Jalan Negeri Kedah K806

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K806
Jalan Bagan Sena
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kulim/Bandar Baharu
Panjang2.90 km[1][2] (1.80 mi)
Simpang utama
Hujung utara FT 4 di Kampung Bagan Sena
Hujung selatan K807 di Kampung Jubai Atas
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K806 (dikenali sebagai Jalan Bagan Sena) ialah jalan negeri utara-selatan yang terletak di Daerah Kulim, dalam negeri Kedah, Malaysia.[3] Penghujung utara K806 terletak di simpang FT 4 (Lebuhraya Timur–Barat) di Kampung BaganSena manakala penghujung selatannya terletak di simpang K807 (Jalan Bukit Karangan–Kampung Jubai) di Kampung Jubai Atas,[4] dengan panjang jajarannya mencecah 2.9 kilometer (1.8 bt).[1][2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K806 merupakan sebatang jalan raya yang berstatus jalan negeri, yang dibina dan diwartakan di bahagian utara Daerah Kulim, Kedah. Secara pentadbiran, perwartaan jalan negeri ini terletak di dalam kawasan perntadbiran Mukim Bagan Sena yang bersempadan secara langsung dengan Daerah Baling di bahagian timurnya. Pewartaan jalan negeri ini juga terletak di kawasan luar bandar, dengan panjang keseluruhan mencecah 2.900 kilometer (1.8 bt) dan luas jalan raya iaitu sebanyak 24,227.50 meter persegi (260,782.6 ka2).[5] Selain itu juga, K806 ialah jalan raya tunggal utara-selatan yang mempunyai dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][6] Untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K806 terletak di Zon Padang Serai selian JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. K806 dikenali sebagai Jalan Bagan Sena dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][2][5]

K806 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Jubai Atas, di simpang tiga K807 (Jalan Bukit Karangan–Kampung Jubai). Pada peringkat awal jalan, K806 bakal melewati kawasan perkampungan berpolakan berselerak dan penanaman kelapa sawit dan getah di sepanjang jalan. Ia juga akan selari dengan Sungai Sedim yang berada di timur jalan. K806 bakal melewati tiga kawasan perkampungan iaitu Kampung Bagan Sena, Kampung Jubai Bawah dan Kampung Kuala Dahan. Sebelum tiba di penamat bagi K806, ia akan membengkok ke barat sedikit lalu kembali ke utara semula; lengkokan itu hanyalah sepanjang 10 meter sahaja. Jajaran K806 diteruskan sehingga penamatnya di kawasan perkampungan Kampung Bagan Sena dan bakal membuat pertemuan dengan FT 4 (Lebuhraya Timur–Barat).[2][6]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kulim, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[6]Destinasi[4][6]Catatan
Kampung Bagan Sena0.00 K807Kampung Labu Besar, Kampung SelarongPenghujung selatan
Kampung Jubai Atas2.90 FT 4Gerik, Lunas, Kampung KejaiPenghujung utara
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kulim/Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 21 September 2023.
  2. ^ a b c d Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  3. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah (Skala 1: 120,000)" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Julai 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  5. ^ a b JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. "Dokumen Meja Sebut Harga: Sebut Harga untuk Perkhidmatan Pemotongan Rumput di Jalan-Jalan Negeri di Kawasan Padang Serai". idaftar.kedah.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2023. Dicapai pada 21 September 2023.
  6. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]