Orang Melayu Johor: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Teg: Dibalikkan
Teg: Dibalikkan
Baris 101: Baris 101:
* Dato' [[Abdul Rahman Mohamed Yassin]] - Yang di-Pertua Dewan Negara
* Dato' [[Abdul Rahman Mohamed Yassin]] - Yang di-Pertua Dewan Negara
* [[Intan Najuwa]] - pelakon wanita muda yang bergiat aktif sejak 2016
* [[Intan Najuwa]] - pelakon wanita muda yang bergiat aktif sejak 2016
* [[Shafie Rio]] - penyanyi rock veteran yang juga teraju utama kugiran muzik [[Rio (kumpulan muzik)|Kumpulan Rio]]
* Dato' [[Onn Jaafar]] - Pengasas parti [[UMNO]]
* Dato' [[Onn Jaafar]] - Pengasas parti [[UMNO]]
* Tan Sri [[Hassan Yunus]] - Mantan Menteri Besar dan Mufti Johor
* Tan Sri [[Hassan Yunus]] - Mantan Menteri Besar dan Mufti Johor
Baris 115: Baris 116:
* [[Sweet Qismina]] - pelakon serta penyanyi wanita generasi moden, aktif dalam bidang seni persembahan sejak 2008
* [[Sweet Qismina]] - pelakon serta penyanyi wanita generasi moden, aktif dalam bidang seni persembahan sejak 2008
* Datin [[Alyah]] - penyanyi yang bergiat aktif dalam seni muzik sejak 2000
* Datin [[Alyah]] - penyanyi yang bergiat aktif dalam seni muzik sejak 2000
* [[Sarimah Ibrahim|Che Puan Sarimah Ibrahim]] - pengacara, pelakon serta penyampai radio wanita yang berpengelaman dalam industri hiburan


==Rujukan==
==Rujukan==

Semakan pada 15:20, 21 Mac 2024

Orang Melayu Johor
اورڠ ملايو جوهر
Kawasan ramai penduduk
seluruh Johor, selatan Melaka (daerah Jasin), selatan Negeri Sembilan (daerah Tampin), selatan Pahang (daerah Rompin), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Selangor
Bahasa
Bahasa Malaysia piawai, juga bahasa keturunan seperti Bahasa Banjar, Bahasa Jawa dan Bahasa Bugis, Inggeris, Arab
Agama
Sunni Islam
Kumpulan etnik berkaitan
Melayu Malaysia

Orang Melayu Johor merupakan antara sub-suku etnik Melayu yang merupakan penduduk di negeri Johor dan juga kawasan-kawasan sempadan seperti selatan Pahang (Daerah Rompin), Daerah Tampin di Negeri Sembilan serta Daerah Jasin di Melaka malah sebilangan besar komuniti penghijrah serta keturunan mereka yang lahir atau membesar di Metropolitan Lembah Klang iaitu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya serta bandar-bandar besar utama di negeri Selangor. Majoriti penduduk negeri Johor dari kalangan orang Melayu Johor terdiri daripada kalangan dari suku Jawa, Banjar dan Bugis.

Pengenalan

Orang Melayu Johor umumnya terdiri daripada Melayu Jati Johor dan juga Melayu Dagang yang sebahagiannya berasal dari keturunan Jawa dan Bugis dari Jawa Tengah, Jawa Timur dan juga Sulawesi Selatan, Indonesia, tetapi sebilangan daripada mereka juga berketurunan suku Banjar dari Kalimantan Selatan serta Kalimantan Tengah, Indonesia. Penghijrahan mereka secara beramai-ramai berlaku ketika pemerintahan Sultan Johor Moden pertama, Sultan Abu Bakar ketika pembukaan besar-besaran ladang gambir. Selain itu, terdapat juga penghijrah keturunan Melayu Terengganu yang tertumpu di pantai timur Johor terutamanya di daerah Mersing. [2]

Sejarah

Semasa pemerintahan Sultan Johor Moden pertama, Sultan Abu Bakar, pembukaan banyak ladang-ladang gambir di Johor menyebabkan kepada keperluan untuk mendapatkan tenaga kerja. Baginda telah membuka pintu kepada para penduduk asal Indonesia untuk bekerja dan menetap di Johor. Kebanyakan daripada mereka berasal dari suku Jawa dan Bugis.[3]

Nama etnik

Pada hari ini, kebanyakkan etnik Melayu Johor menggelar diri mereka sebagai Bangsa Johor.[4]

Bahasa

Bahasa Melayu Johor boleh dibahagikan kepada beberapa sub-dialek Bahasa Melayu (piawai), Bahasa Jawa dan Bahasa Bugis[5]

Bahasa Melayu Johor Bahasa Melayu Standard
Pak kal Nasiblah
Semangka Tembikai
Kopek Buka
Taruk Letak
Nengok Tengok
Oter Ubah
Kememeh Suka menangis
Sarap Sarapan
Johor Johor Bahru
Tak semenggah Tak senonoh
Dedor Nak demam
Longgor Longgar
Sokkabor Surat khabar
Kecur Terliur
Terejal Nakal

Adat dan budaya

Sebahagian besar adat serta budaya masyarakat Melayu Johor mempunyai persamaan dengan Melayu Semenanjung Malaysia. Perbezaan utama ialah dialek mereka yang agak berbeza dengan Bahasa Melayu standard. Antara Kebudayaan Melayu Johor ialah:

Tokoh-tokoh Melayu Johor

Perdana Menteri Malaysia ke-8, Muhyiddin Yassin

Rujukan