Gunung Belumut

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pergi ke navigasi Pergi ke carian
Gunung Belumut
Gunung Belumut.jpg
Titik tertinggi
Ketinggian1,010 m (3,310 ka)
Geografi
LokasiKluang, Johor, Malaysia

Gunung Belumut yang terletak di Daerah Kluang ialah gunung ketiga tertinggi di negeri Johor, Malaysia. Tingginya 1,010 meter,[1] sedangkan tinggi Gunung Ledang yang merupakan gunung yang tertinggi di negeri ini 1,276 meter.

Gunung Belumut mempunyai hutan Dipterokarp Bukit, dan hutan Dipterokarp Atas. Perkataan "Belumut" merujuk kepada batang-batang pokok yang dilitupi oleh tumbuhan-tumbuhan hijau. Serupa dengan banyak hutan di Malaysia, terdapatnya harimau di gunung ini. Bagaimanapun, harimau Malaysia biasa takut akan manusia dan akan menyembunyikan diri. Walaupun demikian, Gunung Belumut pernah ditutup buat sementara waktu pada pertengahan 1990-an disebabkan seekor harimau yang menyerang ternakan di sebuah kampung di sana.

Salah satu tarikan gunung ini ialah "Batu Mahkota", sebuah batu yang kelihatannya seolah-olah satu mahkota raksasa, dan dapat dilihat selepas penggembaraan berjalan kaki selama dua jam.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Gunung Belumut". Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-09-08. Dicapai pada 2017-08-07.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]