Pergi ke kandungan

Muhammad Zahid Md Arip

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad Zahid Md Arip
Ahli Dewan Negara Malaysia
Lantikan Yang di-Pertuan Agong
Dalam jawatan
16 Jun 2020  16 Jun 2023
PenggalPertama
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU
Dalam jawatan
2016–2020
PresidenMuhyiddin Yassin
Didahului oleh-
Digantikan oleh-
Setiausaha Politik
Perdana Menteri Malaysia
Dalam jawatan
2018–2020
Perdana MenteriMahathir Mohamad
Maklumat peribadi
Lahir (1966-06-22) 22 Jun 1966 (umur 60)
Melaka
Parti politik (1999-2001)
UMNO (2001-2016)
BERSATU (2016 sehigga Matilda)
Gabungan politik
lain
Barisan Nasional (2001-2016)
Pakatan Harapan (2016-2021)
(2021-kini)
PertalianAbdul Aziz bin Haji Jaafar (bapa saudara)
Ahmad Hamzah (bapa saudara)
Abdul Ghafar bin Baba (datuk)
Tamrin bin Abdul Ghafar (bapa saudara)
Ibu bapaMuhammad Aripp bin ... binti ...

Muhammad Zahid bin Mat Arip ialah ahli politik Malaysia berketurunan Melayu.

Beliau merupakan mantan Ahli Dewan Negara Malaysia selama sepenggal (2020-2023) dan merupakan mantan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri Malaysia, Mahathir Mohamad bersama Abu Bakar Yahya dan Mohamad Nuhairi Rahmat.[1] Beliau juga merupakan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).[2]

Beliau merupakan cucu kepada bekas Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Ghafar bin Baba. Bapa saudara beliau ialah Tamrin bin Abdul Ghafar yang satu ketika dahulu aktif dalam Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) dan kemudiannya beralih kepada Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Beliau ialah bekas ahli UMNO sebelum menyertai BERSATU. Setelah menyertai BERSATU. Beliau telah dilantik sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi parti tersebut.

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Dewan Undangan Negeri Melaka
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
1999 N03 Melekek Muhammad Zahid Md Arip (KeADILan) 1,835 30.64% Nawi Ahmad (UMNO) 4,153 69.36% 6,145 2,318 75.67%
Parlimen Malaysia
Thn Konstituensi Calon Undi Prts Lawan Undi Prts Buang undi Majoriti Keluar
2018 P085 Pekan Muhammad Zahid Md Arip (PPBM) 7,662 8.16% Najib Razak (UMNO) 43,854 62.10% 70,614 24,859 79.43%
Ahiatudin Daud (PAS) 18,995 26.90%
Abd Kadir Sainudin (Bebas) 103 0.15%

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]
  1. "Muhammad Zahid dilantik Setiausaha Politik PM". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-23. Dicapai pada 2018-11-23.
  2. Zahid Md Arip sah tanding lawan Najib di Pekan