Jalan Negeri Kedah K673

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K673
Jalan Sungkup–Kuala Sungkup
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda
Panjang2.21 km[1] (1.37 mi)
Simpang utama
Hujung barat K17 di Kampung Sungkup
Persimpangan utama
Hujung timurKampung Kuala Sungkup
Lokasi
Destinasi
utama
  • Ladang Getah Kean Hin
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K673 (Jalan Sungkup–Kuala Sungkup, atau ringkasnya Jalan Kuala Sungkup) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian timur Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K673 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 2.208 kilometer (1.4 bt),[1] menghubungkan Kampung Sungkup di barat dengan Kampung Kuala Sungkup di timur dengan melalui kawasan perkampungan tersebut dan Ladang Getah Kean Hin.[3]

Nama yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K673 ialah Jalan Kampung Sungkup-Kampung Kuala Sungkup.[1][2][4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Dari penghujung barat, Jalan Negeri Kedah K673 bermula di Kampung Sungkup, bersimpang tiga dengan Jalan Negeri Kedah K17 (Jalan Jeniang). Laluan ini akan menuju ke timur melalui kawasan perkampungan dan perladangan Ladang Getah Kean Hin. Sebelum tibanya di penghujung timur di Kampung Kuala Sungkup, ia akan bersilang dengan Jalan Negeri Kedah K694 (Jalan Tepi Sungai Muda). Ia merupakan persimpangan baharu dibina, dan sebahagian jalan ini (apabila mendekati simpang K694) telah dinaiktaraf akibat pembinaan K694. K694 dibina dibawah projek pembangunan luar bandar di Kedah tahun 2016 oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia (KKLW).[5] K673 diteruskan hingga ke timur dan diakhiri dengan jalan mati, berdekatan dengan sebatang saliran bernama Sungai Muda.[3]

Secara keseluruhan, K673 ialah sebuah laluan yang terletak di Mukim Teloi Kiri,[6] dan dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan.[3]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[3]DestinasiCatatan
Kampung Sungkup0.00 K17Bukit Selambau, Jeniang, Kuala KetilPenghujung barat
Kampung Kuala Sungkup2.01K694 K694Baling, Kampung Kuala Sin, FELDA Teloi
2.21Kampung Kuala SungkupPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 7 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit). Dicapai pada 1 Februari 2022 – melalui Twitter.
  3. ^ a b c d "Paparan Satelit K673 di Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  4. ^ JKR Kuala Muda (20 Januari 2022). "Kerja-Kerja Penyenggaran Memotong Rumput dan Semak Samun di Kawasan Bahu Jalan di Sepanjang Bahu Jalan Negeri bagi Daerah Kuala Muda Tahun 2022 (Pakej 3)". idaftar.kedah.gov.my. Jabatan Kerja Raya Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 29 Mei 2022. Dicapai pada 20 Januari 2022.
  5. ^ Nor Farhani Che Ab (18 April 2018). "RM547 juta projek luar bandar di Kedah". Berita Harian. New Straits Times Press. Dicapai pada 2 Februari 2022.
  6. ^ World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187 950. ISBN 983-2192-36-6.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]