Mamad Puteh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat Dr. Haji

Mamad Puteh

SMZ, PJK (Terengganu); MD (UKM)
Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Tertinggi Negeri Terengganu
Memegang jawatan
2023
PengerusiAhmad Samsuri Mokhtar
PortfolioEkonomi, Kewangan, Pelaburan, Tanah dan Sumber Asli
Kawasan pilihan rayaKuala Berang
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Terengganu
Dalam jawatan
2018–2023
TimbalanSaiful Azmi Suhaili
Menteri BesarAhmad Samsuri Mokhtar
PortfolioInfrastruktur, Kemudahan Awam, Utiliti dan Teknologi Hijau
Kawasan pilihan rayaKuala Berang
Anggota Dewan Undangan Negeri Terengganu
untuk Kuala Berang
Memegang jawatan
2018
Didahului olehTengku Putera Tengku Awang
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului olehIbrahim Yusof
Digantikan olehKomarudin Abdul Rahman
Butiran peribadi
Lahir (1956-08-05) 5 Ogos 1956 (umur 67)
Terengganu Kampung Rhu Dua, Marang, Terengganu
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
PasanganHajah Nor Aini Mohamed
Anak-anak6 orang
KediamanKampung Sungai Petai, Kuala Berang,Hulu Terengganu
PekerjaanAhli politik
ProfesionDoktor

Dr. Haji Mamad bin Puteh telah dilahirkan di Kampung Rhu Dua, Marang, Terengganu pada tahun 1956 dan menetap di Kampung Sungai Petai, Kuala Berang melebihi 30 tahun. Beliau pernah berkhidmat sebagai ADUN Kuala Berang bermula pada tahun 1999 hingga 2004. Beliau sekali lagi bertanding di PRU14 sebagai calon PAS bagi DUN Kuala Berang.[1]

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Beliau pernah menjadi doktor pelatih di Hospital Kuala Lumpur pada tahun 1982 hingga 1984. Pada tahun 1984 hingga 1985, beliau berkhidmat sebagai pegawai perubatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.[perlu rujukan] Kerjayanya diteruskan lagi sebagai pegawai perubatan Hospital Desa Kuala Berang pada tahun 1986 dan seterusnya membuka klinik persendirian beliau iaitu Klinik Mamad Sdn. Bhd. di Kuala Berang.[perlu rujukan]

Kemarasyakatan[sunting | sunting sumber]

  • 1985 - Menjadi petugas pegawai perubatan Tabung Haji
  • 2002 - Menyertai Misi Bantuan Kesihatan ke Sempadan Afghanistan Pakistan
  • 2004 - Menyertai Misi Bantuan Kesihatan ke Acheh (Tsunami)
  • 2005 - Menyertai Misi Bantuan Kesihatan ke Kawasan Gempa Bumi Pakistan

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  • Ijazah doktor Perubatan (MD UKM) pada tahun 1976 hingga 1982

Politik[sunting | sunting sumber]

Pilihan raya umum ke-14[sunting | sunting sumber]

Kerusi DUN Kuala Berang diramalkan kerusi paling sengit pada PRU14 ini dalam Parlimen Hulu Terengganu kerana tiga nama besar bertembung bagi misi menawan N23. Pertembungan tiga penjuru itu melibatkan penyandang, Datuk Tengku Putera Tengku Awang (BN), Dr Mamad Puteh (PAS) serta Mohd Nor Othman (PKR). Dr Mamad Puteh telah berjaya menawan kembali DUN 23, Kuala Berang dengan majoriti 1,070.[2]

Dr Mamad yakin mampu menang kerana PAS juga ada kekuatan tersendiri dan PRU10 sebagai salah satu bukti. Menurutnya, berdasarkan isu-isu semasa terutamanya kos beban hidup rakyat yang kian meningkat kini, tidak mustahil sejarah tercipta pada tahun 1999 lalu berulang kembali khususnya di Kuala Berang.[perlu rujukan]

Keputusan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Keputusan pilihan raya yang ditandingi Mamad Puteh
Tahun Kawasan Nama Parti Undi Lawan Parti Undi
1999 N23 Kuala Berang Mamad Puteh PAS 4,968 Abdullah Ismail BN (UMNO) 3,124
2004 N23 Kuala Berang Mamad Puteh PAS 4,231 Komarudin Abdul Rahman BN (UMNO) 5,926
2018 N23 Kuala Berang Mamad Puteh PAS 7,707 Tengku Putera Tengku Awang BN (UMNO) 6,637
Mohd Nor Othman PH (PKR) 969

Anugerah dan penghargaan[sunting | sunting sumber]

  •  Terengganu
    • Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (S.M.Z) - 2022[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Endut, Radhuan Hussain dan Mohd. Lazim. "Pas Terengganu ketengah 19 calon muka baharu". Utusan Online. Dicapai pada 2018-05-11.
  2. ^ Mamat, Noor Hayati. "Kuala Berang milik siapa?". Dicapai pada 2018-05-11.
  3. ^ ZAID MOHD NOOR (14 Ogos 2022). "91 terima darjah, pingat hari keputeraan Sultan Terengganu". Utusan. Dicapai pada 16 Ogos 2022.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

  1. Laman Facebook
  2. Senarai penuh calon PAS Terengganu PRU14