Pergi ke kandungan

TUDM Butterworth

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
RMAF Airbase Butterworth

Pangkalan Udara TUDM Butterworth
Rumusan
Jenis lapangan terbangKetenteraan
Hak milikKementerian Pertahanan Malaysia
PengendaliTentera Udara Diraja Malaysia
Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu (IADS) di bawah Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA)
LokasiButterworth, Pulau Pinang, Malaysia
Ketinggian AMSL8 kaki / 2.4 m
Koordinat05°27′58″N 100°23′28″E / 5.46611°N 100.39111°E / 5.46611; 100.39111
Peta
BWH yang terletak di Pulau Pinang
BWH
BWH
BWH yang terletak di Semenanjung Malaysia
BWH
BWH
BWH (Semenanjung Malaysia)
BWH yang terletak di Malaysia
BWH
BWH
BWH (Malaysia)
BWH yang terletak di Asia Tenggara
BWH
BWH
BWH (Asia Tenggara)
BWH yang terletak di Asia
BWH
BWH
BWH (Asia)
Landasan
Arah Panjang Permukaan
m ft
18/36 2,438 7,999 Asphalt
Sumber: AIP Malaysia[1] and DAFIF[2][3]

Pangkalan Udara Butterworth (IATA: BWHICAO: WMKB) adalah sebuah pangkalan udara utama milik Tentera Udara Diraja Malaysia. Pangkalan ini terletak di bahagian utara bandar Butterworth. Di kalangan penduduk tempatan ia dipanggil sebagai “Matang Kucing” iaitu singkatan daripada nama Permatang Kucing, nama tempat asal sebelum dibangunkan pangkalan udara dan juga kadangkala dipanggil “Padang RAAF”.

Selamat datang ke Pangkalan Udara Butterworth

Pangkalan Udara TUDM Butterworth kini menempatkan Skuadron F/A-18D TUDM di samping Sekolah Latihan Penerbangan (Pulatibang) TUDM.

TUDM Butterworth juga adalah pusat pemerintahan pertahanan udara IADS di bawah Program Pertahanan Lima Negara.

Sejarah pangkalan udara Butterworth bermula dalam tahun 1941 apabila Tentera Udara Diraja British (RAF) membuka sebuah pangkalan pembaikan pesawat. Tentera Udara Diraja Australia (RAAF) kemudian menggunakan pangkalan pembaikan ini sebagai penempatan pesawat peninjau menggunakan pesawat Brewster Buffalo.

Pada 7 Disember 1941, pangkalan ini digunakan oleh pasukan Berikat untuk menempatkan pesawat pengebom Blenheim milik RAF dan pesawat Brewster Buffalo milik RAAF. Dua hari kemudian, 9 Disember 1941 pangkalan ini diserang oleh pesawat udara Jepun. Kesemua pesawat pengebom jenis Bleinheim musnah. Pangkalan Udara Butterworth sendiri rosak teruk. Beberapa pesawat Brewster Buffalo dapat berlepas untuk memberikan tentangan tetapi tidak dapat bersaing dengan keupayaan pesawat juang tentera laut jenis Mitsubishi A6M Zero dan pesawat juang tentera darat Nakajima Ki-43 Hayabusa. Selepas ditawan Jepun, sebuah landasan dibina di arah timur-barat untuk kegunaan tentera udara Jepun. Landasan ini masih ada sekarang dan digunakan untuk memarkir kapal terbang.

Setelah Jepun menyerah diri, pangkalan Butterworth kembali digunakan oleh Tentera Udara Diraja British untuk mengisi minyak pesawat untuk perjalanan Singapura ke Sri Lanka. Semasa darurat, pangkalan udara Butterworth digunakan oleh 33 Skuadron RAF (dilengkapkan dengan Hawker Tempest) untuk menjalankan misi pengeboman dan serangan roket ke atas kubu dan kedudukan pengganas komunis. Operasi ini berterusan sehingga tahun 1955. Pesawat pengebom jenis Avro Lincoln milik RAAF juga ditempatkan di Butterworth bagi menjalankan misi pengeboman.

Pada tahun 1955, RAF menyerahkan pangkalan udara Butterworth kepada RAAF. Pangkalan Udara Butterworth dibina semula dengan belanja A$10 juta. Sebuah landasan dengan panjang 3,000 meter dibina dengan arah utara-selatan (landasan yang ada sekarang). Walaupun milik RAF, RAAF menggunakan Pangkalan Udara Butterworth untuk menempatkan 78 Fighter Wing terdiri dari 3 Skuadron dan 77 Skuadron dengan pesawat F-86 Sabre dan 2 Skuadron dengan pesawat pengebom English Electric Canberra. Semasa Konfrontasi Indonesia 1963-1966, pesawat Sabre dari 77 Skuadron RAAF selalu memintas pencerobohan oleh pesawat Mig-21 milik TNI-AU Indonesia.[4]

untuk Masa Kini TUDM Butterworth, hanya memiliki 1 Terminal untuk menjalankan kegiatan Operasional, Non Sivil.

TUDM Butterworth

[sunting | sunting sumber]
B737-7h6 BBJ, pesawat eksekutif Kerajaan Malaysia yang membawa orang kenamaan khususnya Yang DiPertuan Agong, Sultan dan Raja-Raja Tanah Melayu

Pangkalan Udara Butterworth diserahkan kepada Tentera Udara Diraja Malaysia pada 31 Mac 1970 sebagai memenuhi Persetujuan Dudley 1955. Oleh kerana TUDM masih belum mempunyai keupayaan tempur, Tentera Udara Diraja Australia masih diberikan tanggungjawab untuk memberikan perlindungan pertahanan udara. Oleh itu, 2 buah skuadron Dassault Mirage III RAAF ditempatkan di Butterworth.

TUDM Butterworth juga dijadikan ibu pejabat Sistem Pertahanan Kawasan Bersepadu (IADS) di bawah Perjanjian Pertahanan Lima Negara (FPDA) melibatkan Malaysia, Australia, Singapura, New Zealand dan United Kingdom.

Dalam tahun 1969, 11 Skuadron TUDM ditubuhkan menggunakan 12 pesawat F86 Avon Sabre yang didermakan Australia. Pada 1 Januari 1971, Pusat Pertahanan Udara TUDM menempatkan radar Marconi A600 di Butterworth, menggantikan unit radar RAF di Pulau Pinang. 3 Skuadron TUDM dengan helikopter S-61 Nuri juga ditempatkan di TUDM Butterworth.

Pada 31 Mei 1975, 12 Skuadron TUDM ditubuhkan dengan kelengkapan 16 buah pesawat pejuang supersonik jenis Northrop F5E. 11 Skuadron F86 (Sabre) dibubarkan dan ditubuhkan semula dalam tahun 1983 dengan pesawat peninjau RF-5E Tigereye. Dalam tahun 1986, 18 Skuadron TUDM ditubuhkan di Butterworth dengan 8 buah pesawat F-18D Hornet.

Kini TUDM Butterworth menjadi pangkalan udara utama untuk TUDM. Tetapi RAAF masih menempatkan satu skuadron sokongan untuk membolehkan penempatan pesawat-pesawat terbang dari RAAF untuk beroperasi di TUDM Butterworth. RAAF selalu menempatkan satu detasmen pesawat P-3C Orion di TUDM Butterworth. Pesawat F/A-18 Hornet RAAF juga selalu digilirkan penempatan di Butterworth.

Destinasi

[sunting | sunting sumber]

hanya memiliki Destinasi Lapangan Terbang Militer sahaja, dengan antara Lapangan Terbang Tentera ini, dengan Lapangan Terbang Tentera Lainnya.

Pengangkutan

[sunting | sunting sumber]

Kerana ia bukan Lapangan Terbang Sivil, jadi Hanya Kendaraan milik Tentera dan yang sebagainya sahaja yang Boleh Masuk kawasan TUDM Butterworth.

  1. ^ AIP Malaysia: WMKB - Butterworth Diarkibkan 2011-07-22 di Wayback Machine at Department of Civil Aviation Malaysia
  2. ^ Maklumat lapangan terbang mengenai WMKB di Data Aero Dunia. Sumber: DAFIF.
  3. ^ Maklumat lapangan terbang mengenai BWH di Great Circle Mapper. Sumber: DAFIF.
  4. ^ Alex Tewes (2003). "Australia's F/A-18 Hornet Aircraft Implications of Use in Iraq" (dalam bahasa Inggeris). Parliament of Australia. Unknown parameter |accessdaymonth= ignored (bantuan); Unknown parameter |accessyear= ignored (|access-date= suggested) (bantuan); Unknown parameter |month= ignored (bantuan)

Pautan luar

[sunting | sunting sumber]