Wan Saiful Wan Jan
Datuk Wan Saiful Wan Jan PMW (WP); DTM (Negeri Sembilan) | |
---|---|
![]() Wan Saiful pada 2018 | |
Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional | |
Memegang jawatan 18 Jun 2018 | |
Didahului oleh | Shamsul Anuar Nasarah |
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Parti Pribumi Bersatu Malaysia | |
Memegang jawatan 2018 | |
Presiden | Tan Sri Muhyiddin Yassin |
Ketua Penerangan BERSATU | |
Memegang jawatan 7 September 2020 | |
Didahului oleh | Mohd Radzi Md Jidin |
Butiran peribadi | |
Lahir | Wan Saifulruddin bin Wan Jan 20 Jun 1975 Alor Setar, Kedah |
Parti politik | ![]() (sejak 2017) |
Sekutu gabungan politik lain | ![]() ![]() |
Anak-anak | 5 |
Pekerjaan | Ahli politik |
Datuk Wan Saifulruddin Wan Jan adalah merupakan Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang dilantik pada 2018[1] bagi menggantikan Dato' Dr. Shamsul Anuar Nasarah dari Barisan Nasional setelah Pakatan Harapan membentuk kerajaan baharu untuk kali yang pertama.
Sebelum menyertai politik, Wan Saiful adalah merupakan Ketua Pegawai Eksekutif kumpulan pemikir Institute for Democracy and Economic Affairs (IDEAS) yang diasaskan beliau bersama YAM Tunku Zain Al-‘Abidin ibni Tuanku Muhriz, anakanda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir.[2]
Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]
Pilihan raya umum 2018[sunting | sunting sumber]
Wan Saiful telah menyertai Pilihan raya umum Malaysia 2018 untuk bertanding kerusi Parlimen Pendang yang lalu mewakili BERSATU dalam Pakatan Harapan yang menggunakan simbol Parti Keadilan Rakyat bagi menentang calon Awang Hashim dari Gagasan Sejahtera (PAS), Othman Abdul dari Barisan Nasional (UMNO) dan Abdul Malik Manaf, calon BEBAS.[3]
Dalam pertandingan 4 penjuru itu, Wan Saiful hanya memperolehi undian sebanyak 14,901, iaitu ketiga tertinggi selepas Awang Hashim dan Othman Abdul.
Parti Pribumi Bersatu Malaysia[sunting | sunting sumber]
Wan Saiful telah dipilih sebagai Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi BERSATU mulai 2016 dan telah memenangi kerusi tersebut pada pemilihan untuk sesi tahun 2019-2021 pada 2020 lalu. Setelah Mohd Radzi Md Jidin memenangi kerusi Naib Presiden BERSATU, Wan Saiful telah dilantik menggantikan tempat beliau sebagai Ketua Penerangan BERSATU.[4]