Barisan Borneo Bersatu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Barisan Borneo Bersatu atau 'United Borneo Front' (UBF) merupakan parti politik di Sabah yang ditubuhkan bagi memperjuangkan kepentingan politik , ekonomi dan sosial negeri Sabah dan Sarawak yang terletak di utara pulau Borneo. Presiden pertamanya ialah ahli politik terkenal Sabah iaitu Datuk Dr Jeffrey Kitingan. Pada 16 Disember 2011, perikatan parti di Sabah dan parti-parti di Sarawak diberi nama Pakatan Borneo Bersatu yang akan memberi cabaran kepada Barisan Nasional pada pilihan raya umum ke-13. Penubuhan UBF akan menunjukkan PKR Sabah semakin bergolak.[1]

Agenda Borneo[sunting | sunting sumber]

UBF adalah satu platform untuk memperjuangkan hak dan keadilan bagi penduduk Sabah dan Sarawak.Agenda Borneo menuntut kesamarataan dalam formula perkongsian dan perwakilan di peringkat persekutuan. Agenda Borneo menuntut kerajaan pusat melindungi hak masyarakat pribumi seperti yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan.[2]

Jeffrey Kitingan selaku bekas Naib Presiden PKR, Presiden UBF dan Presiden Yayasan Warisan Borneo mendesak agar tempoh jawatan Perdana Menteri Malaysia atau Ketua Menteri Sabah dipendekkan .[3] Perkembangan politik di Malaysia pada akhirnya, tidak akan memberi perhatian kepada kepentingan di Borneo. Beliau berharap Agenda Borneo mendapat keutamaan , dapat dilaksanakan dan menjdikan Sabah dan Sarawak sebagai setaraf dengan kerajaan pusat. UBF akan kekal sebagai kumpulan pendesak daripada golongan bukan parti politik untuk membentuk model politik baru.[4]

Antara pemimpinnya[sunting | sunting sumber]

Antara pemimpin Sabah dan Sarawak yang hadir ialah Presiden Parti Reformasi Negeri (STAR) yang berpangkalan di Sarawak, Dr Dripin Anak Sakoi; presiden sementara parti USNO yang baru dipulihkan, Datuk [[Badaruddin Mustapha; Timbalan Presiden Parti Maju Sabah Amde Sidik.

Sabah dan Sarawak mempunyai masalah dan kepentingan bersama. Kami rasa terdapat keperluan untuk menubuhkan sebuah perikatan sebagai platform untuk meneruskan agenda Borneo.Perikatan pelbagai parti ini akan melindungi dan memelihara kepentingan dan hak rakyat di kedua-dua negeri. Perikatan yang berpusat di Borneo diharap menjsdi saingan ampuh kepada parti pemerintah BN yang turut berhadapan dengan Pakatan Rakyat. Simbol UBS masih lagi belum ditetapkan dan masih dalam perancangan yang menggambarkan tradisi Borneo.[5]

Pemimpin PKR lompat ke UBF[sunting | sunting sumber]

Antara pemimpin PKR yang keluar parti dan menyertai UBF ialah Pengerusi Pasukan Petugas Kadazandusunmurut PKR Sabah, Daniel John Jambun; bekas Ketua Cabang PKR Putatan, Awang Ahmad Shah Awang Sahari; Timbalan Ketua Cabang Kota Belud, Rubbin Guribah dan Timbalan Ketua Cabang Keningau, Melvin Jaikol ;Ketua Pemuda PKR Keningau, Dr. Nicholas Guntobon; Ketua Pemuda PKR Kota Marudu, Dr.Jurin Gunsalam; Setiausaha PKR Kinabatangan, Jalibin Paidi dan Ketua Penerangan PKR Kinabatangan, Yusof Parantis.Mereka hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.[6]

Pemimpin UBF lompat parti[sunting | sunting sumber]

Pada 21 Mac 2011, Nilakrisna James selaku pengasas UBF melompat ke Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut Bersatu (UPKO).UPKO adalah parti komponen Barisan Nasional (BN) di Sabah. Borang keahlian diserahkan kerpada Presiden UPKO Tan Sri Bernard Dompok di ibu pejabat UPKO di Donggongon,Penampang, Sabah. Penyertaannya ke dalam UPKO adalah untuk memperjuangkan 'Agenda Borneo' [7]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ PKR Sabah makin bergolak, ramai ikut jejak Jeffrey
  2. ^ Jeffrey Kitingan lancar Barisan Bersatu Borneo[pautan mati kekal]
  3. ^ Jawatan PM, MB dan KM tanpa had masih relevan
  4. ^ "Jeffrey sah keluar PKR". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-05-10. Dicapai pada 2011-12-19.
  5. ^ "Jeffrey Kitingan tubuh Pakatan Borneo Bersatu fokus Sabah, Sarawak di PRU-13". Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-01-12. Dicapai pada 2011-12-19.
  6. ^ PKR Sabah makin bergolak, ramai ikut jejak Jeffrey
  7. ^ Landasan terbaik: Pengasas bersama UBF sertai UPKO