Sivakumar A/L Varatharaju

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

V. Sivakumar

AP
வ. சிவகுமார்
سيۏاکومر أنق للاکي ۏاراتهاراجو
V.Sivakumarharapan.jpg
Menteri Sumber Manusia Malaysia
Memegang jawatan
3 Disember 2022
RajaAl-Sultan Abdullah
Perdana MenteriAnwar Ibrahim
Didahului olehSaravanan Murugan
Timbalan Setiausaha Agung
Parti Tindakan Demokratik
Memegang jawatan
12 November 2017
Berkhidmat dengan Nga Kor Ming (2017–2022) &
Teresa Kok Suh Sim (2017–2022) &
Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (sejak 2022) &
Liew Chin Tong (sejak 2022)
Setiausaha AgungLim Guan Eng
(2017–2022)
Anthony Loke Siew Fook
(since 2022)
Pengurusi KebangsaanTan Kok Wai
(2017–2022)
Lim Guan Eng
(since 2022)
Anggota Parlimen Malaysia
untuk Batu Gajah, Perak
Memegang jawatan
2013
Didahului olehFong Po Kuan
Ahli Dewan Negeri Perak
untuk Tronoh
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 2013
Didahului olehLee Kon Yin
Digantikan olehPaul Yong Choo Kiong
Majoriti2,571
Yang di-Pertua
Dewan Negeri Perak
Dalam jawatan
25 April 2008 – 7 Mei 2009
Didahului olehJunus Wahid
Digantikan olehR. Ganesan
Butiran peribadi
Lahir (1970-12-05) 5 Disember 1970 (umur 52)
Parti politikDAP-Pakatan Rakyat
IbuS. Karunakari
BapaN. Varatharaju
Alma materUniversiti Malaya
PekerjaanAhli politik, Ahli perniagaan

Sivakumar A/L Varatharaju (Bahasa Tamil: வ. சிவகுமார், translit. Va. Civakumār; lahir 5 Disember 1970) merupakan ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP). Kini, beliau merupakan Ahli Parlimen bagi kerusi Batu Gajah sejak 2013, dan bekas ADUN kawasan Tronoh, Negeri Perak, Malaysia. Beliau menjadi orang India pertama menjadi Speaker Dewan Undangan Negeri Perak dan juga di Malaysia selepas menggantikan Junus Wahid (2000-2008). Beliau kini merupakan Menteri Sumber Manusia negara, serta menteri tunggal berbangsa India dalam jemaah menteri terkini negara.

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Sivakumar dilahirkan pada 1971 sebagai anak kepada ayahnya M. Varatharaju dan ibunya S. Karunakari. Sivakumar merupakan lulusan Falsafah Perundangan dan Sarjana Pentadbiran Perniagaan.

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Sivakumar menyertai politik pada 1997 sebagai setiausaha politik ahli parlimen Ipoh Barat, M. Kulasegaran . Pada 2008 beliau menang bertanding di DUN Tronoh, Perak mengalahkan Lee Kim Choy dengan majoriti 2,571.

Speaker DUN Perak[sunting | sunting sumber]

Dalam kerajaan Pakatan Rakyat yang dibentuk pada 17 Mac 2008, beliau telah dilantik sebagai Speaker Dewan Undangan Negeri Perak. Jawatan Speaker lebih tinggi statusnya daripada pengerusi majlis. Pada 25 Ogos 2008 beliau diundi secara rahsia menjadi Speaker DUN Perak dengan 31 undi mengalahkan Junus Wahid 28 undi.Hee Yit Foong wakil wanita DAP dilantik sebagai Timbalan Speaker DUN Perak.

Beliau dan lain-lain Adun Pakatan Rakyat dihalang masuk ke Bangunan Perak Darul Ridzuan pada 3 Mac 2009 kerana ia dijadualkan tanpa mendapat perkenan Sultan Perak sebagaimana diperuntukkan menurut perlembangaan Negeri Perak.[1] [2]Bagaimanapun, walaupun tanpa mendapat perkenan Sultan Perak, persidangan itu diteruskan di bawah pokok dan 3 usul telah diluluskan. Persidangan tersebut kemudiannya diisytihar sebagai tidak sah oleh mahkamah.

Dalam Persidangan DUN Perak Mei 2009, Dr Zambry Abdul Kadir telah memecat beliau dari jawatan Speaker. A Ganesan dari MIC dilantik sebagai Speaker yang baru. Sivakumar dibawa keluar dari bangunan itu oleh pihak keselamatan agar perasmian persidangan oleh Raja Nazrin Shah dapat berjalan lancar.

Rujukan[sunting | sunting sumber]