Pergi ke kandungan

Kamarudin Md Nor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kamarudin Md Nor
قمر الدين مد نور
Ahli
Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan
(Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian & Warisan)
Menyandang jawatan
15 Ogos 2023
RajaSultan Muhammad V
Menteri BesarMohd Nassuruddin Daud
TimbalanZameri Mat Nawang
Didahului olehMd Anizam Ab Rahman
Kawasan pilihan rayaAyer Lanas
Ketua Penerangan
Parti Pribumi Bersatu Malaysia Pertama
Dalam jawatan
7 September 2016 – 27 September 2018
PresidenMuhyiddin Yassin
PengerusiMahathir Mohamad
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehRadzi Jidin
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan
bagi Ayer Lanas
Menyandang jawatan
12 Ogos 2023
Didahului olehMustapa Mohamed
Majoriti5,009 (2023)
Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan
bagi Semerak
Dalam jawatan
21 Mac 2004 – 8 Mac 2008
Didahului oleh Hussin Awang
Digantikan oleh Wan Hassan Wan Ibrahim
Majoriti699 (2004)
Dalam jawatan
1997 – 29 November 1999
Didahului oleh Sulaiman Ahmad
Digantikan oleh Hussin Awang
Majoriti(1997)
Maklumat peribadi
Lahir
Kamarudin bin Md Nor

(1947-05-28) 28 Mei 1947 (umur 78)
Pasir Puteh, Kelantan
KewarganegaraanMalaysia
Parti politik
Gabungan politik
lain
Kediaman
PekerjaanAhli politik

Kamarudin bin Md Nor (lahir 28 Mei 1947) merupakan ahli politik Malaysia yang berkhidmat sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Kelantan (EXCO) dan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Kelantan (ADUN) bagi Ayer Lanas sejak Ogos 2023.

Beliau ialah pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bagi negeri Kelantan. Sebelum ini, beliau adalah ahli Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO).[1] Beliau pernah berkhidmat sebagai ADUN Semerak dari 1997 hingga November 1999 dan sekali lagi dari Mac 2004 hingga Mac 2008.

Pendidikan

[sunting | sunting sumber]

Kamaruddin mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Kamil dan Sekolah Menengah Kamil Pasir Puteh (1954-1965). Kemudian beliau meneruskan pengajian di Maktab Sultan Ismail (SIC) Kota Bharu, sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti Malaya (UM) pada 1969 hingga 1972 dan memperolehi Ijazah Sarjana Muda Sastera (Kepujian).[2]

Kehidupan peribadi

[sunting | sunting sumber]

Kamaruddin dilahirkan Pasir Puteh, Kelantan pada 28 Mei 1947.[2] Beliau mendirikan rumah tangga dengan Rashidah Musa dan setakat 1997, mereka dikurniakan 10 anak; tujuh lelaki dan tiga perempuan.[2]

Keterlibatan dalam politik

[sunting | sunting sumber]

Kamarudin menyertai UMNO pada 1980 sebelum dilantik sebagai ahli jawatankuasa bahagian Pasir Puteh merangkap Pengerusi Biro Pelajaran UMNO Bahagian Pasir Puteh dan ahli jawatankuasa Biro Penerangan UMNO Pusat pada 1987.[2]

Beliau kemudian dilantik sebagai Setiausaha Bahagian dan Ketua Penerangan, sebelum memegang jawatan Ketua Bahagian UMNO Pasir Puteh pada 1993.

Kamarudin meninggalkan UMNO pada 2016 dan mengasaskan BERSATU pada September tahun yang sama.[3] Beliau juga merupakan Ketua Penerangan pertama dari September 2016 hingga September 2018.[4]

Pada pilihan raya umum Malaysia 2018, beliau bertanding di kerusi Parlimen Pasir Puteh tetapi tewas kepada calon PAS. Beliau kemudiannya memenangi kerusi DUN Ayer Lanas semasa pilihan raya negeri Kelantan 2023 atas tiket PAS.

Aktivisme mahasiswa

[sunting | sunting sumber]

Kamaruddin pernah dipilih sebagai Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) (1970-72) dan dilantik Setiausaha Agung serta Naib Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) pada 1973-1985 yang ketika itu dipimpin oleh Presidennya, Anwar Ibrahim.[2]

Kamaruddin juga pernah menjadi wakil Perhimpunan Belia Islam Dunia (WAMY) -Riyadh dan Wakil Persekutuan Pertubuhan Pelajar Islam Antarabangsa (IIFSO) bagi Asia Pasifik yang beribu pejabat di Riyadh, Arab Saudi.

Kepimpinan

[sunting | sunting sumber]

Kamaruddin pernah menjadi Pengarah Yayasan Anda Akademik mulai 1972 hingga 1997 dan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) (1991-1995). Beliau turut menjadi Ahli Pemegang Amanah Yayasan Aman (1990 hingga 1997).

Pada 28 Jun 2020, beliau dilantik menjadi Pengerusi Lembaga Kemajuan Pertanian Kemubu (KADA) [5]

Keputusan pilihan raya

[sunting | sunting sumber]
Parlimen Malaysia
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
2018 P028 Pasir Puteh Kamarudin Md Nor (BERSATU) 4,896 7.18% Nik Muhammad Zawawi Salleh (PAS) 32,307 47.41% 69,745 1,360 81.66%
Asyraf Wajdi Dusuki (UMNO) 30,947 45.41%
Dewan Undangan Negeri Kelantan[6][7][8][9][10]
Tahun Kawasan pilihan raya Calon Undi Peratus Lawan Undi Peratus Undi sah Majoriti Hasil
1997 N30 Semerak Kamarudin Md Nor (UMNO)
2004 N31 Semerak Kamarudin Md Nor (UMNO) 6,095 53.04% Hussin Awang (PAS) 5,396 46.96% 11,672 699 83.41%
2008 Kamarudin Md Nor (UMNO) 6,112 46.82% Wan Hassan Wan Ibrahim (PAS) 6,943 53.18% 13,245 831 84.99%
2023 N37 Ayer Lanas Kamarudin Md Nor (BERSATU) 9,535 67.81% Nasrul Hadi Kamarulzaman (UMNO) 4,526 32.19% 14,209 5,009 63.24%
  1. ^ "Ex-EC chief now Bersatu's VP in new line-up". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-12-05. Dicapai pada 2018-12-05.
  2. ^ a b c d e "Kamaruddin calon BN di Semerak" (PDF). 29 Julai 1997.
  3. ^ Bekas ketua Umno Pasir Puteh keluar parti, dijangka sertai PPBM
  4. ^ Reporters, F. M. T. (2016-10-06). "Bekas setpol Muhyiddin dilantik Setiausaha Agung PPBM". Free Malaysia Today | FMT. Dicapai pada 2025-12-19.
  5. ^ KAMARUDIN, HAZELEN LIANA (2020-06-22). "Kamarudin ganti Husam galas jawatan Pengerusi KADA". Sinar Harian. Dicapai pada 2025-12-19.
  6. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri". Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 4 Februari 2017. Peratusan angka berdasarkan jumlah keluar mengundi.
  7. ^ "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai pada 4 Februari 2017. Keputusan hanya tersedia daripada pilihan raya 2004.
  8. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum. Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia. Dicapai pada 24 Mac 2017.Keputusan hanya tersedia untuk pilihan raya 2013.
  9. ^ "my undi : Kawasan & Calon-Calon PRU13 : Keputusan PRU13 (Archived copy)". www.myundi.com.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 31 March 2014. Dicapai pada 2014-04-09.
  10. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum ke-13". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 Mac 2018. Dicapai pada 26 Oktober 2014.