 negeri dan Wilayah Perseketuan (terdiri daripada 3 daerah) berikut dilambangkan sebagai empat belas jalur dan bucu bintang di dalam Bendera Malaysia:

Negeri نݢري

Berikut ialah sebelas negeri dan ibu negeri masing-masing (dalam kurungan):

Wilayah Persekutuan ويلايه ڤرسکوتوان

  1. Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
  2. Wilayah Persekutuan Labuan
  3. Wilayah Persekutuan Putrajaya

Demografi

Kaum di Semenanjung Malaysia/Malaysia Barat (2020)

  Bumiputera (Melayu) (66.7%)
  Cina (23.9%)
  India (8.3%)
  (Orang Asli) / Bukan Bumiputera Melayu (0.4%)
  Lain-lain (0.7%)
Agama di semenanjung Malaysia – 2020 est.
Agama Peratus
Islam
  
67.2%
Buddha
  
20.3%
Hindu
  
7.2%
Kristian
  
2.9%
Agama tradisional cina
  
0.8%
Lain-lain
  
1.6%

Kebanyakan/majoriti penduduk di Semenanjung Malaysia adalah kaum Melayu yang beragama Islam.[1] Juga terdapat sebilangan besar orang cina dan india. Orang Asli adalah penduduk asal di semenanjung Malaysia; bilangan mereka berjumlah sekitar 140,000 .[perlu rujukan]

Bahasa بهاس

Bahasa yang digunakan di Semenanjung Malaysia ialah Bahasa Melayu Piawai /Standard. Walaupun begitu, hampir setiap negeri di Semenanjung Malaysia mempunyai loghat/dialek yang tersendiri.. Antaranya ialah seperti berikut:

1)Bahasa Melayu Kedah/Utara

Kawasan: Kedah, Perlis,Pulau Pinang, Utara Perak

2)Bahasa Melayu Perak

3) Bahasa Melayu Kelantan

Kawasan: Seluruh negeri Kelantan, Besut (Terengganu), Merapoh (Pahang)

4)Bahasa Melayu Terengganu

Kawasan: Seluruh negeri Terengganu kecuali di Besut.

5)Bahasa Melayu Pahang

6)Bahasa Melayu Melaka

7)Bahasa Melayu Negeri Sembilan

8)Bahasa Melayu Johor-Riau

  1. ^ "Some aspects of Malay-Muslim Ethnicity in Malaya". June 1981. JSTOR 25797648. Cite journal requires |journal= (bantuan)