Jalan Negeri Kedah K684

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K684
Jalan Pusat Latihan RELA Wilayah Utara
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang1.10 km[1] (0.68 mi)
Simpang utama
Hujung baratPusat Latihan RELA Wilayah Utara
Hujung timur K17 di Kampung Perak
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K684 (Jalan Pusat Latihan RELA Wilayah Utara atau Jalan Kem RELA Bukit Selambau) ialah jalan negeri pendek yang terletak di bahagian timur Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia. Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K684 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 1.1 kilometer (0.7 bt),[1][2] menghubungkan Pusat Latihan RELA Wilayah Utara di barat dengan Kampung Perakdi timur dengan melalui kawasan perkampungan terebut.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Dari penghujung timur di Kampung Perak, Jalan Negeri Kedah K684 bermula di persimpangannya dengan Jalan Kuala Ketil–Kalai K17 berhampiran dengan sebuah surau. Ia akan menuju ke timur melalui kawasan hutan hijau dan perladangan. Di sepanjang Jalan Pusat Latihan RELA Wilayah Utara K684 tiada persilangan dengan jalan utama. Jajaran K684 akan berakhir di hadapan pintu masuk ke Pusat Latihan RELA Wilayah Utara (atau mudahnya Kem RELA Bukit Selambau), ia akan dilanjutkan dengan jalan raya menuju ke kem tersebut.[2][3] Secara keseluruhan, Jalan Pusat Latihan RELA Wilayah Utara K686 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Teloi Kiri, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[3]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[3]DestinasiCatatan
Kampung Perak0.0Pusat Latihan RELA Wilayah UtaraPenghujung barat
1.1 K17Jeniang, Kuala Ketil, Kampung Kuala Sin, BalingPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 8 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  2. ^ a b World Express Mapping (WEM) Sdn. Bhd. (dalam bahasa Inggeris). Peta Panduan Jalan Kedah & Perlis (Road Map of Kedah & Perlis) (Peta). 1: 187,950. ISBN 983-2192-36-6.
  3. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 16 Januari 2022.