Jalan Negeri Kedah K567

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K567
Jalan Kampung Belimbing, Jalan Cepir
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Daerah Sik
Panjang2.56 km[1] (1.59 mi)
Simpang utama
Hujung utara K10 di Kampung Chepir
Persimpangan utama
  • K568 di Kampung Charok Puyoh
Hujung timur K569 di Kampung Lubuk Tualang
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K567 (Jalan Kampung Belimbing, Jalan Cepir atau Jalan Chepir–Lubuk Tualang) ialah jalan negeri biasa yang terletak di bahagian tengah Daerah Sik, Kedah, Malaysia.[2][3] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sik.[4] K567 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.56 kilometer (1.6 bt),[1] menghubungkan Kampung Chepir di utara dengan Kampung Lubuk Tualang di selatan dengan melalui kawasan Kampung Kebun Bunga, Kampung Charok Puyuh dan Kampung Belimbing.[5][6]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Dari penghujung utara di Kampung Chepir, Jalan Negeri Kedah K567 bermula di persimpangannya dengan Jalan Baling–Simpang Sik K10. Kilometer sifar bermula di sini. Ia akan melintasi Sungai Charok Jelutong dan Sungai Chepir, sebelum masuk ke sebatang jalan kampung ke Kampung Bunga. Ia akan membengkok ke arah selatan selepasi persimpang tersebut, melalui kawasan hutan hijau. Berhampiran dengan Kampung Charok Puyuh, Jalan Kampung Belimbing K567 akan melintasi Sungai Charok Puyuh dan seterusnya terdapat simpang ke Jalan Kampung Charok Puyuh K568, 1.8 kilometer (1.1 bt) dari hujung utara. K567 akan diteruskan ke hujung selatan di Kampung Lubuk Tualang, bersimpang tiga dengan Jalan Charok Tok Pong K569. Sebelum di hujung selatan K567, ia akan melintasi Sungai Charok Tebal.[6][7] Disebabkan jalan negeri ini melalui kawasan perkampungan, terdapat banyak simpang kecil jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) selorong.[6]

Secara keseluruhan, Jalan Kampung Belimbing K567 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Sik. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Sik, salah satu mukim di Daerah Sik.[2][7]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Sik, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[6]DestinasiCatatan
Kampung Chepir0.00 K10Kampung Weng, Kampung Balong Ayam, Durian Burung, BalingPenghujung utara K567
Kampung Charok Puyuh1.80 K568 (Jalan Charok Puyuh) – Kampung Charok Puyuh
Kampung Lubuk Tualang2.56 K569 (Jalan Charok Tok Pong) – Kampung Tanjung Belit, Kampung Charok Tok Pong, Sik, Batu LimaPenghujung selatan K567
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Sik" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ "Laporan Ketua Audit Negara Negeri Kedah Tahun 2004" (PDF). Jabatan Audit Negara Malaysia. 2004. m/s. 59. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 16 April 2022. Dicapai pada 19 Januari 2022.
  4. ^ @JKRKMS (1 Januari 2017). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 1 – Jalan Negeri di Daerah Sik" (Twit). Dicapai pada 16 Januari 2022 – melalui Twitter.
  5. ^ Bahagian Kejuruteraan JKR (2001). "Peta Jalan Raya Kedah". Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2001-03-08. Dicapai pada 15 Januari 2021.
  6. ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  7. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.