Bukit Mertajam

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Bukit Mertajam, Seberang Perai)
Lompat ke: pandu arah, cari

Koordinat: 5°22′N 100°28′E / 5.367°N 100.467°E / 5.367; 100.467

Bukit Mertajam
大山脚
بوکيت مرتاجم
Bandar
Gereja St Anne, Bukit Mertajam
Gereja St Anne, Bukit Mertajam
Nama panggilan: BM
Negara  Malaysia
Negeri  Penang
Daerah Seberang Perai Tengah
Kerajaan
 • Kerajaan tempatan Majlis Perbandaran Seberang Perai
 • Yang di-Pertua MPSP Rozali Mohamud
 • Ahli Parlimen Bukit Mertajam Steven Sim Chee Keong (DAP)
Luas
 • Jumlah 97.2 km2 (37.5 batu persegi)
Populasi (2010[1])
 • Jumlah 227,972
 • Kepadatan 2,300/km2 (6,100/batu persegi)
Zon waktu MST (UTC+8)
 • Musim panas (DST) Tiada (UTC)
Poskod 14xxx
Awalan kod panggilan antarabangsa +6045XXXXXX (talian tetap sahaja)
Laman web mpsp.gov.my
Aeon Jusco Seberang Prai at Bandar Perda

Bukit Mertajam merupakan bandar berpendudukan ramai di negeri Pulau Pinang, Malaysia selepas Bandaraya Pulau Pinang. BM (nama singkatan) juga merupakan bandar cepat membangun sekali kawasan perniagaannya di negeri Pulau Pinang.

Bukit Mertajam terletak di daerah Seberang Perai Tengah. Kedudukan Bukit Mertajam adalah di lokasi Kulim di timur, Jambatan Pulau Pinang dan Butterworth di utara dan Nibong Tebal di selatan. (Juru exit). Mengikut arah ke timur, Bukit Mertajam juga merupakan bandar tengah Seberang Perai.

Bangunan Majlis Perbandaran Seberang Perai adalah terletak di Bukit Mertajam. Semua jabatan adalah diberi perkhidmatan di dalam.

Demografi[sunting | sunting sumber]

Bukit Mertajam juga merupakan bandar yang berkependudukan ramai di Seberang Perai selain Butterworth. Kaum majoriti di Bukit Mertajam ialah kaum Cina 75% dan kaum lain 25%.[perlu rujukan]. Etnik yang paling banyak bilangannya dalam kaum Cina merupakan orang Teochew, seterusnya Hokkien dan sebagainya. Penduduknya kian bertambah daripada cuma 28,675 orang dari tahun 1970 kepada 122,044 orang (1980), kemudian meningkat menjadi 165,422 orang (1990), 235,319 orang (2000) dan lagi sekali meningkat kepada 227,972 orang (2010).[perlu rujukan].

Kedudukan[sunting | sunting sumber]

Antara lokasi berhampiran ialah Kulim, Seberang Perai Tengah, Permatang Pauh, Penanti, Simpang Ampat, Kubang Semang, Lunas, Perai, Butterworth dan lain-lain.

Jajaran Lebuh raya Utara - Selatan terletak di sebelah Barat, kira-kira 5 km. Stesen kereta api yang terletak di tengah bandar untuk kemudahan penduduk iaitu Stesen keretapi Bukit Mertajam yang kini mengadakan servis KTM Zon Utara.Syarikat Rapid Penang Sdn Bhd menyediakan kemudahan bas berhenti-henti dari satu tempat ke satu tempat sejak 31 Julai 2007. Lebuh raya Butterworth-Kulim berhubung terus dengan Bukit Mertajam menerusi susur keluar Permatang Nibong.

Pentadbiran[sunting | sunting sumber]

Majlis Perbandaran Seberang Prai Office at Bandar Perda

Bukit Mertajam ditadbir oleh Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) yang terletak di Bandar Perda, Bukit Mertajam. MPSP mentadbir tiga daerah iaitu Seberang Perai Utara,Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.

Bukit Mertajam sebuah bandar yang berkembang pesat di Seberang Perai Tengah dan telah memperluas kawasannya ke hampir seluruh Seberang Perai Tengah kecuali Perai, Seberang Jaya dan Permatang Pauh. Alma, Bukit Minyak, Bukit Tengah dan Juru, Berapit, Cherok To'kun, Kubang Semang, Machang Bubok dan Permatang Tinggi merupakan kawasan utama di Bukit Mertajam.

Kemudahan awam[sunting | sunting sumber]

Gereja St. Anne yang bersejarah terletak di Bukit Mertajam. Gereja ini dibina pada 1846 oleh paderi Adolphe Couellan yang didedikasikan kepada Saint Anne.

Hospital Bukit Mertajam terletak di Jalan Kulim. Hospital Pakar Bukit Mertajam terletak di Jalan Manggis. Pejabat Jabatan Agama Islam Bukit Mertajam terletak di Jalan Sungai Rambai.Untuk agama Buddha, tenpat ibadat dan juga pusat perniagaan kaum Cina yang terkenal di Bukit Mertajam merupakan Pek Kong Cheng di Pekan Bukit Mertajam.

Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam yang ditubuhkan pada 18 Januari 1927 ialah salah satu sekolah yang tertua di Malaysia. Beberapa tokoh penting bersekolah di sini seperti Tun Abdullah Ahmad Badawi dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Pelakon dan pelawak Imuda atau Abdul Rahim Muda dilahirkan di sini. Dalam era 1990-an, beliau berlakon dalam sitkom seperti Pi Mai Pi Mai Tang Tu dan 2+1. Goh Lee Kwang daripada International Sound Artist lahir dan tinggal di Permatang Batu, Bukit Mertajam. Datuk Lee Chong Wei, pemain badminton nombor satu negara juga dilahirkan di sini dan merupakan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit, Bukit Mertajam.

Sekolah Tinggi Jit Sin yang merupakan antara sekolah terbaik di Malaysia juga terletak di Bukit Mertajam. Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam juga merupakan bekas sekolah kepada Perdana Menteri Malaysia kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Bukit Mertajam juga merupakan kawasan tumpuan pelancong. Antara tempat yang menarik ialah Muzium Perang di Bukit Batu Maung, yang mana sebelumnya merupakan kawasan persembunyian kapal selam British pada 1930-an. Kawasan persembunyian kapal selam ini adalah untuk melindungi Pulau Pinang daripada serangan musuh. Untuk kemudahan perhubungan ke Pusat bandar raya George Town, ia boleh dihubungkan melalui Jambatan Pulau Pinang. Taman Burung Pulau Pinang berhampiran bandar ini.[perlu rujukan]

Kampung Cherok Tok Kun di Bukit Mertajam merupakan kampung asal mantan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) setelah dipecat, iaitu Dato Seri Anwar Ibrahim. Kampung Cherok Tok Kun menjadi tumpuan aktiviti PKR.

Alma di Bukit Mertajam merupakan sebuah kawasan yang sedang berkembang maju di Bukit Mertajam. AEON Bukit Mertajam juga terletak di kawasan ini dengan Tesco di sekelilingnya.

Senarai institusi-institusi pendidikan[sunting | sunting sumber]

Pendidikan Tinggi[sunting | sunting sumber]

  • Kampus UiTM Bukit Mertajam
  • Kolej Komuniti Cawangan Bukit Mertajam
  • Institute Bukit Mertajam (SM IBM)
  • IPG Tuanku Bainun
  • Two Studio
  • Ipk College
  • DIY Collage

Sekolah Menegah[sunting | sunting sumber]

Nama Sekolah Koordinat
Jit Sin High School 5°20′37″N 100°26′47″E / 5.343491°N 100.446257°E / 5.343491; 100.446257 (SMJKJS)
Jit Sin Persendirian 5°21′50″N 100°27′51″E / 5.363825°N 100.464257°E / 5.363825; 100.464257 (JSP)
Sekolah Menengah Kebangsaan Tinggi Bukit Mertajam 5°21′32″N 100°27′37″E / 5.358792°N 100.460381°E / 5.358792; 100.460381 (SMKT)
Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Bukit Mertajam 5°20′37″N 100°26′47″E / 5.343491°N 100.446257°E / 5.343491; 100.446257 (Convent)
Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin 5°20′32″N 100°28′34″E / 5.342194°N 100.476126°E / 5.342194; 100.476126 (Sains)
Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Damai 5°20′27″N 100°28′24″E / 5.340819°N 100.473377°E / 5.340819; 100.473377 (JD)
Sekolah Menengah Kebangsaan Bukit Mertajam 5°21′02″N 100°28′18″E / 5.350548°N 100.47155°E / 5.350548; 100.47155 (BM)
Sekolah Menengah Kebangsaan Berapit 5°22′37″N 100°28′18″E / 5.37694°N 100.471719°E / 5.37694; 100.471719 (Brp)
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Perwira 5°17′53″N 100°28′19″E / 5.298088°N 100.471912°E / 5.298088; 100.471912 (TP)
Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sejahtera 5°20′04″N 100°29′29″E / 5.334341°N 100.491263°E / 5.334341; 100.491263 (TS)
Sekolah Menengah Kebangsaan Permai Indah 5°19′49″N 100°26′35″E / 5.330332°N 100.442947°E / 5.330332; 100.442947 (PI)
Sekolah Menengah Kebangsaan Permatang Rawa 4°37′03″N 101°06′23″E / 4.617483°N 101.106475°E / 4.617483; 101.106475 (RW)
Sekolah Menengah Kebangsaan Machang Bubuk 5°19′42″N 100°30′03″E / 5.328398°N 100.500765°E / 5.328398; 100.500765 (MB)
Sekolah Menengah Kebangsaan Alma 5°20′00″N 100°27′32″E / 5.333373°N 100.458925°E / 5.333373; 100.458925 (ALMA)
Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Perda 5°22′23″N 100°25′51″E / 5.372937°N 100.430912°E / 5.372937; 100.430912 (BBP)
Sekolah Menengah Kebangsaan Penanti 5°24′17″N 100°28′07″E / 5.404832°N 100.468667°E / 5.404832; 100.468667 (PT)
Sekolah Menengah Kebangsaan Mengkuang 5°24′11″N 100°29′25″E / 5.403166°N 100.490328°E / 5.403166; 100.490328 (MK)

Senarai taman perumahan[sunting | sunting sumber]

Berapit, Tanah Liat dan Kubang Semang (Zon Utara)[sunting | sunting sumber]

  • Sungai Lembu
  • Taman Berapit
  • Taman Berapit Indah
  • Taman Guru
  • Taman Serempun Berapit

Bukit Tengah dan Bandar Perda (Zon Barat Laut)[sunting | sunting sumber]

  • Taman Limau Manis
  • Taman Tanah Aman

Kota Permai, Bukit Minyak dan Juru (Zon Barat)[sunting | sunting sumber]

  • Taman Bukit Minyak Indah
  • Taman Sentul
  • BM Utama

Pusat Bandar[sunting | sunting sumber]

  • Taman Sri Rambai
  • Taman Ciku
  • Taman Belimbing
  • Taman Bayu Mutiara
  • Taman Gemilang
  • Taman Gemilang Jaya
  • Taman Gemilang Ria
  • Taman Jambu Madu
  • Taman Jambu Mawar
  • Taman Desa Damai
  • Taman Makok
  • Taman Bak Hai
  • Taman Kekwa
  • Taman Bukit
  • Taman Bukit Kecil
  • Taman Bukit Kecil Indah
  • Taman Bukit Indah
  • Taman Bunga Raya
  • Taman Eng Seng
  • Taman Kuari
  • Taman Macang Manis
  • Taman Mutiara
  • Taman Pearl
  • Taman Permai
  • Taman Permai Jaya
  • Taman Saujana Indah
  • Taman Saujana Permai
  • Taman Semarak
  • Taman Sepakat
  • Taman Sejati
  • Taman Seri Gemilang
  • Taman Seri Jaya
  • Taman Tenang
  • Taman Tembikai
  • Taman Tan Sai Gin
  • Taman Keensway
  • Taman Jasa (Kensington Residence)
  • Taman Jaya
  • Taman Sentosa
  • Taman Tampoi
  • Taman Tampoi Baru
  • Taman Berjaya Indah
  • Taman Berjaya Baru
  • Taman Perpaduan
  • Taman B
  • Taman Bandaraya
  • Taman Seri Bukit Indah
  • Taman Hwa Seng
  • Taman Sukun
  • Taman Sungai Rambai
  • Residensi Harmoni
  • Orange Villa
  • Taman Usahaniaga

Alma dan Permatang Tinggi (Zon Selatan)[sunting | sunting sumber]

  • Taman Alma
  • Taman Damai
  • Taman Desa Palma
  • Taman Jernih
  • Taman Permata
  • Taman Desa Cahaya
  • Taman Alma Jaya
  • Taman Alma Ria
  • Taman Alma Indah
  • Taman Budiman
  • Taman Nirwana
  • Taman Seri Kijang
  • Taman Seri Impian
  • Taman Impian
  • Taman Impian Ria
  • Taman Impian Indah
  • Taman Impian Murni
  • Taman Perwira
  • Taman Usaha

Taman Sejahtera, Cherok To'kun dan Machang Bubuk (Zon Timur)[sunting | sunting sumber]

  • Taman Sejahtera
  • Taman Sejahtera Jaya
  • Taman Seri Sejahtera
  • Taman Sejahtera Permai
  • Taman Sejahtera Indah
  • Taman Aman Jaya
  • Taman Pinggiran Alma
  • Taman Remia
  • Taman Seri Remia
  • Taman Seri Janggus
  • Taman Selamat
  • Taman Selesa
  • Taman Selesa Ria
  • HillPark Residensi
  • Residensi Tropikale
  • Taman Machang Bubuk
  • Taman Jambu
  • Taman Bidara
  • Tropikale Residensi

Penduduk terkenal[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Helders, Stefan. "Malaysia: largest cities and towns and statistics of their population". World Gazetteer. Diarkibkan daripada original pada 2012-05-09. Dicapai pada 2010-10-31.