Jalan Negeri Kedah K718

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Jalan Kupang-Kampung Padang)
Jalan Negeri Kedah K718
Jalan Kupang-Kampung Padang
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya Baling
Panjang8.88 km (5.52 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKampung Padang
Persimpangan utama Jalan Sungai Petani-Baling
Jalan Gua Reban-Charok Sikin
K759 Jalan Tebing Tinggi-Kampung Lela
K758 Jalan IADP B7 RISDA/Estet Mini Kampung Tebing Tinggi
Jalan Kuala Pegang-Kampung Padang-Asam Jawa
Hujung selatanKupang
Lokasi
Destinasi
utama
Kampung Gua Reban
Kampung Tebing Tinggi
Kampung Seberang Ketil
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Kupang-Kampung Padang (Laluan Negeri Kedah K718) ialah jalan raya negeri di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[1]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Kupang-Kampung Padang diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya Daerah Baling dengan panjang keseluruhan iaitu, 8.88 kilometer (5.5 bt).[2] Permulaan jajaran Jalan Kupang-Kampung Padang terletak di Pekan Kupang, di simpang Jalan Sungai Petani-Baling (FT67) dan akan berakhir Kampung Padang di simpang Jalan Kuala Pegang-Kampung Padang-Asam Jawa (K717).[3] Pada 1 Jun 2021 hingga 1 Ogos 2021, Jalan Kupang-Kampung Padang telah ditutup kepada pengguna jalan raya untuk kerja-kerja menyenggara sistem saliran, pebentung serta pengukuhan tebing di kawasan Kampung Gua Tinggi.[4] JKR Baling mencadangkan penduduk setempat menggunakan laluan alternatif yang terdekat seperti pengguna jalan raya dari Kupang yang hendak ke Kampung Tebing Tinggi atau Parit Panjang hendaklah menggunakan Jalan Gua Reban-Charok Sikin (K719) atau Jalan Banggol Sadang (K748).[4]

Senarai simpang[sunting | sunting sumber]

Negeri Daerah km[3] Nama Tujuan Catatan
Kedah Daerah Baling 0 Kupang Sungai Petani, Kupang, Baling Persimpangan
Jambatan Sungai Ketil
Sempedan Mukim Pulai-Kupang
Kedah Daerah Baling 0.6 Kampung Seberang Ketil
1 Kampung Gua Reban
1.4 Jalan Gua Reban-Charok Sikin Kampung Charok Sikin Persimpangan
3.2 Jalan Tebing Tinggi-Kampung Lela K759 Kampung Lela Persimpangan
3.4 Kampung Tebing Tinggi
5.4 Jalan IADP B7 RISDA/Estet Mini Kampung Tebing Tinggi K758 Kampung Lubuk Batu Persimpangan
7 Kampung Padang
8.8 Jalan Kuala Pegang-Kampung Padang-Asam Jawa Kampung Asam Jawa, Kuala Pegang Persimpangan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  2. ^ "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-01-01. Dicapai pada 2021-08-31.
  3. ^ a b "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  4. ^ a b @JKR_Kedah (June 22, 2021). "Penutupan Jalan Kampung Padang/Gua Reban/Kupang (K718)" (Twit) – melalui Twitter.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]