Parti Reformasi Negeri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Parti Reformasi Negeri
State Reform Party
STAR
KetuaSoo Lina
PengasasDr. Patau Rubis
Diasaskan9 Oktober 1996 (Sarawak)
6 Januari 2012 (Sabah)
DiikutiParti Solidariti Tanah Airku di Sabah[1]
Ibu pejabat262, Jalan Batu Kawa, 93500 Kuching, Sarawak, Malaysia.
IdeologiRegionalisme untuk Sarawak
Dewan Negara:
0 / 70
Dewan Rakyat:
0 / 222
Dewan Undangan Negeri:
0 / 587
Bendera parti
State Reform Party Flag.svg
Tapak web
Laman Sesawang Rasmi STAR
Laman Facebook STAR


Parti Reformasi Negeri (Inggeris: State Reform Party), singkatan STAR merupakan sebuah parti politik di Sarawak. Presidennya terkini adalah Soo Lina yang menggantikan Patau Rubis yang telah meninggal dunia pada tahun 2016. Patau Rubis tidak menyedarkan diri pada mesyuarat agung tahunan (AGM) parti pada 20 Mac 2016. Parti ini mempunyai 9 manifesto untuk memfokuskan terhadap Sarawak bagi menambahbaik Perjanjian Malaysia 1963. Pada tahun 2016, cawangannya di negeri Sabah berjaya didaftarkan sebagai Parti Solidariti Tanah Airku, sebuah parti politik baharu di Sabah yang mempunyai agenda yang sama seperti Parti Reformasi Negeri.[2]

Sejarah penubuhan[sunting | sunting sumber]

Ditubuhkan pada 9 Oktober 1996 oleh Dr. Patau Rubis setelah beliau dipecat dari kabinet negeri Sarawak pada Oktober 1995 dan seterusnya dari Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP). Beliau secara rasminya dipilih sebagai Pesiden parti yang pertama di dalam persidangan tiga tahunan parti STAR yang ulung pada 9 Mac 1997.[3] Presiden STAR sekarang ialah Soo Lina, yang dipilih bagi menggantikan Patau Rubis, selepas jatuh pengsan semasa mempengerusikan Mesyuarat Agung Tahunan STAR dan meninggal dunia kemudiannya pada 20 Mac 2016.[4][5]Parti Reformasi Negeri lebih memberikan tumpuan untuk melakukan reformasi bukan sahaja di peringkat kerajaan tetapi lebih utama melakukan reformasi terhadap sistem pemerintahan, sistem penyampaian (delivery system) dan dasar-dasar kerajaan supaya lebih telus dan mesra rakyat. Memberikan perhatian yang lebih dan mahu menambahbaik terhadap persetujuan 18-point memorandum antara Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu.

Barisan kepimpinan[sunting | sunting sumber]

  • Pengerusi
    • Buln anak Ribos
  • Timbalan Pengerusi
    • Tambi Pilang
    • Joseph Jotem
  • Presiden
    • Soo Lina
  • Timbalan Presiden
    • Mura Kadir
    • Hugh Lawrence Zehnder
    • Zulfaqar Sa'adi
  • Naib Presiden
    • Mohd Annuar Abd Hamid
    • Richard Revis Jimin
    • Adam Wong Sing Wei
    • Mesah Suhaili
  • Setiausaha Agung
    • Simon Tiong Ing Tung
  • Bendahari
    • Chieng Lea Phing
  • Ketua pemuda
    • Fatrick anak Jimi Fatri
  • Penasihat

Senarai presiden parti[sunting | sunting sumber]

  • Dr. Patau Rubis (9 Mac 1997 hingga 20 Mac 2016)
  • Soo Lina (20 Mac 2016 hingga kini)

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum Malaysia 2018[sunting | sunting sumber]

No. DUN Calon Undian Keputusan
N43 Sekong Abdul Rashid Abdul Rahman 41 Kalah (Hilang Deposit)
N44 Karamunting Besarun Kecha 61 Kalah (Hilang Deposit)

Pilihan raya negeri Sarawak 2016[sunting | sunting sumber]

No. DUN Calon Undian Keputusan
N9 Padungan Tiong Kwang Kim 116 Kalah (HD)
N11 Batu Lintang Soo Lina 331 Kalah (HD)
N18 Serembu Buln Anak Patrick Ribas 120 Kalah (HD)
N23 Bukit Simuja Johnny Anak Aput 53 Kalah (HD)
N51 Bukit Assek Moh Hiang King 374 Kalah (HD)
N52 Dudong Ting Yiik Hong 152 Kalah (HD)
N53 Bawang Assan Wong Sing Wei 100 Kalah (HD)
N55 Nangka Tiong Ing Tung 773 Kalah (HD)
N67 Jepak Mohammed Anuar Abdul Hamid 136 Kalah (HD)
N68 Tanjong Batu Chieng Lea Phing 89 Kalah (HD)

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Jenne Lajiun (15 July 2016). "Reformed, rebranded STAR now Sabah-based party". The Borneo Post. Dicapai pada 23 April 2018.
  2. ^ Lim How Pim (20 March 2016). "Dr Patau Rubis passes away from apparent heart failure". The Borneo Post. Dicapai pada 28 April 2016.
  3. ^ State Reform Party (STAR), mylovelynney.rumahpanjai
  4. ^ "State Reform Party founding president Dr Patau Rubis dies a day before birthday after collapsing at AGM". The Star Online. 20 March 2016. Dicapai pada 2016-04-28.
  5. ^ "Dr Patau Rubis passes away from apparent heart failure". BorneoPost Online. 20 March 2016. Dicapai pada 2016-04-28.
  6. ^ "STAR rayu derma politik taja 30 calon bertanding pada PRN11" (dalam bahasa Malay). Utusan Borneo. 10 April 2016. Dicapai pada 22 April 2018.Selenggaraan CS1: bahasa tidak dikenali (link)

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]