Anjing pemburu biru kecil Gascogne

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Anjing pemburu biru besar Gascogne
Anjing pemburu biru besar Gascogne
Negara asalPerancis
Trait
Tinggi Jantan 52–58 cm (20–23 in)
Betina 50–56 cm (20–22 in)
Bulu Pendek dan tebal
Warna Hitam dan putih berbelak
Anjing (Canis lupus familiaris)

Anjing pemburu biru besar Gascogne atau anjing biru besar Gascogne[a] ialah satu baka anjing jenis anjing pemburu bau yang berasal dari Perancis dan digunakan untuk perburuan dalam kawanan. Baka kini merupakan keturunan bagi anjing pemburu besar. Anjing pemburu biru kecil Gascogne bukanlah anjing kecil (petit). Namanya berasal daripada kegunaannya terhadap buruan kecil.

Penampilan[sunting | sunting sumber]

Anjing pemburu biru kecil Gascogne diturunkan langsung daripada anjing pemburu biru besar Gascogne, anjing pemburu jenis purba. Contoh lebih kecil bagi anjing pemburu biru besar Gascogne dipilih untuk pemburuan buruan kecil seperti kelinci (anjing pemburu biru besar Gascogne dikembangkan untuk memburu serigala, beruang, dan babi hutan) dan akhirnya menjadi baka terpisah. Ia merupakan anjing bersaiz sederhana besar, bukan anjing kecil, yang berdiri setinggi 52–58 cm (20–23 in) pada paras kelasa sementara betinanya pula lebih kecil sedikit.[1][2]

Warna bulunya sama dengan yang pada anjing pemburu biru besar Gascogne, putih berbelak hitam, yang menghasilkan penampilan menyeluruh biru loh. Terdapat tompok-tompok hitam pada salah satu sisi kepala, dengan kawasan putih di sebelah atas kepala yang padanya ada bujur hitam kecil. Tanda "kening" sawo matang ada di sebelah atas setiap mata yang memberikan kesan mata empat (quatre-oeille). Kecacatan merupakan penyimpangan penampilan yang mempunyai kesan terhadap kesihatan dan kebolehan kerja bagi anjing berkenaan, serta kekurangan ciri-ciri jangkaan warna, struktur, dan saiz, yang menandakan bahawa anjing dengan kecacatan sedemikian tidak patut dibiakbakakan. Kecacatan termasuklah agresi atau kegerunan, kecacatan bentuk anatomi, dan kekurangan jenis.[1][2]

Anjing pemburu biru kecil Gascogne terkenal kerana kerja bagus dalam kawanan dan ketenangan dan kemudahan pengendaliannya.[1][2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Leluhur bagi anjing pemburu biru besar Gascogne adalah sezaman dengan anjing pemburu Santo Hubert, iaitu anjing yang berburu dalam kawanan dan digunakan pada abad ke-14 oleh Comte de Foix terhadap serigala, beruang, dan babi hutan. Anjing pemburu biru kecil Gascogne yang lebih kecil sedikit yang digunakan terhadap buruan kecil mungkin telah wujud sekali dengan anjing pemburu babi hutan selama berabad-abad.[1][2]

"Petit" tidak semestinya merujuk saiz anjingnya, tetapi sebaliknya merujuk ungkapan Perancis untuk anjing pemburu yang digunakan untuk buruan lebih kecil.[3]

Kesihatan dan perangai[sunting | sunting sumber]

Tiada masalah kesihatan luar biasa atau dakwaan kesihatan luar biasa yang telah didokumenkan untuk baka ini. Perangai individu mungkin berbeza-beza, tetapi pada umumnya, anjing yang dibiakbakakan untuk menjadi anjing pemburu kawanan bukan anjing peliharaan bagus.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Catatan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jawi: انجيڠ ڤمبورو بيرو کچيل ݢسکوڽا; انجيڠ بيرو کچيل ݢسکوڽا; Perancis: petit bleu de Gascogne; bahasa Inggeris: small blue gascony

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Standard FCI N° 31 PETIT BLEU DE GASCOGNE" [Piawaian FCI No. 31 Anjing Pemburu Biru Kecil Gascogne] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Perancis). 29 Ogos 2023. Dicapai pada 20 Disember 2023.
  2. ^ a b c d "FCI-Standard N° 31 PETIT BLEU DE GASCOGNE (Small blue Gascony)" [Piawaian FCI No. 31 Anjing Pemburu Biru Kecil Gascogne] (pdf). Persekutuan Kinologi Antarabangsa (dalam bahasa Inggeris). Diterjemahkan oleh Peggy Davis. 29 Ogos 2023. Dicapai pada 20 Disember 2023.CS1 maint: others (link)
  3. ^ Clark, Anne Rogers; Andrew H. Brace (1995). The International Encyclopedia of Dogs (dalam bahasa Inggeris). Howell Book House. m/s. 87. ISBN 0-87605-624-9.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]