Jalan Negeri Kedah K181

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K181
Jalan Terat Batu
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kulim/Bandar Baharu
Panjang1.63 km[1][2] (1.01 mi)
Simpang utama
Hujung utaralembah Sungai Muda di sempadan Daerah Kulim–Daerah Kuala Muda
Hujung selatanK179 K183 K179 / K183 di Kampung Terat Batu
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K181 (dikenali sebagai Jalan Terat Batu) ialah jalan negeri utara-selatan yang terletak di Daerah Kulim, dalam negeri Kedah, Malaysia.[3] Penghujung utara K181 terletak di lembah Sungai Muda berhampiran dengan sempadan Daerah Kulim–Daerah Kuala Muda manakala penghujung selatannya terletak di simpang K183 (Jalan Guar Lobak) dan K179 (Jalan Ekor Kucing) di Kampung Terat Batu,[4] dengan panjang jajarannya mencecah 1.67 kilometer (1.0 bt).[1][2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K181 merupakan sebatang jalan raya yang berstatus jalan negeri, yang dibina dan diwartakan di bahagian barat daya Daerah Kulim, Kedah. Secara pentadbiran, perwartaan jalan negeri ini terletak di dalam kawasan perntadbiran Mukim Sidam Kanan yang bersempadan secara langsung dengan negeri Pulau Pinang di bahagian baratnya. Pewartaan jalan negeri ini juga terletak di kawasan luar bandar, dengan panjang keseluruhan mencecah 1.67 kilometer (1.0 bt) dan luas jalan raya iaitu sebanyak 11,378.75 meter persegi (122,479.8 ka2).[5] Selain itu juga, K181 ialah jalan raya tunggal timur-barat yang mempunyai dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][6] Untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K181 terletak di Zon Padang Serai selian JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. K181 dikenali sebagai Jalan Terat Batu dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][2][5]

K181 bermula sebagai kilometer sifar di kawasan Kampung Terat Batu, di simpang tiga K183 (Jalan Guar Lobak) dan K179 (Jalan Ekor Kucing). Pada peringkat awal, K181 bakal melewati kawasan perkampungan bercorak berselerak dan beberapa kawasan estet pokok getah dan kelapa sawit. Beberapa kilometer kemudian, K181 bakal membentuk satu lengkok dari arah utara ke arah timur laut. Di lengkok ini terdapat beberapa simpang jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) menuju ke Kampung Pantai Ali dan Kampung Pantai Perai. Jajaran K181 diteruskan sehingga penamatnya di lembah Sungai Muda berhampiran dengan sempadan antara dua daerah iaitu Daerah Kulim dan Daerah Kuala Muda.Di penamat bagi jalan raya ini, K181 tidak dihubungkan dengan sebarang rangkaian jalan raya utama yang lain dan diakhiri dengan jalan mati.[2][6]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kulim, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[6]Destinasi[4][6]Catatan
Kampung Kuala Jerong0.00Jalan mati di lembah Sungai MudaPenghujung utara
Kampung Terat Batu1.67K179 K179Kampung Ekor Kucing, Tasek Gelugor
K183 K183Kampung Guar Lobak, Padang Serai
Penghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kulim/Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 21 September 2023.
  2. ^ a b c d Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  3. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah (Skala 1: 120,000)" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Julai 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  5. ^ a b JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. "Dokumen Meja Sebut Harga: Sebut Harga untuk Perkhidmatan Pemotongan Rumput di Jalan-Jalan Negeri di Kawasan Padang Serai". idaftar.kedah.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2023. Dicapai pada 21 September 2023.
  6. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]