Kemudahan awam di Semenyih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pejabat Pos Semenyih[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1990 sebuah bangunan pejabat pos telah dibina di Pekan Semenyih, Selangor. Sebelum ini pejabat pos hanya menyewa sebuah rumah kedai dua tingkat di kawasan yang berhampiran.

Balai Polis Semenyih[sunting | sunting sumber]

Balai Polis Semenyih

Balai Polis begitu penting di Semenyih. Pada peringkat awalnya, ia berperanan mengawasi kegiatan penduduk dari ancaman komunis, di samping pihak tentera. Balai Polis Semenyih ini telah dibina pada tahun 1920an. Bangunan baru telah didirikan pada 17 Mei 1975 yang dibina oleh Jabatan Kerja Raya dan dirasmikan oleh Pengarah Penguasa Polis Diraja Malaysia. Ada 24 buah rumah polis dan 12 pegawai polis bertugas di sini.

Kes-kes yang biasa dilaporkan di balai polis ini ialah:

  1. kecurian
  2. kemalangan jalan raya
  3. pergaduhan
  4. penagihan dadah

Perpustakaan[sunting | sunting sumber]

Sebuah perpustakaan awam juga terdapat di Semenyih. Ia ditujukan kepada semua golongan, tidak kira sama ada pelajar mahupun orang dewasa. Namun begitu, pengunjung yang paling ramai ialah golongan pelajar. Sebenarnya golongan pelajar pun tidak ramai mengunjungi perpustakaan awam negeri Selangor ini.

Pusat Kesihatan Semenyih[sunting | sunting sumber]

Terdapat sebuah pusat kesihatan di Semenyih. Ia dikenali sebagai Pusat Kesihatan Besar Semenyih. Klinik Semenyih ini dikendalikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia melalui Hospital Kajang.

Klinik ini dibuka pada tahun 1924. Kemudian bangunan baru telah didirikan dan dirasmikan oleh Menteri Kesihatan Malaysia, Datuk Mohamad Samsuddin tahun 1961. Antara kemudahan di klinik ini ialah:

  1. Klinik pesakit luar
  2. Klinik gigi
  3. Klinik ibu dan kanak-kanak
  4. Asrama
  5. Makmal
  6. Bilik untuk pelajar PHN.

Klinik ini mempunyai dua orang doktor, dua orang pembantu kesihatan (MA), tujuh orang bidan, lima orang jururawat dan tiga orang amah.

Fakulti Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia Bangi turut bekerjasama dengan Klinik Semenyih ini. Doktor pelatih UKM membuat praktikal amali di klinik ini. Mereka juga mengadakan sesi kempen kesihatan, ujian calitan pap, pemeriksaan gigi, ceramah pendidikan kesihatan dan amalan pemakanan di Kampung Pasir, Kampung Sungai Purun dan lain-lain di Semenyih.

Terkini 2008- ada 3 orang doktor,2 pegawai pembantu perubatan,1 ketua jururawat,5 orang staf nurse. 7 orang jururawat masyarakat, 5 orang pembantu perawatan kesihatan,1 orang pembantu teknologi makmal perubatan, 1 orang juru teknologi makmal perubatan, 2 orang pembantu farmasi,1 orang inspektor. kesihatan. 1 orang pembantu kesihatan awam , 1 orang pemandu ambulan dan 5 orang pembantu rendah awam. Unit 'on call' yang sentiasa bersedia 24 jam untuk menerima kes-kes kecemasan sahaja di luar waktu pejabat.

Jabatan Haiwan[sunting | sunting sumber]

Jabatan Haiwan ini berfungsi memberi khidmat nasihat berkaitan dengan penternakan haiwan. Ini termasuklah nasihat dari segi:

  1. baka yang baik
  2. cara dan kaedah pemakanan
  3. pemeliharaan dari serangan penyakit
  4. pemasaran.

Pada tahun 1980an banyak ladang babi di Semenyih. Antaranya ladang ternak babi di Sungai Purun (seberang Sungai Semenyih), di tepi Sungai Saringgit berhampiran dengan Tasik Semenyih dan di Bandar Teknologi sekarang. Namun begitu, kebanyakan daripadanya telahpun ditutup atau dipindahkan ke tempat lain.