Hamidah Osman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Yang Berbahagia Dato'

Hamidah Osman
DPCM, KMN
Naib Presiden
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Dalam jawatan
3 November 2016 – 16 September 2017
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Ahli Dewan Undangan Negeri Perak
untuk Sungai Rapat
Dalam jawatan
2004 – 4 Mei 2013
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan olehRadzi Zainon
Butiran peribadi
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg BN-UMNO (hingga 2015)
Pakatan Harapan Logo.svgPH-PPBM (2016-2017)
PAS logo.svg GS-PAS (2018-)

Dato' Hamidah Osman merupakan bekas ADUN kawasan Sungai Rapat, Ipoh, negeri Perak. Beliau mewakili UMNO sebuah parti komponen Barisan Nasional dalam pilihan raya umum Malaysia 2008 pada 8 Mac 2008, bagi kawasan baru N.43 Sungai Rapat.

Beliau juga disegani oleh ramai pihak termasuk pemimpin UMNO sendiri kerana kerajinan dan kecekapan beliau menjalankan tugas[perlu rujukan] sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Industri Pembangunan Usahawan, Pelancongan dan Hal Ehwal Wanita Perak,[1] tugas-tugas sebagai Ketua Wanita Bahagian, tugas sebagai Ketua Penerangan Wanita UMNO Malaysia dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO Malaysia (MKT).

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

Dalam Dewan Undangan Negeri Perak, Hamidah telah menimbulkan isu perkauman apabila membandingkan kredibiliti orang India dengan ular. Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang meminta pengerusi Barisan Nasional Perak, Datuk Seri Mohd Tajol Rosli Mohd Ghazali memohon maaf di atas ketelanjuran Hamidah Osman itu.[2] Dalam kejadian pada 27 Jun 2008, Hamidah bertanyakan kepada Speaker V. Sivakumar sama ada bersetuju atau tidak dengan analogi tersebut.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Hamidah Osman di Facebook

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Single Mother's to make souvenirs for Visit Perak Year 2012". Visit Perak. 27 Oktober 2011. Dicapai 18 April 2013. 
  2. ^ BN assemblyman slammed over racial slur thestar. 29/6/2008.