Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU
Memegang jawatan
2017
Butiran peribadi
Parti politikParti Pribumi Bersatu Malaysia Logo.svg.png BERSATU
Sekutu gabungan
politik lain
Pakatan-harapan-logo.jpg
HubunganAttikah Ummi Khadijah (adik)
Amanda Ruhul Hamidah (adik)
Aliyah Nur Zafirah (adik)
Annuar Khairullah (adik)
Athirah Baina Raidah (adik)
Azfar Nur Faruqi (adik)
Akhari Aya Maziz (adik)
IbuPuan Sri Nila Inangda Manyam Keumala binti Hasballah
BapaSanusi Junid


Akhramsyah Muamar Ubaidah Sanusi merupakan anak Sanusi Junid, bekas Menteri Besar Kedah , Naib Cancelor UIAM dan Setiausaha Agung UMNO di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad. Akramshah dipilih oleh kumpulannya sebagai Presiden MAYC tetapi dibatalkan oleh Pendaftar Pertubuhan Belia.

Ambil alih MAYC[sunting | sunting sumber]

MAYC dianggotai 311 kelab gabungan itu dipimpin oleh Syed Hamid Albar sejak 1999 selepas Tan Sri Sanusi Junid yang menerajuinya selama 28 tahun.MAYC boleh dibubarkan jika selepas lima tahun gagal untuk mengadakan AGM dan mengalami krisis dalaman yang membabitkan masalah kepimpinan. Jadi AGM ini mematuhi Fasal 15 Perlembagaan MAYC serta Seksyen 2 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia 2007 iaitu pemimpinnya tidak melebihi 40 tahun.[1]

Pada 23 September 2011, Akramshah dan sekumpulan belia mengambil alih pentadbiran Persatuan Kelab-kelab Belia Malaysia (MAYC) di Kuala Lumpur daripada bekas menteri Tan Sri Syed Hamid Albar. Pejabat MAYC terletak di Wisma Belia, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur. [2]

MAYC berpecah dua apabila mengadakan dua mesyuarat agung tahunan (AGM).Kumpulan Syed Hamid memilih Mustaffa Mat Arop sebagai presiden manakala sebuah lagi kumpulan memilih Akramshah.Pendaftar Pertubuhan Belia membatalkan kedua-dua AGM itu dan kes itu dilaporkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan diadukan kepada Perdana Menteri.[3]

Pada 8 April 2011 mereka telah menghantar memorandum sembilan muka surat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak melalui pegawai khasnya, Ahmad Azmir Abdul Rahman dan Menteri Belia dan Sukan tetapi kemelut MAYC gagal diselesaikan.[4]

Pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum Malaysia 2018: Jerai
Parti Calon Undian % ∆%
PAS Sabri Azit 22,312 33.94
BN Jamil Khir Baharom 21,773 33.12
PH Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi 21,651 32.94
Jumlah undian 65,736 100.00
Undi ditolak 1,012
Undi tak dipulangkan 172
Jumlah keluar mengundi 66,920 83.68
Pengundi berdaftar 79,976
Majoriti 539 0.82

Rujukan[sunting | sunting sumber]