KL Gangster 2: Perbezaan antara semakan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kandungan dihapus Kandungan ditambah
Tiada ringkasan suntingan
Yosri (bincang | sumb.)
Tiada ringkasan suntingan
Baris 13: Baris 13:
| suntingan =
| suntingan =
| studio = [[Skop Production Sdn Bhd]]
| studio = [[Skop Production Sdn Bhd]]
| pengedar = [[Grand Brilliance]] Sdn Bhd
| pengedar = [[Grand Brilliance]] Sdn Bhd<ref>[http://www.mediaprima.com.my/?p=1525 GRAND BRILLIANCE DOMINATES BEST FILM NOMINATIONS FOR FFM 26]</ref>
| penaja =
| penaja =
| penayangan = {{film date|2013|10|3|df=y|Malaysia}}
| penayangan = {{film date|2013|10|3|df=y|Malaysia}}

Semakan pada 15:28, 25 Februari 2016

KL Gangster 2: Prequel (2013)
PengarahSyamsul Yusof
PenulisSyamsul Yusof
Dihasilkan olehDato' Yusof Haslam
DibintangiAaron Aziz
Ady Putra
Soffi Jikan
Syamsul Yusof
Rosyam Nor
Zizan Razak
Dikisahkan olehSyamsul Yusof
SinematografiOmar Ismail
Muzik olehHafiz Hamidun
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehGrand Brilliance Sdn Bhd[1]
Tarikh tayangan
  • 3 Oktober 2013 (2013-10-03) (Malaysia)
Negara Malaysia
BahasaBahasa Malaysia
BajetRM 4.51 juta
Pecah panggungRM 4.96 juta

KL Gangster 2 ialah sebuah filem aksi yang ditayangkan pada 3 Oktober 2013 dan diarahkan oleh Syamsul Yusof serta dibintangi oleh Aaron Aziz, Ady Putra, Soffi Jikan, Syamsul Yusof dan Rosyam Nor. KL Gangster 2 merupakan filem prequel kepada filem KL Gangster (2011).Filem ini menelan kos penerbitan sebanyak RM4.5 juta.Filem ini telah memenangi dua dari tujuh pencalonan dalam Festival Filem Malaysia ke-26.Filem ini menyamai beberapa babak Filem Tamil keluaran tahun 2007 bertajuk Billa.[nyatakan menurut siapa?]

Plot

KL Gangster 2 mengisahkan tentang bagaimana 2 orang adik-beradik iaitu Malek (Aaron Aziz) dan Jai(Ady Putra) secara tidak langsung terjebak dalam dunia gangster setelah kematian ayah mereka 10 tahun lalu Semenjak kematian ayah mereka, kehidupan mereka sekeluarga dalam serba kesusahan di samping ibu (Ku Faridah) mereka sering ketakutan gara-gara ugutan dari kumpulan gangster yang menagih hutang ayah mereka Disebabkan kesempitan wang dan keperitan hidup maka Jai menjadi semakin liar hingga sanggup melakukan apa saja demi wang bagi mengubah nasib hidupnya dan mendapat tentangan hebat dari keluarganya.

Malek semakin buntu memikirkan masalah yang dihadapi dan ditambah pula dengan laporan dari doktor yang mengesahkan ibunya mengidap penyakit barah. Sementara itu, Tailong (Rosyam Nor) merupakan antara gangster terbesar di KL yang giat menjalankan kegiatan-kegiatan haram.Segala tindak tanduk Tailong tidak disenangi oleh gangster-gangster lain namun terpaksa akur dengan kekuatan Tailong. Pada masa yang sama, King (Ridzuan Hashim) dan Shark (Syamsul Yusof) merancang untuk memperkukuhkan kedudukan bagi menjatuhkan Tailong dan meminta pertolongan dari rakan baiknya iaitu Malek dengan menawarkan ganjaran yang besar.

Malek menerima tawaran tersebut bagi menampung kos ibunya dan membayar hutang ayahnya. Namun kegiatannya tidak disenangi oleh ibunya dan dia dan Jai dihalau dari rumah. King menjadi lebih berkuasa atas bantuan Malek dan kehadirannya membuatkan Tailong berasa tergugat. Dia merancang untuk menghapuskan King dan Malek. Terjadi pertempuran hebat antara dua kumpulan gangster terbesar di KL apabila Tailong menyerang King dan Malek. Mereka hampir tumpas ditangan Tailong namun terselamat apabila polis tiba dan berjaya melepaskan diri. Pada masa yang sama, Malek ternampak “tattoo” yang sama di badan Tailong dan pembunuh ayahnya. Bermulanya konflik dan dendam antara Malek dan Tailong.

Apabila Tailong mendapat tahu Jai ialah adik Malek, dia menculik Zeti (Sheera Iskandar) dan memperkosanya di hadapan Jai. Jai tidak mampu berbuat apa-apa kerana orang-orang Tailong terlalu ramai. Malek pula mendapati ibunya cedera parah akibat dipukul orang Tailong. Dia tidak sempat ke sarang Tailong untuk menyelamatkan adik-adiknya kerana terpaksa bergegas ke hospital dengan ibunya. Tailong akhirnya memanggil Malek ke kawasan pelabuhan sekiranya dia ingin selamatkan adik-adiknya dalam pertembungan terakhir.

Dengan bantuan Shark, Ajib (Soffi Jikan) dan orang-orang mereka, Malek berjaya melenyapkan seluruh geng Tailong. Dia dan Jai akhirnya bersama-sama berjaya menumpaskan Tailong lalu menyerahkannya kepada Shark untuk ditembak mati. Mereka kemudian bergegas ke hospital untuk membayar bil hospital supaya ibu mereka boleh dibedah. Zeti dan ibu mereka enggan memaafkan Malek dan Jai kerana memusnahkan kebahagiaan keluarga mereka. Jai pula berdegil untuk terus kekal dalam dunia jenayah demi mencari wang. Malek pula diberkas polis setelah dianiaya oleh gengnya sendiri. Ketika dibawa ke balai, Malek berdoa pada Tuhan supaya keluarganya berjaya sementara dia dipenjarakan.

Pada masa yang sama, Tailong telah mati. Dengan pemergian Tailong, Shark kini menjadi ketua bagi satu-satunya geng terkuat di KL. Shark juga telah merancang untuk memenjarakan Malek. Seterusnya berpusing balik ke KL Gangster 1

Pelakon

  1. Aaron Aziz sebagai Malek
  2. Ady Putra sebagai Jai
  3. Rosyam Nor sebagai Tailong
  4. Syamsul Yusof sebagai Shark
  5. Soffi Jikan sebagai Ajib
  6. Zizan Razak sebagai Fadil
  7. Ridzuan Hashim sebagai King
  8. Adam Corrie sebagai Dragon
  9. Ku Faridah sebagai Mak
  10. Sheera Iskandar sebagai Zati
  11. Angeline Tan sebagai Suzanne

Pembikinan

Filem yang menjalani penggambaran bermula 1 Disember 2011 dan memilih beberapa lokasi menarik seperti sekitar Kuala Lumpur, Lembah Klang dan Batu Gajah, Perak sebagai lokasi.

Filem ini akhirnya mendapat khidmat aktor berkaliber Malaysia, Rosyam Nor selepas gagal untuk dibawa untuk filem pertamanya akibat masalah jadual waktu kerja yang padat. Menurut Syamsul, beliau memang menginginkan Rosyam berlakon filem bercorak aksi kerana watak dalam filem tersebut memang dicipta khas untuk beliau. Kali terakhir Rosyam berlakon aksi ialah dalam filem Castello

Semasa pembikinan, pelakon Aaron Aziz menerima kecederaan di bahagian belakang semasa melakukan aksi pertarungan bersama Rosyam Nor. Beliau dikejarkan ke hospital berdekatan untuk menerima rawatan. [2].

Kontroversi

Pada 28 Ogos 2013, seluruh Malaysia digemparkan dengan penyebaran filem ini secara haram menerusi internet. Pihak penerbitan filem iaitu Skop Productions Sdn Bhd telah mengambil langkah segera dengan membuat laporan kepada pihak berkuasa bagi membendung penyebaran meluas filem ini.[3] Pengarahnya, Syamsul Yusof telah memberi amaran keras kepada pihak yang bertanggungjawab melakukan perkara tersebut. “Peringatan buat semua, pihak Skop Production dan Grand Brilliace akan mengambil tindakan keras kepada mana-mana individu yang mengedarkan atau memuat naik filem 'KL Gangster 2' tanpa kebenaran, di mana-mana media sekalipun. Kami dan pihak berkuasa akan mengambil tindakan habis-habisan untuk mengesan mereka yang bertanggungjawab," katanya yang memaklumkan perkara itu di akaun Facebook Dan Twitter miliknya. [4]

Susulan daripada insiden tersebut, pihak Skop Productions dan Grand Brilliance Sdn Bhd telah mengadakan sebuah sidang media tergempar bertempat di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) pada 30 Ogos 2013.Menurut Datuk Yusof Haslam, pihaknya sudah mendapat beberapa petunjuk mengenai isu penyebaran awal filem KL Gangster 2 dan buat masa ini, pihak berkuasa masih menjalankan siasatan untuk mencari bukti-bukti kukuh sebelum mendakwa mereka yang tidak bertanggungjawab itu ke muka pengadilan.

Pelbagai pihak membuat spekulasi bahawa penyebaran filem ini didakwa berpunca daripada 'penglibatan orang dalam perfileman'. Namun, kenyataan ini disangkal oleh Datuk Yusof Haslam. Menurut beliau, perbuatan tidak bertanggungjawab itu tiada kaitan dengan pembabitan orang dalam. "Hanya orang tertentu sahaja menyimpan CD asal filem ini. Saya syak bahawa ia bermula ketika kami melakukan pra-tayangan di sebuah pawagam dan ketika itu saya turut hadir dalam majlis itu. "Menurut Yusof, video yang tersebar itu serupa seperti yang ditayangkan waktu itu dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama terlibat. "Filem yang berbentuk digital format itu memang senang untuk disalin malah boleh dimuatnaik terus ke internet untuk tontonan secara percuma."[5]

Datuk Yusof juga memaklumkan bahawa tayangan tersebut hanya merupakan filem awal yang belum disunting oleh Syamsul dan kualiti tayangan serta gambarnya juga sekadar 50% sahaja.Oleh itu, penerbit terkenal tersebut mengalu-alukan peminat filem tempatan untuk datang menyokong filem KL Gangster 2 itu di pawagam pada 3 Oktober depan bagi merasaikan pengalaman yang lebih memuaskan.[6]

Sambutan

Filem ini dikeluarkan pada 3 Oktober 2013 dan mendapat kutipan sebanyak RM 4.96 juta.

Pencapaian

Anugerah Kategori Penerima Hasil
Festival Filem Malaysia ke-26 Filem Terbaik Dato' Yusof Haslam Tercalon
Pengarah Terbaik Syamsul Yusof Tercalon
Lakon Layar Terbaik Tercalon
Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Rosyam Nor Menang
Penyunting Terbaik Syamsul Yusof & Hisyam Jupri Tercalon
Penataan Bunyi Terbaik Menang
Skor Muzik Asal Terbaik Hafiz Hamidun Tercalon
Anugerah MeleTOP Era Anugerah Filem Meletop Dato' Yusof Haslam Menang
Bintang Filem Meletop Aaron Aziz Menang
Anugerah Majlis Pengkritik Filem Kuala Lumpur 2014[7] Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Rosyam Nor Tercalon

Rujukan

  1. http://www.skopproduction.my/
  2. https://www.facebook.com/SkopFanPage?fref=ts
  3. https://www.facebook.com/pages/Syamsul-Yusof-Burn-Soul/184917916393?fref=ts
  4. http://anizyn.blogspot.com/2012/01/sinopsis-kl-gangster-2-lakonan-aaron.html
  5. http://www.mysumber.com/filem/sinopsis-kl-gangster-2

Media Hiburan Karangkraf: "Syamsul Yusof Berang 'KL Gangster 2' Bocor"

  1. http://mediahiburan.karangkraf.com/memang-hot/syamsul-yusof-berang-kl-gangster-2-bocor-1.196705

Sinar Harian: "KL Gangster 2 bocor: Pawagam jadi dalang?"

  1. http://www.sinarharian.com.my/semasa/kl-gangster-2-bocor-pawagam-jadi-dalang-1.196825