Setia Tropika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Setia Tropika

Setia Tropika merupakan sebuah perbandaran di dalam Johor Bahru, Johor, Malaysia. Ia dimiliki oleh Setia Homes, salah satu ahli SP Setia Berhad.

Pada mulanya,di sekitar tahun 2004 Dan 2005 kawasan ini telah mula dibangunkan. Sebelumnya kawasan ini hanyalah sebahigian daripada kawasan petempatan Kempas Dan merupakan kawasan lapangan yang penuh Dengan kelapa sawit. Kini,dengan mengikuti arus pemodenan kawasan ini telah dimajukan dalam projek perumahan Dan perindustrian di bawah Setia Homes. Tempat ini telah menjalani satu revolusi pemodenan yang telah menjadikan kawasan ini maju Dengan pelbagai kegiatan ekonomi. Kawasan ini kini dianggap sebagai Salah satu kawasan yang berpotensi tinggi bagi menjadi bandar yang paling maju di Johor Bahru dalam lima tahun depan yang akan datang.

Kawasan ini mempunyai ukuran Sebanyak 375 ekar hanya di kawasan petempatan. Jika dilihat keseluruhannya, tempat ini mencegah ukurannya hingga 740 ekar Taman. Tempat ini menjadi Tumpuan utama Orang Ramai terutamanya pelabur rumahan Dari negara lain Dan Orang tempatan disebabkan Kerana kemudahan di kawasan tersebut. Kini lebih daripada 3500 menduduki tempat ini.

Pertama sekali kawasan ini sangat berdekatan Dengan NORTH SOUTH HIGHWAY. Tempat ini juga menyediakan kemudahan seperti Taman Taman rekreasi yang luasnya Sebanyak 12 ekar. Kementerian dalam Negeri juga terletak berdekatan Dan pelbagai perkhidmatan seperti umobile centre,tadika,pizza hit, KFC, McDonald's juga Ada di Sana.