Jalan Negeri Kedah K679

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K679
Jalan Desa Jaya
Jalan Desa Enggang
Map
Laluan K679 dilabelkan dengan warna merah.
Kedah State Highway K679 (Jalan Desa Jaya) 2.jpg
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang1.07 km[1] (0.66 mi)
Simpang utama
Hujung baratTaman Desa Jaya
Persimpangan utama Jalan Butterworth–Alor Setar
Hujung timurTaman Ria
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Desa Jaya atau Jalan Desa Enggang (Laluan Negeri Kedah K679) ialah jalan negeri yang terletak di tengah Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][3] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K679 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.07 kilometer (0.7 bt),[1] menghubungkan Taman Desa Jaya di barat dengan Taman Ria di timur dengan melalui Kawasan Perinsdustrian Sungai Tukang.[4]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Desa Jaya atau Jalan Desa Enggang (K679) bermula di persimpangan dengan Jalan Butterworth–Alor Setar (Laluan 1), di Taman Ria; berhampiran dengan Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dan simpang ke Jalan Lencongan Timur (Laluan 225). Ia akan menuju ke barat melalui kawasan Ibu Pejabat Daerah Kuala Muda dan perumahan. Tidak jauh dari simpang Laluan 1, hanya 75 batu (75.0 bt) dari simpang tersebut, laluan K678 akan bersilang dengan jalan masuk ke Ibu Pejabat Daerah Kuala Muda. Sebelum di peghujung laluan K679, akan terdapat simpang tiga menuju Kawasan Perindustrian Sungai Tukang melalui Lorong Sungai Tukang. Jajaran Jalan Desa Jaya (K679) berakhir di Taman Desa Jaya, ia dilanjutkan dengan jalan perumahan sedia ada iaitu, Jalan Desa Jaya 8.[4][5]

Jalan Desa Jaya (K679) berjenis jalan raya tunggal dengan dua lorong dari penghujung barat sehingga ke penghujung hayat laluan ini.[4] Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Sungai Petani, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[2]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4][5]DestinasiCatatan
Taman Ria0.00 FT1Sungai Petani, Butterworth, Kuala Lumpur, Lencongan TimurPenghujung timur
0.08Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda
Taman Desa Jaya0.75Jalan Desa Jaya
0.85Lorong Sungai Tukang — Kawasan Perindustrian Sungai Tukang
1.00Jalan Desa Sentosa
1.07Jalan Desa Jaya 8 — Kampung Sungai Tukang, Taman Desa Enggang, Jalan PahlawanPenghujung barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kuala Muda" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 2021-08-31.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Kuala Muda/Sik, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2017-05-17. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 7 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit). Dicapai pada 15 Januari 2022 – melalui Twitter.
  4. ^ a b c d "Data Rangkaian Jalan Raya JKR di MyGeoMap". MyGeoMap. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  5. ^ a b Penyumbang OpenStreetMap (15 Januari 2022). "Peta Laluan Negeri Kedah K679" (dalam bahasa Inggeris). OpenStreetMap. Dicapai pada 25 Februari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]