Mujahid Yusof: Perbezaan antara semakan
Hasrolhashim (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
Hasrolhashim (bincang | sumb.) Tiada ringkasan suntingan |
||
Baris 6: | Baris 6: | ||
| honorific-prefix = Yang Berhormat Datuk Seri Dr. |
| honorific-prefix = Yang Berhormat Datuk Seri Dr. |
||
| name = Mujahid Yusof Rawa |
| name = Mujahid Yusof Rawa |
||
| honorific-suffix = <small> |
| honorific-suffix = <small>DGSM (Melaka); DSPN (Pulau Pinang) </small> |
||
| image = Images4444.jpg |
| image = Images4444.jpg |
||
| width = |
| width = |
Semakan pada 07:31, 19 November 2019
Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. |
Yang Berhormat Datuk Seri Dr. Mujahid Yusof Rawa DGSM (Melaka); DSPN (Pulau Pinang) | |
---|---|
Fail:Images4444.jpg | |
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) | |
Memegang jawatan 2 Julai 2018 | |
Raja | Al-Sultan Abdullah |
Timbalan | Fuziah Salleh |
Didahului oleh | Jamil Khir Baharom |
Anggota Parlimen Malaysia untuk P57 Parit Buntar, Perak | |
Memegang jawatan 8 Mac 2008 | |
Didahului oleh | Brig. (B) Datuk Abd. Hamid Ngah @ Zainal Abidin |
Majoriti | 7,551 |
Naib Presiden AMANAH[1] | |
Memegang jawatan 2015 | |
Didahului oleh | Jawatan Ditubuhkan |
Butiran peribadi | |
Lahir | 25 Oktober 1964 |
Parti politik | PH-AMANAH |
Pasangan | Datin Seri Zuraida Husin |
Bapa | Yusuf Rawa |
Hubungan | Anak Bongsu kepada Allahyarham Tuan Guru Haji Yusuf Rawa |
Alma mater | Universiti Al-Azhar Universiti Pertanian Malaysia Universiti Malaya |
Pekerjaan | Menteri |
Kabinet | Kabinet Malaysia 2018 |
Anugerah | Senarai |
YB Datuk Seri[2] Dr. Mujahid bin Yusof (lahir 25 Oktober 1964), kebiasaanya dikenali sebagai Mujahid Yusof Rawa, merupakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama),[3] ahli politik dan Ahli Parlimen Parit Buntar, Perak Darul Ridzuan. Beliau merupakan ahli Parti Amanah Negara (Amanah), parti komponen di dalam Pakatan Harapan (Harapan).
Mujahid merupakan anak kepada Mursyidul Am PAS yang pertama, yang juga merupakan Presiden PAS, iaitu Allahyarham Tuan Guru Yusof Rawa. Mujahid dikenali sebagai progresif dan aktif dalam menjadikan PAS kepada parti berbilang kaum. Namun, beliau dan sebahagian rakan-rakan yang dikenali sebagai G18, telah ditolak dalam Muktamar PAS 2015. Beliau dan rakan-rakannya kemudiannya mewujudkan Gerakan Harapan Baru yang kemudiaannya menjadi asas kepada tertubuhnya parti AMANAH.
Pendidikan
- Ijazah Sastera Bahasa Arab di Universiti Al-Azhar, Mesir
- Ijazah Sarjana Pengurusan Sumber Manusia di Universiti Putra Malaysia (UPM)
- Ijazah Kedoktoran Sains Politik di Universiti Malaya
Kerjaya
- Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam) (2018-kini)
- Naib Presiden Parti Amanah Negara (2015-kini)
- Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang (2007-2015)
- Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS (2005- 2015)
- AJK PAS Pusat (2005-2015)
- AJK Pemuda PAS Pusat (2001-2005)
- Yang Dipertua PAS Kawasan Bayan Baru, Pulau Pinang
- Tenaga Pengajar Masjid dan Surau
- Guru Bahasa Arab
- Petugas Sukarela Bantuan Islam Antarabangsa
- Pensyarah Universiti Multimedia, Melaka Bandar Raya Bersejarah (1999-2004) Universiti Multimedia
Politik
Bertanding kali pertama di Jasin, Melaka pada tahun 1999 dan seterusnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada tahun 2004 namun tewas. Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari Barisan Nasional - UMNO, Senator Datuk Abdul Rahman Suliman dengan majoriti sebanyak 7,551 undi. Beliau memperolehi 21,221 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 13,670 undi. Pada PRU ke-14, beliau diberikan mandat untuk penggal ketiga berturut-turut sebagai wakil rakyat di Parit Buntar Perak.
Meneruskan perniagaan keluarga dalam bidang penerbitan buku yang mana beliau merupakan pengarah urusan syarikat tersebut iaitu Safir IImu Sdn Bhd di Bayan Baru, Pulau Pinang. Selain aktiviti politik beliau juga terlibat dalam aktiviti keilmuan seperti menyampaikan kuliah-kuliah agama di seluruh negara terutama dalam bidang sirah dan beliau juga telah menulis hampir 10 buah buku antaranya ialah Dakwah dan Tarbiah (1992), Masjid dan Peranannya (1993), Khilaf Satu Fenomena (1994), Global View of Islam (1996), Moral Ethica of Study (2000) dan Permata dari Pulau Mutiara (2003)
Keputusan Pilihan Raya
Tahun | Kawasan | Calon | Parti | Gabungan | Undi | % | Lawan | Parti | Gabungan | Undi | % | Majoriti | %Keluar |
---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
1999 | P124 Jasin, Melaka[4] | Mujahid Yusof Rawa | - | 12,947 | 35.39 | Abu Zahar Ithnin | Barisan Nasional | 23,638 | 64.61 | 10,691 | 77.78 | ||
2004 | P042 Tasek Gelugor, Penang[5] | - | 11,828 | 34.95 | Mohd Shariff Omar | 22,011 | 65.05 | 10,183 | 83.03 | ||||
2008 | P057 Parit Buntar, Perak[6] | Mujahid Yusof Rawa | Barisan | 21,221 | 60.82 | Abdul Raman Suliman | 13,670 | 39.18 | 7,551 | 78.71 | |||
2013 | Pakatan | 26,015 | 59.73 | Muaamar Ghadafi Jamal Jamaludin | 17,539 | 40.27 | 8,476 | 86.16 | |||||
2018 | Pakatan Harapan |
16,753 | 38.73% | ABDUL PUHAT BIN MAT NAYAN | 31.56% | 43,256 | 3,098 | 83.6% | |||||
AHMAD AZHAR BIN SHARIN | Gagasan | 12,312 |
Anugerah
- Beliau telah dikurniakan Darjah Setia Pangkuan Negeri (DSPN) oleh Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas yang membawa gelaran Dato' pada tahun 2012.[7]
- Plaque of the City of Sarajevo (2018)[8]
Lihat juga
Rujukan
- ^ Tiada krisis kepimpinan dalam Amanah – Mujahid
- ^ 5 menteri bergelar Datuk Seri
- ^ 36 menteri, timbalan angkat sumpah
- ^ Maklumat calon Parlimen Jasin
- ^ Maklumat calon Parlimen Tasek Gelugor
- ^ Maklumat calon Parlimen Parit Buntar
- ^ 1,138 terima darjah kebesaran termasuk pekerja am PBT
- ^ The Plaque of The City of Sarajevo Honorary presented to Malaysian Minister Yusuf Rawa