Pergi ke kandungan

Suhaili Abdul Rahman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Yang Berhormat
Dato' Indera Dr.
Suhaili Abdul Rahman
SIMP, DIMP (Pahang); PGDK, ASDK (Sabah); JP (Melaka)
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Labuan, Wilayah Persekutuan
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehRozman Isli
Dalam jawatan
1999–2008
Didahului olehAbdol Mulok Awang Damit
Digantikan olehYussof Mahal
Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi
Parti Pribumi Bersatu Malaysia
Dalam jawatan
23 Ogos 2020 – 28 November 2024
PresidenTan Sri Muhyiddin Yassin
Maklumat peribadi
Lahir (1961-05-06) 6 Mei 1961 (umur 64)
Kampung Ganggarak, Labuan
Parti politik UMNO (1982−2010)
PPBM (2018-2024)
BEBAS (Kini)
Gabungan politik
lain
PN (2022-2024)
BEBAS (Kini)
Pasangan
  • Datin Indera Fatimah Wanchi
    (meninggal dunia 28 Oktober 2008)
  • Datin Indera Suraya Hamdi
Anak3 lelaki 3 perempuan
PekerjaanAhli politik

Dato' Indera Suhaili bin Abdul Rahman (lahir 6 Mei 1961) ialah seorang ahli politik dan juga Ahli Parlimen bagi Labuan. Beliau merupakan Ketua Parti Pribumi Bersatu Malaysia Wilayah Persekutuan.[1] Setelah dipecat menjadi Ahli Bersatu, beliau menjadi Ahli Parlimen Bebas Sejak 2024 berikutan beliau isytihar menyokong Kerajaan Perpaduan yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Walaubagaimanapun Beliau dan beberapa ahli parlimen lain yang menyokong kerajaaan tetap menjadi anggota blok pembangkang.

Kerjaya politik

[sunting | sunting sumber]

Beliau mula berkecimpung dalam dunia politik seawal usia 20-an pada tahun 1982 dengan bermula sebagai ahli biasa UMNO ketika parti itu mengembangkan sayapnya di Labuan. Menandingi dibawah UMNO, beliau mengambil alih Labuan daripada kerajaan Berjaya pada tahun 1985. Beliau kemudian bertanding pada pilihan raya tahun 1999 bagi kerusi Parlimen Labuan dan berjaya memenanginya. Suhaili sekali lagi mengekalkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen bagi sesi 2004/2005.

Bagi Pilihan raya umum Malaysia 2022 beliau bertanding di bawah Perikatan Nasional sebagai ahli Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan mendapatkan kerusi parlimen pertama di wilayah tersebut bagi parti itu.

Kehidupan Peribadi

[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 6 Mei 1961 di Kampung Ganggarak, Labuan, memiliki Sarjana Muda Sains (Ekonomi) University of London dan juga Sarjana Pentadbiran Perniagaan (MBA) dalam Strategi Pemasaran, University of Hull, United Kingdom.[2] Beliau berkahwin dengan Datin Fatimah Wanchi dan mempunyai 4 orang anak, 3 orang anak lelaki (Syahirul Fazly, Saiful Redhzuan & Syahirul Fauzee) dan seorang anak perempuan (Siti Nor Fazillah). Manakala melalui isteri kedua, Datin Suraya Hamdi beliau dikurniakan 2 orang puteri, yang sulung Sara Nurashekeen berumur 23 tahun (2017) dan Sara Nur Ashereen berumur 19 (2017).

Keputusan Pilihan Raya

[sunting | sunting sumber]
Tahun Parlimen Calon Parti Undi Lawan Parti Undi Majoriti
2022 Labuan Suhaili Abdul Rahman PN (BERSATU) 8,124 Bashir Alias BN (UMNO) 7,416 708
Rozman Isli WARISAN 7,310
Ramli Tahir PH (AMANAH) 5,307
Dayang Rusimah @ Raynie Mohd Din PBM 202
Ramlee Mat Daly GTA (PEJUANG) 90
2004 Suhaili Abdul Rahman BN (UMNO) 11,087 Matusin Abdul Rahman PAS 3,186 7,901
1999 Suhaili Abdul Rahman BN (UMNO) 8,687 Teo Boon Heng @ Raymond PBS 2,172 6,515
Asbullah Mohd Salleh PAS 1,318

Anugerah Kebesaran

[sunting | sunting sumber]
  1. ^ [1]"Suhaili dilantik Ketua Bersatu Wilayah Persekutuan ", Sinar Harian, 08 Mac 2023.
  2. ^ [2], "Profil Datuk Suhaili Abdul Rahman - Calon Majlis Tertinggi di Perhimpunan Agung UMNO 2004", Utusan Online, 21 September 2004.
  3. ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2025/06/1410621/ahmad-fuad-ketuai-1015-penerima-pingat-darjah-kebesaran-sabah