Gunung Janing

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Gunung Janing
Titik tertinggi
Ketinggian 655 m (2,149 ka)
Koordinat 2°30′56″N 103°24′50″E / 2.515576°N 103.413763°E / 2.515576; 103.413763Koordinat: 2°30′56″N 103°24′50″E / 2.515576°N 103.413763°E / 2.515576; 103.413763
Geografi
Lokasi Johor, Malaysia


Gunung Janing berketinggian 2150 kaki dari paras laut dan Gunung ini terletak dalam kawasan Taman Negara Endau-Rompin Johor. Untuk mendaki gunung ini perlu mendapatkan permit masuk daripada Pejabat Perbadanan Taman Negara Endau -Rompin di Pekan Kahang. Segala bayaran termasuk permit mendaki boleh di buat di situ. Seterusnya jalan masuk ke Taman Negara Endau-Rompin (TNER) sejauh 60 km dari pekan Kahang. Jalan masuk keseluruhannya adalah off-road, dan perlu menaiki pacuan 4 roda.Taman Negara menyediakan perkhidmatan pengangkutan tersebut untuk pengunjung, dengan kadar bayaran yang tertentu.

Setelah masuk ke TNER pengunjung atau pendaki akan dibawa terus ke Komplek Pelawat TNER untuk tujuan pendaftaran dan mendapatkan pemandu arah. Di TNER ialah tidak dibenarkan masuk ke mana-mana tanpa khidmat pemandu arah. Komplek Pelawat TNER sebenarnya terletak betul-betul di bawah kaki Gunung Janing

Trek Pendakian[sunting | sunting sumber]

Trek pendakian bermula dari Kawasan Plot Etnobotani iaitu kawasan yang menempatkan tanaman Herba ubat-ubatan.Pendakian ke puncak memakan masa 2 hingga 3 jam. 1 km pertama trek yang dilalui adalah landai dan agak mudah. Selepas 1 jam mendaki,akan sampai di satu kawasan batu dinding tetapi tidak begitu tinggi. Terdapat tali disediakan untuk pendaki memanjat ke atas. Di sebelah atas terdapat satu kawasan rata yang agak luas. Dari situ, pendaki boleh melihat Pemandangan Kampung Peta yang terletak antara kaki Gunung Janing dan Bukit Peta serta Sungai Endau.Setengah jam dari batu dinding yang pertama pendaki akan sampai di kawasan batu dinding yang kedua. Batu dinding ini agak tinggi dan menegak hingga 90 darjah. Pendaki akan mendaki melalui lereng-lereng batu dinding dan terdapat tali disediakan sepanjang laluan yang curam. Dari kawasan batu dinding yang kedua hingga ke puncak laluan adalah semakin curam. Apabila sampai di satu kawasan yang terdapat banyak batu-batu besar, bermakna puncak gunung sudah tidak jauh lagi, Selepas mendaki sebuah bukit yang sederhana curam pendaki akan sampai ke puncak yang sebenar.

Kawasan puncak ditumbuhi pokok-pokok tinggi, bagaimanapun terdapat satu tempat untuk melihat pemandangan. Dahulu puncak gunung ini ditanda dengan sebuah beirut, tetapi beirut tersebut telah buruk dan roboh. Di atas puncak telah ditanda dengan sebuah Menara Walkie-Talkie kepunyaan TNER. Untuk melihat pemandangan yang lebih luas pendaki boleh memanjat menara tersebut tetapi terdapat risiko.Dari atas menara setinggi 70 kaki itu pendaki boleh melihat pemandangan saujana mata memandang, gunung-ganang, air terjun, sungai serta hutan rimba Endau -Rompin boleh di lihat dengan jelas.

Pautan Luar[sunting | sunting sumber]

http://www.naturemalaysia.com/taman-negara-endau-rompin.htm [Gunung Janing]