Taman Universiti

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Koordinat: 1°32′03″N 103°37′18″E / 1.5341°N 103.6217°E / 1.5341; 103.6217

Taman Universiti
Taman Perumahan
Peta Malaysia.
Peta Malaysia.
Bendera Taman Universiti
Mohor rasmi Taman Universiti
Cogan kata: "Bersekutu Bertambah Mutu"
Lagu:
Negaraku
NegaraMalaysia Malaysia
NegeriJohor
Daerah Skudai
TamanTaman Universiti
Penduduk
 ( N/A )
 • Celik huruf
( lelaki perempuan)
 • Pecahan menurut jantina
51.8% lelaki dan 48.2% perempuan
Zon waktuGMT
 • Musim panas (DST)GMT
Poskod
81300
Kod kawasan+606
Lokasi Taman Universiti di Peta Google

Taman Universiti merupakan sebuah taman perumahan yang terletak di Skudai, Iskandar Puteri, Johor, Malaysia.

Taman Universiti (awal tahun 1990) ialah sebuah bandar industri di daerah Johor Bahru, Malaysia. Ia terletak di antara Skudai dan Pulai. Nama "Universiti" diambil sempena universiti bertaraf antarabangsa yang berhampiran. Taman Universiti diiktiraf sebagai bandar pada tahun 2002.

Antara faktor perkembangan Taman Universiti adalah kerana lokasinya yang berdekatan dengan Universiti Teknologi Malaysia dan Wilayah Pembangunan Iskandar di samping lokasinya sebagai pusat kegiatan ekonomi yang strategik.

Kemudahan asas[sunting | sunting sumber]

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

  1. Sekolah Agama Taman Universiti, Jalan Perubatan/Penyiaran
  2. Sekolah Agama Taman Universiti 2, Jalan Kemajuan (sebelah masjid Jamek Tan Sri Ainuddin)
  3. Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 1
  4. Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 2
  5. Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 3
  6. Sekolah Kebangsaan Taman Universiti 4
  7. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti
  8. Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti 2

Tempat beribadat[sunting | sunting sumber]

Peristiwa[sunting | sunting sumber]

  • Pada Julai 2001 Siti Nurhaliza mengadakan persembahan di Jusco Taman Universiti.
  • Taman Universiti diiktiraf sebagai bandar pada tahun 2002.
  • Pernah dikunjungi oleh Dato' Seri Hishamuddin Tun Hussein (Menteri Pendidikan waktu itu) semasa merasmikan bangunan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Universiti pada tahun 2004.

Parlimen[sunting | sunting sumber]

Taman Universiti terletak dalam Dun Nusajaya (Iskandar Puteri) dan Parlimen Gelang Patah.

Tempat keagamaan[sunting | sunting sumber]

Terdapat 7 buah surau di Taman Universiti, sebuah masjid jamik, sebuah kuil Hindu dan sebuah tokong penganut Taoisme.

Stesen minyak[sunting | sunting sumber]

Terdapat 4 buah stesen minyak di Taman Universiti, dua buah stesen minyak Petronas (ATM, CDM), sebuah stesen minyak Shell (ATM) dan sebuah stesen minyak Caltex (ATM).

Kemudahan[sunting | sunting sumber]

Antara kemudahan yang terdapat di Taman Universiti termasuklah:

  • Perpustakaan Kanak-Kanak
  • Dewan Serbaguna
  • Klinik Kesihatan dan Pergigian Kerajaan (pesakit luar, X-ray)
  • Bomba dan Penyelamat
  • Pusat beli belah AEON
  • Pasar Awam
  • Maybank
  • CIMB
  • Bank Rakyat
  • Balai Polis
  • TM Point dan penyedia telekomunikasi yang lain
  • U Mall (pusat membeli belah dan MBO Cinema), Pasaraya Giant, Mydin dan Tesco Hypermarket
  • Stesen bas jarak jauh yang terletak di Taman Ungku Tun Aminah

Senarai jalan[sunting | sunting sumber]

Antara jalan yang terdapat di Taman Universiti ialah:

  • Jalan Penyiaran
  • Jalan Perubatan
  • Jalan Pertanian
  • Jalan Kemajuan
  • Jalan Kemuliaan
  • Jalan Kejayaan
  • Jalan Kebangsaan
  • Jalan Perdagangan
  • Jalan Pendidikan/Jalan PPK
  • Jalan Kebudayaan

Kegiatan ekonomi[sunting | sunting sumber]

Kegiatan ekonomi utama di Taman Universiti ialah perindustrian (makanan dan pembuatan) dan perniagaan runcit (borong, keperluan harian, elektronik, pusat rekreasi dan lain-lain) kerana kepadatan penduduknya serta lokasinya yang terletak di dalam Wilayah Pembangunan Iskandar, berhampiran dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Senai, Pelabuhan Tanjung Pelepas serta kawasan perindustrian yang lain. Taman universiti juga berhampiran dengan hotel (100 bilik ke atas) dan resort golf 18 lubang bertaraf antarabangsa iaitu Pulai Springs Resort. Di samping itu juga, terdapat banyak hotel-hotel bajet untuk keperluan umum. Terdapat banyak juga premis makanan yang terkenal dengan sajian tempatan dan antarabangsa (makanan segera/makanan arab) dan pasar malam setiap hari Jumaat, pusat jualan dan servis kenderaan bermotor dan pelbagai lagi jenis perniagaan lain.

Masalah[sunting | sunting sumber]

Disebabkan kepadatan penduduk, jalan-jalan utama sering sesak di waktu puncak, terutama sekali di kawasan sekolah-sekolah. Pola penduduk bukan sahaja terdiri daripada warga tempatan, tetapi sudah menjadi satu komuniti antarabangsa. Warga asing dari negara Indonesia, Vietnam, Bangladesh, Nepal, Myanmar, India, Iran, Arab dan Afrika telah menetap di sini. Mereka ini merupakan tenaga kerja perindustrian yang menyumbang kepada kegiatan ekonomi utama di taman ini dan juga antara warga asing ini terdapat juga yang terdiri daripada pelajar-pelajar antarabangsa yang menuntut di Universiti Teknologi Malaysia.

Kepadatan penduduk yang tinggi di samping kegiatan industri yang pesat pasti mengundang masalah lambakan sampah sarap (makanan/sisa industri), asap industri, penambahan suhu setempat disebabkan oleh pelepasan karbon monoksida dari kenderaan, wabak penyakit seperti demam denggi hasil daripada tempat pembiakan nyamuk yang tidak dibersihkan, pembakaran terbuka dan masalah-masalah lain seperti yang sering dihadapi di kawasan-kawasan padat yang lain.

Kebanjiran warga asing di taman ini boleh dikatakan tidak menjadi satu isu yang besar dan setakat ini terkawal kerana adanya pihak-pihak berkuasa seperti polis, RELA, pihak imigresen dan Skim Rondaan Tetangga yang memantau keharmonian dan keselamatan awam.

Pengangkutan[sunting | sunting sumber]

Taman Universiti mempunyai kemudahan pengangkutan yang konsisten. Antaranya termasuklah:

  • Perkhidmatan bas di Taman Universiti
  • Transit Link
  • Muafakat Johor
  • Causeway Link
  • Perkhidmatan teksi (stesen teksi)

Poskod[sunting | sunting sumber]

Poskod yang digunakan di Taman Universiti, Skudai, Johor adalah 81300.[1]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]