Gunung Banang
| Gunung Banang | |
|---|---|
| Titik tertinggi | |
| Ketinggian | 427 m (1,401 ka) |
| Koordinat | 1°48′51″U 102°56′23″T / 1.814142°U 102.939842°T |
| Geografi | |
| Lokasi | Batu Pahat, Johor |
| Peta topo | JUPEM Batu Pahat (MY502A) |
Gunung Banang (dikenali juga sebagai Bukit Banang) merupakan sebuah gunung yang terletak di Mukim Simpang Kanan, Daerah Batu Pahat, Johor, Malaysia.[1][2] Titik ketinggian Gunung Banang ialah 427 m (1,401 ka).[3][2] Ianya popular sebagai kawasan rekreasi orang ramai untuk berjoging dan mendaki, selain mempunyai pemandangan menghadap Selat Melaka.[4] Ia terletak kira-kira 200 km (120 bt) selatan ke utara ibu negara Malaysia, Kuala Lumpur.[3]
Gunung Banang mempunyai hutan dipterokarpa pamah dan hutan dipterokarpa bukit dan terletak dalam Hutan Simpan Banang. Gunung Banang juga merupakan kawasan punca anak sungai bernama iaitu Sungai Petani Besar dan terdapat juga anak sungai yang tidak bernama yang dikenali lembangan.[1][2]
Berdasarkan peta topografi terbitan Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (kini dikenali Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia) tahun 1961, gunung ini terletak dalam kawasan bandar, kawasan perumahan serta kedudukannya berdekatan dengan Bukit Penggaram.[1]
Dalam budaya masyhur
[sunting | sunting sumber]Lagu
[sunting | sunting sumber]Lagu asli Gunung Banang pernah dipopularkan biduanita Malaysia, Sharifah Aini, memuatkan kisah betapa gunung itu digambarkan menjulang tinggi ke langit, sekali gus menjadi simbol penting kepada pelayar yang melewati Selat Melaka.[4]
Filem
[sunting | sunting sumber]Dalam filem klasik Puteri Gunong Banang terbitan Malay Film Production Limited pula, Gunung Banang digambarkan kawasan pergunungan indah didiami seorang puteri bunian jelita, Puteri Gunung Banang yang membantu seorang pemuda hodoh dan miskin menjadi kacak serta kaya kerana hatinya yang baik, jujur dan rajin.[4]
Rujukan
[sunting | sunting sumber]- 1 2 3 Pengarah Pemetaan Negara Malaysia (PPNM); Direktorat Pemetaan Negara Malaysia (DPNM); Batu Pahat, 112. Edisi 2. Tahun 1961. Peta Topografi, Cetakan Terhad. Siri L7010: Semenanjung Malaysia berskala 1:63 360.
- 1 2 3 "Aplikasi Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". mygeoname.mygeoportal.gov.my. Pusat Geospatial Negara (PGN), dengan kerjasama jabatan kerajaan lain. Dicapai pada 16 Januari 2026.
- 1 2 "Bukit Banang, Malaysia". www.geonames.org (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2026-01-16.
- 1 2 3 Mohamed Farid Noh (Mac 8, 2016). "Puteri Gunung Banang tarik pelayar singgah Batu Pahat". BHarian. Dicapai pada 25 Januari 2022.