Jalan Negeri Kedah K183

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K183
Jalan Guar Lobak–Kampung Tanjung Belit
Jalan Guar Lobak, Jalan Tanjung Belit
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kulim/Bandar Baharu
Panjang3.83 km[1][2] (2.38 mi)
Simpang utama
Hujung utaralembah Sungai Muda di Kampung Tanjung Belit
Persimpangan utama
Hujung selatanK112 K112 di Taman Ria, Padang Serai
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K183 (dikenali sebagai Jalan Guar Lobak–Kampung Tanjung Belit, Jalan Guar Lobak, dan Jalan Tanjung Belit) ialah jalan negeri utara-selatan yang terletak di Daerah Kulim, dalam negeri Kedah, Malaysia.[3] Penghujung utara K183 terletak di lembah Sungai Muda di Kampung Tanjung Belit manakala penghujung selatannya terletak di simpang K112 (Jalan Tasek Gelugor–Padang Serai) di Taman Ria dalam Bandar Padang Serai,[4] dengan panjang jajarannya mencecah 3.83 kilometer (2.4 bt).[1][2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Penamat selatan Jalan Negeri Kedah K183 di Taman Ria, Padang Serai.

Jalan Negeri K183 merupakan sebatang jalan raya yang berstatus jalan negeri, yang dibina dan diwartakan di bahagian barat daya Daerah Kulim, Kedah. Secara pentadbiran, perwartaan jalan negeri ini terletak di dalam kawasan perntadbiran Mukim Sidam Kanan yang bersempadan secara langsung dengan negeri Pulau Pinang di bahagian baratnya.[3] Pewartaan jalan negeri ini juga terletak di kawasan luar bandar, dengan panjang keseluruhan mencecah 3.83 kilometer (2.4 bt).[1][2] Selain itu juga, K183 ialah jalan raya tunggal timur-barat yang mempunyai dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][5] Untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K183 terletak di Zon Padang Serai selian JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu.[6] K183 dikenali sebagai Jalan Guar Lobak–Kampung Tanjung Belit dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][2] Namun sedemikian, K183 juga mempunyai nama jalan raya yang lain iaitu Jalan Guar Lobak dan Jalan Tanjung Belit.[6]

K183 bermula sebagai kilometer sifar di kawasan perumahan Taman Ria dalam kawasan Bandar Padang Serai, Kedah di simpang tiga dengan K112 (Jalan Tasek Gelugor–Padang Serai). Pada peringkat awal jalan raya, K183 bakal melewati kawasan komersial dan perumahan Taman Serai Wangi di sisi barat jalan manakala bangunan Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) Kawasan Padang Serai dan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato Lela Pahlawan di sisi timur jalan. Seterusnya, K183 bakal membuat pertemuan dengan jalan akses ke Taman Serai Wangi dan Taman Serai Setia. Persimpangan ini meruapakan simpang empat. Lalu, K183 bakal membengkok sedikit ke barat daya sebelum kembali ke arah utara semula di Kampung Dekey untuk meninggalkan kawasan Taman Serai Wangi dan Taman Serai Setia dan memasuki kawasan perkampungan Kampung Sentosa. Di Kampung Dekey, K183 bakal merentasi terusan Sungai Kereh, anak sungai Sungai Perai.[2][5]

Tidak jauh daripada lintasan Sungai Kereh, K183 bakal memasuki kawasan perkampungan Kampung Guar Lobak. Di kampung ini, K183 bakal membuat ppertemuan dengan Jalan Negeri K164 (Jalan Sidam Kanan). K183 dilanjutkan dengan melalui kawasan perkampungan bercorak berselerak dengan beberapa kawasan pertanian sawah padi dan estet kelapa sawit. Setibanya di Kampung Banggol Besi, K183 bakal berkelok ke timur laut. Di kelok ini juga, K183 bakal bertembung dengan penghujung timur bagi Jalan Negeri K179 (Jalan Ekor Kucing). Kemudian, K183 bakal menelusuri kawasan perkampungan penduduk di kawasan Kampung Tanjung Belit yang sejajar dengan jalan ini. Jajaran jalan raya K183 diteruskan sehingga penamatnya di lembah Sungai Muda di Kampung Tanjung Belit. Di penamat bagi jalan raya ini, K183 bakal dilanjutkan dengan jajaran jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) sedia kala.[2][5]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kulim, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[5]Destinasi[4][5]Catatan
Kampung Tanjung Belit0.00DIlanjutkan dengan jalan kampung sedia adaPenghujung utara
Kampung Banggol Besi0.82K179 K179Kampung Terat Batu, Kampung Ekor Kucing
Kampung Guar Lobak1.80K112 K164Kampung Sidam Kanan, Kampung Sidam Kiri
Kampung Dekey2.63Jambatan Sungai Kereh
Kampung Sentosa3.26Jalan Taman Serai Wangi – Taman Serai Wangi /
Jalan Taman Serai Setia – Taman Serai Setia
Padang Serai3.83K112 K112Tasek Gelugor, Kampung Paya KetiyuPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d e "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kulim/Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 21 September 2023.
  2. ^ a b c d e f Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  3. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah (Skala 1: 120,000)" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Julai 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  5. ^ a b c d e "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  6. ^ a b JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. "Dokumen Meja Sebut Harga: Sebut Harga untuk Perkhidmatan Pemotongan Rumput di Jalan-Jalan Negeri di Kawasan Padang Serai". idaftar.kedah.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2023. Dicapai pada 21 September 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]