Jalan Negeri Kedah K803

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K803
Jalan Kampung Kuala Sedim
Jalan Kuala Sedim
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kulim/Bandar Baharu
Panjang4.33 km[1][2] (2.69 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKampung Kuala Sedim
Hujung selatan FT 136 di Kampung Sungai Karangan
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K803 (dikenali sebagai Jalan Kampung Kuala Sedim dan Jalan Kuala Sedim) ialah jalan negeri utara-selatan yang terletak di Daerah Kulim, dalam negeri Kedah, Malaysia.[3] Penghujung selatan K803 terletak di FT 136 (Jalan Bandar Baharu–Merbau Pulas) di Kampung Sungai Karangan manakala penghujung utaranya terletak di sebatang jalan kampung di Kampung Kuala Sedim,[4] dengan panjang jajarannya mencecah 4.33 kilometer (2.7 bt).[1][2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Persimpangan Jalan Persekutuan 136 dengan Jalan Negeri K803 di Kampung Sungai Karangan, Kedah

Jalan Negeri K803 merupakan sebatang jalan raya yang berstatus jalan negeri, yang dibina dan diwartakan di bahagian barat laut Daerah Kulim, Kedah. Secara pentadbiran, perwartaan jalan negeri ini terletak di dalam kawasan pentadbiran Mukim Sidam Kanan yang bersempadan secara langsung dengan Daerah Kuala Muda di bahagian utaranya. Pewartaan jalan negeri ini juga terletak di kawasan luar bandar, dengan panjang keseluruhan mencecah 4.33 kilometer (2.7 bt) dan luas jalan raya iaitu sebanyak 31,465.50 meter persegi (338,691.8 ka2).[5] Selain itu juga, K803 ialah jalan raya tunggal utara-selatan yang mempunyai dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][6] Untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K803 terletak di Zon Padang Serai selian JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. K803 dikenali sebagai Jalan Kuala Sedim dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][2][5]

K803 bermula sebagai kilometer sifar di Kampung Sungai Karangan, di simpang tiga FT 136 (Jalan Bandar Baharu–Merbau Pulas) berdekatan dengan bangunan Balai Polis Sungai Karagan dan Masjid Nurul Ehsan Sungai Karangan. K803 hanya bertindak sebagai cabang jalan (spur road) kepada FT 136. Pada peringkat awal, K803 bakal melewati kawasan perniagaan, perumahan kos rendah dan perindustrian Taman Kenangan di sisi barat jalan negeri ini manakala di sisi timur pula terdapat bangunan Balai Polis Sungai Karangan, Pusat Latihan Guru Dalam Perkhidmatan (PLGDP) Zon Utara serta Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sungai Karangan. Setelah menjelajah sepanjang 550 meter ke utara, K803 akan meninggalkan kawasan Taman Kenangan dan bakal memasuki kawasan ladang kelapa sawit Ladang Rivington dan Ladang Titi Karangan. K803 juga akan berkelok dari utara ke utara-barat laut dengan melewati kawasan perkampungan kecil, Kampung Paya Kelubi.[2][6]

Berdekatan dengan punca bagi Sungai Karoh Satu (Sungai Karoh 1) dan likuan Sungai Karangan, K803 bakal bersimpang dengan sebatang jalan kampung ke Kampung Gajah Merangkak, yang bernama Jalan Kampung Gajah Merangkak. K803 diteruskan menuju ke utara-barat laut dengan melewati ladang kelapa sawit Ladang Titi Karangan sekali lagi. Kira-kira tiga kilometer dari penghujung selatan berdekatan dengan sumber Sungai Karoh Tiga (Sungai Karoh 3), K803 akan berkelok ke barat laut. K803 diteruskan sehingga penamatnya di kawasan perkampungan Kampung Kuala Sedim dan bakal dilanjutkan dengan sebatang jalan kampung sedia ada.[2][6]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kulim, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[6]Destinasi[4][6]Catatan
Kampung Sungai Karangan0.00 FT 136Merbau Pulas, Padang SeraiPenghujung selatan
0.35Jalan Taman Kenangan – Taman Kenangan
Kampung Gajah Merangkak1.70Jalan Kampung Gajah Merangkak
Kampung Kuala Sedim4.33Dilanjutkan dengan jalan kampung sedia ada.Penghujung utara
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kulim/Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 21 September 2023.
  2. ^ a b c d e Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  3. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah (Skala 1: 120,000)" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Julai 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  5. ^ a b JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. "Dokumen Meja Sebut Harga: Sebut Harga untuk Perkhidmatan Pemotongan Rumput di Jalan-Jalan Negeri di Kawasan Padang Serai". idaftar.kedah.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2023. Dicapai pada 21 September 2023.
  6. ^ a b c d e "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]