Jalan Negeri Kedah K713

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K713
Jalan Kampung Hangus–Ladang Sungai Tawar
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Daerah Baling
Panjang13.11 km[1] (8.15 mi)
Simpang utama
Hujung barat K714 di Kampung Sungai Tawar
Persimpangan utama
Hujung timur K171 FT4 / K171 di Kampung Hangus
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K713 (K713) ialah jalan negeri yang terletak di bahagian selatan Daerah Baling, Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Baling dan memiliki panjang keseluruhan iaitu, 13.11 kilometer (8.1 bt).[1] Jalan negeri ini menghubungkan Kampung Hangus di timur dengan Kampung Sungai Tawar di barat.[3]

Deskripsi laluan[sunting | sunting sumber]

Jajaran[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri Kedah K713, bermula di Kampung Hangus, di dalam kawasan pentadbiran Mukim Kupang, salah satu mukim dalam penyeliaan Daerah Baling; di simpang tiga Jalan Persekutuan 4 (Lebuhraya Timur Barat), yang bertindih dengan Jalan Negeri K171 (Jalan Kampung Iboi). Berdekatan dengan Sekolah Kebangsaan (SK) Syed Sheh, Kampung Jerai, ia melintasi sebatang sungai, iaitu Sungai Kupang, lalu membengkok ke selatan. Kira-kira dua kilometer dari hujung timur, ia akan bersimpang dengan Jalan Negeri K754 (Jalan Kampung Charok Kapas), di Kampung Charok Kapas. Seterusnya, ia akan melintasi anak sungai Sungai Tawar iaitu, Charok Rotan Emas, berdekatan dengan kampung yang mempunyai nama sungai yang sama, iaitu Kampung Charok Rotan Emas.[4][5]

Jajaran dilanjutkan dengan melalui kawasan perhutanan, menelusuri Bukit Hijau dan Ladang Sungai Kelih. Ia akan melintasi sebatang sungai dari Sungai Tawar, iaitu Sungai Tawar Besar di Kampung Bukit Hijau. Sebelum jalan membengkok ke barat laut, Mukim Tawar akan bersempadan dengan Mukim Kupang di Kampung Bukit Hijau dan Kampung Tawar Besar. Bermula di sini, jalan raya akan melalui kawasan estet kelapa sawit dan tiada petempatan manusia sepanjang jalan raya ini, lalu tamat di simpang tiga Jalan Negeri K714 di Kampung Sungai Tawar. Sebahagian besar jajaran Jalan Negeri Kedah K713 terletak di Mukim Kupang, dan selebihnya di Mukim Tawar.[2][5] Hampir kesemua bahagian jalan K713, jenis jalan raya yang diguna pakai ialah jalan raya tunggal dengan dua lorong, satu hala untuk satu lorong.[4]

Nama[sunting | sunting sumber]

Ia dikenali sebagai Jalan Kampung Bukit Hijau dan Jalan Bukit Hijau dalam kalangan penduduk setempat, namun nama yang telah diwartakan dalam Sistem Maklumat Rekod–Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) bagi Jalan Negeri Kedah K713 ialah Jalan Kampung Hangus–Ladang Sungai Tawar.[1]

Senarai persimpangan[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Baling, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Hangus0.0 K171 FT4 (Lebuhraya Timur-Barat) / K171 (Jalan Kampung Iboi) – Gerik, Kuala Pegang, Baling, ButterworthKilometer sifar K713
Kampung Charok Kapas2.0K754 K754 (Jalan Kampung Charok Kapas) – Kampung Sadik, Kampung Tanjong
Kampung Sungai Tawar13.1 K714 (Jalan Kampung Sungai Tawar) – Kampung Padang Setol, Ladang Katumba, Ladang Thte MowK714 tamat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Baling" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 1 Januari 2020. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ a b "Peta Jalanraya Daerah Baling, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 14 Februari 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName (dalam bahasa Inggeris). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 9 September 2022.
  5. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.