Tugu Peringatan Perang Sungai Kelamah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Tugu Peringatan Perang
Sungai Kelamah
Maklumat umum
JenisMonumen awam
LokasiSungai Kelamah, Negeri Sembilan, Malaysia
Tinggi8 kaki (2.4 m)
Butiran teknikal
BahanMarmar
Dikenali kerana
memperingati tentera dalam Pertempuran Jambatan Gemencheh semasa Perang Dunia Kedua

Tugu Peringatan Perang Sungai Kelamah merupakan sebuah binaan bagi memperingat peristiwa pertempuran tentera Australia dan tentera penjajah Jepun yang berlaku semasa Perang Dunia Kedua di sebuah jambatan di Negeri Sembilan, Malaysia. Ia diperbuat daripada marmar setinggi 8 kaki.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Tugu ini terletak di pinggir Sungai Kelamah, Gemas, Negeri Sembilan, bersebelahan jalan utama Gemas-Tampin. Kedudukannya terletak kira-kira 600 meter daripada jalan masuk ke FELDA Sungai Kelamah, dan 11 km daripada Pekan Gemas.

Peristiwa[sunting | sunting sumber]

Pertempuran Jambatan Gemencheh adalah satu pertempuran di antara askar-askar Australia dengan askar Jepun semasa Perang Dunia II. Semasa Pertempuran Malaya, satu pertempuran sengit telah berlaku di antara pasukan Tentera Australia dari Batalion 2/30 Infantri Australia dari Divisyen Ke-8 Australia dan pasukan tentera Jepun di jambatan Gemencheh berhampiran Gemas. Pertempuran ini adalah pertama kalinya askar Australia bertembung dengan askar-askar Jepun. Kini jambatan tersebut dinamakan sebagai Jambatan Sungai Kelamah.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]