Jalan Negeri Kedah K265

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K265
Jalan Natoi–Bendang Dalam
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kubang Pasu
Panjang3.13 km[1] (1.95 mi)
Simpang utama
Hujung barat E1 E1 / FT1 di Kampung Natoi
Hujung selatanK110 K110 di Kampung Bendang Dalam
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K265 (Jalan Natoi–Bendang Dalam atau Jalan Kampung Dalam) ialah jalan negeri berstatus biasa yang terletak di bahagian utara Daerah Kubang Pasu, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kubang Pasu. K265 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 3.131 kilometer (1.9 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Kampung Natoi di barat dan Kampung Bendang Dalam di timur.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K265 bermula sebagai kilometer sifar di utara Kampung Natoi, dalam pecahan pentadbiran selatan Pekan Napoh, dalam Mukim Husba, di simpang tiga Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara (bertindih dengan Jalan Persekutuan 1), lebuh raya ekspres utama di Malaysia. K265 akan memalui kawasan perkampungan Kampung Natoi dan beberapa kawasan pertaniah yang diusahakan oleh penduduk setempat, seperti padi dan pokok getah. K265 akan melengkung sedikit ke timur laut, lalu menjunam tajam ke tenggara menuju ke penamat timur. Di sini juga, terdapat simpang ke jalan kampung (Jalan Perhubungan Desa; JPD) Kampung Tebing, lalu membuat lintasan dengan Sungai Temin (atau Sungai Bata), 260 meter dari simpang Kampung Tebing.[3][4]

Setelah menjelajah sepanjang 1.7 kilometer (1.1 bt), K265 akan melintang sementara menuju ke arah barat, apabila simpang jalan kampung ke kawasan petempatan kecil, Kampung Lembah hampir. K265 akan menjunam ke selatan menelusuri kawasan kaki bukit Bukit Keluang, kemudian kemabli menuju ke arah barat dan membentuk huruf "L", di kawasan Kampung Kubang Besah. K265 melalui kawasan perladangan getah Kampung Bendang Dalam dan tiba di penamat timurnya, bersimpang dengan Jalan Negeri K110 (Jalan Binjal–Kampung Bukit) secara simpang tiga.[3][4] Secara keseluruhannya, jajaran Jalan Negeri K265 terletak dalam kawasan pentadbiran Mukim Husba. K265 juga merupakan jalan raya tunggal timur-barat dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia sepenuhnya oleh JKR Kubang Pasu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4] K265 dikenali sebagai Jalan Kampung Natoi/Kampung Lembah/Kampung Bendang Dalam dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[5]

Senarai persimpangan[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kubang Pasu, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Kampung Natoi0.00 E1 E1 / FT1Changlun, Bukit Kayu HitamPenghujung barat
Kampung Bendang Dalam3.13K110 K110Kampung Bukit, Kampung BinjalPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kubang Pasu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kubang Pasu, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 17 Julai 2017. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.
  5. ^ JKR Kubang Pasu (2022). "Perkhidmatan Memotong Rumput, Tumbuh-Tumbuhan, Membersih Semak Samun dan Kerja-Kerja Berkaitan di Bahu Jalan Sepanjang Jalan Negeri untuk Tahun 2022 bagi Daerah Kubang Pasu, Kedah (Zon 2)". idaftar.kedah.gov.my. Kerajaan Negeri Kedah. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 Februari 2023. Dicapai pada 25 Januari 2023.