Jalan Negeri Kedah K287

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K287
Jalan Bukit Tinggi
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang3.29 km[1] (2.05 mi)
Simpang utama
Hujung barat K299 FT 1 / K299 di Kepala Batas
Persimpangan utama
Hujung selatan K288 di Kampung Alor Rambai
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K287 (Jalan Bukit Tinggi) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian selatan Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K287 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.29 kilometer (2.0 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kepala Batas di barat dan Kampung Alor Rambai di timur.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K287 bermula di kilometer sifar di simpang empat Bandar Kepala Batas, dengan membuat pertemuan antara FT 1 (Jalan Kepala Batas–Kemuning) dan Jalan Negeri K299 (Jalan Kepala Batas–Titi Besi). Persimpangan ini dikawal dengan lampu isyarat dan papan tanda lalu lintas, berdekatan dengan Medan Selera Kepala Batas dan Masjid Jamek Al-Shabab. K287 akan melalui kawasan perkampungan penduduk yang padat di Kampung Hilir, lalu bersimpang dengan Jalan Kepala Batas 1, yang menuju ke kawasan perdagangan dan perumahan Taman Kepala Batas. Berdekatan dengan Klinik Kesihatan Kepala Batas, K287 akan membuat pertemuan antara Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (E1), yang menuju ke arah Bukit Kayu Hitam. Lalu membuat lintasan dengan Lebuhraya Utara-Selatan, lalu bersimpang sekali lagi dengan Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara yang menuju ke arah Kuala Lumpur atau Johor Bahru dan Jalan Negeri K353 (Jalan Sungai Mati).[3][4]

Selepas melepasi simpang tersebut, K287 akan melalui kawasan perkampungan Kampung Kepala Bendang, lalu Kampung Bukit Tinggi, di samping melalui kawasan persekolahan Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi dan Masjid Bukit Tinggi. Ia akan membengkok ke utara sedikit, lalu ke timur laut, melalui kawasan perumahan berjajar kos rendah iaitu Taman Tabung Haji di sisi selatan jalan dan Taman Desa Bukit Tinggi di sisi utara jalan. Ia akan sejajar dengan saliran Sungai Padang Terap, K287 akan berkelok ke utara, berdekatan dengan tapak runtuhan Istana Tunku Kudin, di samping menelusuri kawasan perkampungan Kampung Bukit Pala di kaki bukit Bukit Tinggi. K287 akan tiba di penamat timurnya di pertemuan antara Jalan Negeri K288 (Jalan Batu 9 Jitra–Kepala Batu), di timur Kampung Alor Rambai.[3][4]

Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Negeri K287 yang telah diwarta terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Bukit Tinggi.[2] Bagi untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K287 terletak di Zon 1 selian JKR Daerah Kubang Pasu.[5] K287 juga merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K287 dikenali sebagai Jalan Kepala Batas/Bukit Tinggi dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kepala Batas0.00 K299 FT 1 / K299Alor Setar, Jitra, Kampung Titi BesiPenghujung barat
0.55E1 E1Bukit Kayu Hitam, Changlun
Kampung Kepala Bendang0.85E1 K353 E1 / K353Langgar, Sungai Petani, Kuala Lumpur
Kampung Alor Rambai3.92 K288Kampung PelubangPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ a b JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 1)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Mac 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.