Yeo Bee Yin

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigation Jump to search
Nama ini merupakan nama orang dalam bahasa Cina; nama keluarganya ialah Yeo.
Yang Berhormat Menteri Puan
Yeo Bee Yin
AP
杨美盈
Yeo Bee Yin, 2013 (cropped).jpg
Yeo Bee Yin, 2013
Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim
Memegang jawatan
2 Julai 2018
RajaMuhammad V
Perdana MenteriPakatan-harapan-logo.jpg Parti Pribumi Bersatu Malaysia Logo.svg.png Mahathir Mohamad
TimbalanSabah Heritage Party Logo.svg.png Isnaraissah Munirah Majilis
Didahului oleh1. Barisan Nasional.png Upko.jpg Wilfred Madius Tangau (Sains, Teknologi & Inovasi)
2. Barisan Nasional.png Pbslogo.JPG Maximus Ongkili (Tenaga, Teknologi Hijau dan Air)
Ahli Parlimen Malaysia
untuk Bakri, Johor
Memegang jawatan
10 Mei 2018
Didahului olehPakatan-harapan-logo.jpg Democratic Action Party Flag.svg Er Teck Hwa (DAPPH)
Majoriti23,211 (2018)
Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor
untuk Damansara Utama
Dalam jawatan
6 Mei 2013 – 9 Mei 2018
Didahului olehPakatan-harapan-logo.jpg Democratic Action Party Flag.svg Cheah Wing Yin (DAPPR)
Digantikan olehPakatan-harapan-logo.jpg Democratic Action Party Flag.svg Jamaliah Jamaluddin (DAPPH) (kini Bandar Utama)
Butiran peribadi
LahirYeo Bee Yin
(1983-05-26) 26 Mei 1983 (umur 35)
Batu Anam, Daerah Segamat, Johor, Malaysia
Parti politikPakatan-harapan-logo.jpg Democratic Action Party Flag.svg PH-DAP
PasanganLee Yeow Seng
KediamanDamansara
Alma materUniversiti Teknologi Petronas
Universiti Cambridge
PekerjaanAhli politik
ProfesionJurutera bidang
KabinetKabinet Malaysia 2018
Laman sesawangyeobeeyin.com

Yeo Bee Yin (Cina ringkas: 杨美盈pinyin: Yáng Měiyíng; lahir 26 Mei 1983) ialah ahli politik Malaysia dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), sebuah parti komponen dalam pakatan pemerintah Pakatan Harapan (PH). Yeo kini ialah Ahli Parlimen Bakri di Johor. Terdahulu, beliau ialah bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor untuk kerusi DUN Damansara Utama untuk tempoh satu tahun dari 2013 hingga 2018.

Yeo telah dipilih sebagai Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar pada 2 Julai 2018, sebagai sebahagian daripada Kabinet ke-7 Perdana Menteri Mahathir Mohamad.[1] Kementerian kemudiannya dinamakan semula sebagai Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim (MESTECC) pada 2 Ogos 2018 untuk tujuan kemudahan akronim.[2]

Kehidupan awal[sunting | sunting sumber]

Yeo merupakan pelajar dari Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Seg Hwa, Segamat dan pernah mewakili sekolah menyertai pertandingan bola keranjang peringkat negeri. Yeo berkelulusan ijazah dalam bidang Kejuruteraan Kimia dari Universiti Teknologi Petronas di bawah tajaan Petronas. Setelah dua tahun berkhidmat dengan syarikat Schlumberger, beliau melanjutkan pelajaran dalam Advanced Chemical Enginering dan memperoleh Ijazah Sarjana Falsafah dari Universiti Cambridge di bawah tajaan Gates Cambridge Scholarship dengan kepujian tertinggi.[3][4]

Kerjaya politik[sunting | sunting sumber]

Penglibatan beliau dalam arena politik bermula sejak Februari 2012 sebagai sukarelawan DAP sebelum menyertai parti bersama seorang lagi ahli akademik, Dr. Ong Kian Ming pada tahun yang sama.[5] Di samping menjalankan perniagaan sendiri, Yeo juga menjalankan tugas sebagai pengatur strategi kempen media sosial untuk parti dan menyandang jawatan sebagai Pembantu Khas kepada Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13, Yeo telah bertanding buat julung kalinya dan berjaya memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor Damansara Utama mewakili DAP, dengan 83.6% undian dan majoriti sebanyak 30,689. Angka tersebut merupakan majoriti tertinggi bagi kerusi negeri di Malaysia. Beliau kemudian mengangkat sumpah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Damansara Utama pada 5 Mei 2013 – sekaligus menjadikan beliau sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor termuda.

Setelah dipilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, Yeo memberi keutamaan untuk mengatasi kadar jenayah yang tinggi, banjir kilat, kesesakan trafik, serta isu kemiskinan.[6]

Antara jawatan lain yang disandang ialah Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP, Naib Pengerusi Belia Pakatan Harapan dan Pengarah Pendidikan Politik DAP Wanita Selangor.[7]

Rosmah dan PERMATA[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2017, Yeo Bee Yin telah membangkitkan persoalan tentang pengurusan kewangan bagi Program Permata iaitu sebuah program kebajikan & pendidikan kanak-kanak yang dinaungi oleh isteri Perdana Menteri iaitu Datin Paduka Seri Rosmah Mansor. Yeo mendesak supaya ada ketelusan dalam pengurusan kewangan program tersebut.[8]

Yeo juga mempersoalkan keperluan supaya badan yang dinaungi Rosmah itu dipisahkan daripada Pejabat Perdana Menteri dan bagaimana seseorang yang tidak dilantik oleh rakyat memainkan peranan yang begitu besar dalam kerajaan. Beliau menegaskan bahawa mana-mana program pengupayaan kanak-kanak sewajarnya diuruskan oleh agensi yang lebih berpengalaman dan berilmu dalam bidang berkaitan.[9]

Dakwaan Penyalahgunaan Dana[sunting | sunting sumber]

Pada Mac 2017, Dato Seri Jamal Yunos yang merupakan Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar telah mendakwa peruntukan kewangan untuk program Skim Mesra Usia Emas (SMUE) dari Kerajaan Negeri Selangor kononnya telah disalahgunakan oleh Yeo.

Bagaimana pun dakwaan tersebut dibantah keras oleh beliau dengan mengemukakan kesemua bukti bahawa pembayaran SMUE telah dibuat. Yeo juga telah menghadirkan diri ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di mana Jamal turut dijangka hadir untuk membuat laporan. Namun, pemimpin UMNO Sungai Besar itu gagal hadir untuk membuat laporan. Yeo telah mengemukakan saman sebanyak RM5 juta kepada Jamal kerana telah melakukan fitnah ke atas dirinya. Walau bagaimanapun, Jamal sekali lagi gagal untuk menghadirkan diri ke Makhamah Tinggi bagi kes tersebut.[10]

Pertikaian Tanah MCA[sunting | sunting sumber]

Pada September 2017, beberapa pemimpin DAP telah mempersoalkan MCA Selangor mengenai tanah di Kampung Cempaka, Petaling Jaya yang dibeli pada nilai yang terlalu rendah. MCA telah memohon untuk membeli tanah tersebut pada 2006 dan mendapat kelulusan pada 2007 dari kerajaan negeri (yang pada ketika itu dinaungi oleh Barisan Nasional).

Tanah tersebut telah dibeli oleh MCA pada harga RM52,000 dengan RM1 bagi setiap kaki persegi walaupun nilai sebenarnya mencecah RM400 setiap kaki persegi. Yeo seterusnya mendapat tahu bahawa MCA berhasrat untuk menukar status tanah tersebut kepada status tanah komersil.

Yeo membangkitkan mempersoalkan bagaimana MCA dapat membeli tanah tersebut pada harga yang terlalu rendah. [11]Bekas Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Datin Paduka Chew Mei Fun yang dihubungi untuk menjawab persoalan itu bagaimanapun menafikan penglibatannya dan tidak memberi penjelasan lanjut mengenainya transaksi pembelian tanah itu.

Setelah kes tersebut didedahkan kepada pengetahuan orang awam, tiga pemimpin MCA iaitu Naib Pengerusi MCA Selangor Tang Song Chang, bekas Ahli Parlimen PJ Utara Datin Paduka Chew Mei Fun, dan Ketua MCA Bahagian PJ Utara Tan Gim Tuan telah bertindak menafikan bahawa tanah yang bersaiz satu ekar tersebut akan digunakan untuk kegunaan awam.

Penafian pemimpin MCA itu dibantah Yeo Bee Yin dengan hujah sekiranya tanah tersebut adalah bagi kegunaan awam, maka MCA tidak wajar memilikinya kerana tanah kegunaan awam adalah di bawah kuasa kerajaan negeri.[12]

Datin Paduka Chew Mei Fun seterusnya mengancam untuk menyaman Yeo dan Ahli Parlimen PJ Utara kini, Tony Pua. Pun demikian, kedua-dua pimpinan DAP tersebut tidak berganjak daripada fakta yang dikemukakan mereka.[13]

Kerja Amal

Pejabat Yeo buat masa ini mengendalikan dua buah pusat tuisyen[14] yang terletak di Damansara Bistari dan Kampung Cempaka dengan menawarkan kelas percuma bagi pelajar yang berumur antara 7 hingga 17 tahun dari keluarga berpendapatan rendah.

Beliau juga turut menjalankan projek bantuan makanan bulanan yang menyediakan keperluan asas kepada lebih daripada 100 penerima. Selain itu, Yeo menjalankan kerjasama dengan pertubuhan Impian Malaysia DAP bagi projek Impian Sarawak di Kampung Sait dalam penyediaan infrastruktur asas seperti jalan raya, air dan elektrik di Sarawak.[15]

Beliau juga merupakan pengasas program LEAP (Leadership, Education, Activism & Politics) yang bertujuan memberi pendedahan serta didikan kepada golongan muda mengenai proses politik dan aktivisme di Malaysia melibatkan penubuhan parti politik, kempen pilihan raya, pengurusan kawasan, hubungan media, penubuhan gabungan dan juga debat.[4]

Dalam masa yang sama, beliau juga telah mengasaskan Program Lawatan Anak Muda (LAM) yang membolehkan para peserta mendapat peluang lawatan ke Parlimen Malaysia dan Dewan Undangan Negeri Selangor. Peserta yang mengikuti program ini juga diberi peluang bersoal jawab dengan Ahli Parlimen.[16]

Penerbitan buku[sunting | sunting sumber]

Menerbitkan buku beliau "Reimagining Malaysia" pada 14hb Mac 2018.

Keputusan Pilihanraya Umum Ke-13 di Damansara Utama

Dewan Negeri Selangor[sunting | sunting sumber]

Dewan Negeri Selangor: N36 Damansara Utama[17][18][19]
Tahun Kerajaan Undian % Opposition Undian % Jumlah Mengundi Majoriti % Mengundi
2013 Yeo Bee Yin (DAP) 37,303 84.21% Lim Choon Kin (MCA) 6,614 14.93% 44,654 30,689 83.63%
Liew Wei Beng (BEBAS) 380 0.86%

Parlimen Malaysia[sunting | sunting sumber]

Pada 24hb Mac 2018, Lim Guan Eng selaku Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokratik (DAP) mengumumkan bahawa Yeo akan bertanding kerusi Parlimen di Bakri, Johor.

Parlimen Malaysia: P145 Bakri, Johor.[18][20][21]
Tahun Kerajaan Undian % Pembangkang Undian % Jumlah Undian Majoriti % Mengundi
2018 Yeo Bee Yin (DAP) 38,718 62.65% Koh Chon Chai (MCA) 15,507 25.09% 61,800 23,211 84.50%
Mohd Zahrul Salleh (PAS) 7,575 12.26%

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Yeo berkahwin dengan Lee Yeow Seng pada 11 Mac 2019, Yeow Seng ialah ketua pegawai eksekutif IOI Properties Group Bhd.[22] Lee ialah anak bongsu kepada hartawan dan pengasas IOI Group; Tan Sri Lee Shin Cheng.[23]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "New ministers sworn in before King (updated) - Nation | The Star Online". www.thestar.com.my. Dicapai 2018-07-02. 
  2. ^ Bernama (August 8, 2018). "Mestecc is ministry of Energy, Science, Technology, Environment and Climate Change". New Straits Times. Dicapai September 24, 2018. 
  3. ^ https://www.gatescambridge.org/members-area/connect/directory/scholar/6292
  4. ^ a b http://www.freemalaysiatoday.com/category/leisure/2016/03/01/class-acts-the-academic-backgrounds-of-15-msian-leaders/
  5. ^ http://www.therocket.com.my/en/yeo-bee-yin/
  6. ^ https://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2013/05/22/new-rep-vows-openness/
  7. ^ http://www.yeobeeyin.com/p/about-me.html
  8. ^ https://www.malaysiakini.com/news/357632
  9. ^ http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/03/15/let-relevant-ministry-take-over-permata-dap-tells-rosmah/
  10. ^ http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/07/13/jamal-yunos-no-show-in-court-for-libel-suit-by-yeo/
  11. ^ https://www.themalaysianinsight.com/s/14648/
  12. ^ http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2017/09/29/yeo-to-mca-pj-land-to-be-used-for-public-services-really/
  13. ^ https://www.malaysiakini.com/news/395678
  14. ^ https://www.youtube.com/watch?v=O834h1grhms
  15. ^ http://www.freemalaysiatoday.com/category/nation/2016/03/15/real-change-means-working-on-the-impossible/
  16. ^ https://business.facebook.com/yeobeeyin/posts/938841036269822?comment_id=938988902921702&comment_tracking=%7B%22tn%22%3A%22R0%22%7D
  17. ^ "Keputusan Pilihan Raya Umum Parlimen/Dewan Undangan Negeri" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai 4 February 2017.  Percentage figures based on total turnout.
  18. ^ a b "Malaysia General Election". undiinfo Malaysian Election Data. Malaysiakini. Dicapai 4 February 2017.  Results only available from the 2004 election.
  19. ^ "KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM 13". Sistem Pengurusan Maklumat Pilihan Raya Umum (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai 24 March 2017. 
  20. ^ "SEMAKAN KEPUTUSAN PILIHAN RAYA UMUM KE - 14" (dalam bahasa Malay). Election Commission of Malaysia. Dicapai 17 May 2018.  Percentage figures based on total turnout.
  21. ^ "The Star Online GE14". The Star. Dicapai 24 May 2018.  Percentage figures based on total turnout.
  22. ^ "When the stars finally aligned for Yeo and Lee". Sin Chew Daily. The Star Online. 30 March 2019. Dicapai 30 March 2019. 
  23. ^ "Yeo Bee Yin ties the knot with property CEO". Sin Chew Daily. The Star Online. 11 March 2019. Dicapai 11 March 2019. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]