Pergi ke kandungan

Gunung Janing Barat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Gunung Janing Barat
Titik tertinggi
Ketinggian543 m (1,781 ka)
Geografi
LokasiJohor, Malaysia

Gunung Janing Barat berketinggian 1870 kaki.[1] Gunung ini agak unik kerana mempunyai puncak berpenara rata; di keliling gunung ini terdapat batu dinding dengan kecuraman sehingga 90 darjah dan setinggi antara 50 hingga 250 kaki.

Keunikan gunung ini terdapat sejenis tumbuhan yang boleh ditemui di Taman Negara Endau-Rompin (TNER) iaitu pokok kipas (Livistona endauensis)[2] yang tumbuh di hampir keseluruhan kawasan sekeliling puncak. Untuk mendaki gunung ini, pendaki perlu masuk ke TNER untuk mendapatkan permit dan sebagainya di Pejabat TNER, Kahang. Seterusnya ke Komplek Pelawat Kg. Peta untuk mendaftar dan untuk mendapatkan khidmat pemandu arah dan bot untuk ke Kuala Jasin yang merupakan pintu masuk ke gunung ini.

Laluan Pendakian

[sunting | sunting sumber]

Perkhidmatan bot panjang disediakan oleh Orang Asli dari Kampung Peta melalui Sungai Endau hingga ke Kuala Jasin sejauh 7 km. Ketika melalui Sungai Endau pendaki dapat melihat Gunung Janing Barat yang bersambung terus dengan Banjaran Gunung Janing yang menjadi latar belakang Sungai Endau. Sampai Di jeti Kuala Jasin, pendaki perlu berjalan kaki hampir 15 minit untuk ke tapak perkhemahan.

Pendakian boleh dilakukan pada keesokan harinya. Dari Kuala Jasin jarak ke puncak gunung adalah 2 km yang mengambil masa 1 setengah jam hingga 2 jam. Trek ke puncak agak terang dan lebar. Terdapat bangku untuk berehat di sediakan oleh pihak TNER di satu dua tempat. Ketika hampir dengan puncak trek menjadi semakin curam kerana terdapat kawasan batu dinding, Bagaimanapun terdapat tali yang telah diikat pada pokok sebagai kemudahan pada pendaki. Pada paras ketinggian 1000 kaki, pokok daun kipas tumbuh dimerata kawasan gunung dan beransur-ansur banyak hingga ke puncak.[3]

Terdapat satu tempat untuk melihat pemandangan telah dibina pihak TNER. Ia terletak di atas sebuah tebing tinggi dan pelantar tersebut dibina dari kayu. Dari situ pendaki dapat melihat Air Terjun Upih Guling, Bukit Sengongong ( 2307 kaki), Gunung Pertawai (2756 kaki) dan hutan rimba yang menghijau.