Jalan Negeri Kedah K179

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K179
Jalan Ekor Kucing
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kulim/Bandar Baharu
Panjang2.34 km[1][2] (1.45 mi)
Simpang utama
Hujung baratJalan Ekor Kucing–Kedah di sempadan Pulau Pinang dengan Kedah
Persimpangan utama
Hujung timurK183 K183 di Kampung Tanjung Belit
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K179 (dikenali sebagai Jalan Ekor Kucing) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di Daerah Kulim, dalam negeri Kedah, Malaysia.[3] Penghujung barat K179 terletak di pertemuan Jalan Ekor Kucing–Kedah di sempadan Pulau Pinang dengan Kedah manakala penghujung timurnya terletak di K183 di Kampung Tanjung Belit,[4] dengan panjang jajarannya mencecah 2.34 kilometer (1.5 bt).[1][2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K179 merupakan sebatang jalan raya yang berstatus jalan negeri, yang dibina dan diwartakan di bahagian barat daya Daerah Kulim, Kedah. Secara pentadbiran, perwartaan jalan negeri ini terletak di dalam kawasan perntadbiran Mukim Sidam Kanan yang bersempadan secara langsung dengan negeri Pulau Pinang di bahagian baratnya.[3] Pewartaan jalan negeri ini juga terletak di kawasan luar bandar, dengan panjang keseluruhan mencecah 2.34 kilometer (1.5 bt).[1][2] Selain itu juga, K179 ialah jalan raya tunggal timur-barat yang mempunyai dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][5] Untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K179 terletak di Zon Padang Serai selian JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu.[6] K179 dikenali sebagai Jalan Ekor Kucing dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][2][6]

K179 bermula sebagai kilometer sifar di kawasan perkampungan Kampung Tanjung Belit, Kedah di simpang tiga dengan K183 (Jalan Guar Lobak–Kampung Tanjung Belit). Pada peringkat awal, K179 bakal menuju ke arah barat daya dengan melewati kawasan perkampungan yang bernama Kampung Banggol Besi di sisi timur jalan raya dan kawasan penanaman sawah padi atau bendang di sisi barat jalan raya. Setibanya di Kampung Terat Batu, K179 bakal membuat pertemuan dengan K181 (Jalan Terat Batu). Lalu, K179 bakal membengkok ke barat daya untuk menuju ke Kampung Ekor Kucing. K179 bakal membuat pertemuan dengan Jalan Ekor Kucing–Tasek Gelugor, lalu membengkok ke barat laut menuju ke penamat baratnya. Jajaran jalan raya K179 diteruskan sehingga penamatnya di Kampung Ekor Kucing di sempadan Pulau Pinang dengan Kedah. Di penamat jalan raya ini, K179 bakal dilanjutkan dengan Jalan Ekor Kucing–Kedah di kawasan perkampungan tersebut.[2][5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kulim, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[5]Destinasi[4][5]Catatan
Kampung Ekor Kucing0.00Jalan Ekor Kucing–Kedah – Kampung Ekor Kucing, Pinang TunggalPenghujung barat
0.18Jalan Ekor Kucing–Tasek Gelugor – Kampung Selamat, Padang Serai
Kampung Terat Batu1.20K181 K181 – Kampung Terat Batu, Kampung Pantai Perai
Kampung Tanjung Belit2.34K183 K183Kampung Guar Lobak, Kampung Sidam KananPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi


Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kulim/Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 21 September 2023.
  2. ^ a b c d e Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  3. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah (Skala 1: 120,000)" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Julai 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  5. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  6. ^ a b JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. "Dokumen Meja Sebut Harga: Sebut Harga untuk Perkhidmatan Pemotongan Rumput di Jalan-Jalan Negeri di Kawasan Padang Serai". idaftar.kedah.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2023. Dicapai pada 21 September 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]