Jalan Negeri Kedah K118

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K118
Jalan Lunas–Ara Kuda, Jalan Lunas
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kulim/Bandar Baharu
Panjang0.89 km[1][2] (0.55 mi)
Simpang utama
Hujung baratP118 P118 di Ladang Wellesley, Pulau Pinang
Hujung timur FT 136 di Lunas
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K118 (dikenali sebagai Jalan Lunas–Ara Kuda dan Jalan Lunas) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di Daerah Kulim, dalam negeri Kedah, Malaysia.[3] Penghujung barat K118 terletak di P118 (Jalan Ara Kuda–Lunas) di Ladang Wellesley dekat sempadan Pulau Pinang–Kedah manakala penghujung timurnya terletak di simpang FT 136 di Lunas,[4] dengan panjang jajarannya mencecah 0.89 kilometer (0.6 bt).[1][2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K118 merupakan sebatang jalan raya yang berstatus jalan negeri, yang dibina dan diwartakan di bahagian barat Daerah Kulim, Kedah. Secara pentadbiran, perwartaan jalan negeri ini terletak di dalam kawasan perntadbiran Mukim Lunas yang bersempadan secara langsung dengan negeri Pulau Pinang di bahagian baratnya. Pewartaan jalan negeri ini juga terletak di kawasan bandar, dengan panjang keseluruhan mencecah 0.89 kilometer (0.6 bt) dan luas jalan raya iaitu sebanyak 6,466.25 meter persegi (69,602.1 ka2).[5] Selain itu juga, K118 ialah jalan raya tunggal timur-barat yang mempunyai dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][6] Untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K118 terletak di Zon Padang Serai selian JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. K118 dikenali sebagai Jalan Lunas–Ara Kuda dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][2][5]

K118 bermula sebagai kilometer sifar di pusat bandar Lunas, di simpang empat FT 136 (Jalan Bandar Baharu–Merbau Pulas) dan Jalan Sungai. Pada peringkat awal, K118 bakal melewati bangunan-bangunan komersial dan perumahan penduduk yang sejajar di Lunas. Berdekatan dengan persimpangan Jalan Murni Indah 3, K118 bakal melalui Sekolah Kebangsaan (SK) Lunas Jaya di sisi utara jalan raya manakala di sisi selatan jalan raya ini pula terdapat Klinik Kesihatan Lunas. Tidak jauh daripada dua bangunan itu, K118 akan bersimpang dengan dua jalan perumahan yang berbeza di Kampung Perenggan, iaitu Jalan Murni Indah yang menuju ke Taman Murni Indah dan Jalan Kijang yang menuju ke Taman Sutera Utama. Lalu, K118 diteruskan lagi menuju ke arah barat dan bakal melewati kawasan estet kelapa sawit yang bernama Ladang Wellesley di bahagian utara. Jajaran K118 diteruskan sehingga penamatnya di sempadan Pulau Pinang–Kedah dan bakal dilanjutkan dengan Jalan Negeri P118 (Jalan Ara Kuda–Lunas).[2][6]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kulim, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[6]Destinasi[4][6]Catatan
Ladang Wellesley0.00P118 P118Kampung Ara Kuda, Tasek GelugorPenghujung barat
Kampung Perenggan0.45Jalan Murni Indah – Taman Murni Indah /
Jalan Kijang – Taman Kijang, Taman Sutera Indah, Taman Indah
Lunas0.89 FT 136Kulim, Kampung Sungai SeluangPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kulim/Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 21 September 2023.
  2. ^ a b c d Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  3. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah (Skala 1: 120,000)" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Julai 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  5. ^ a b JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. "Dokumen Meja Sebut Harga: Sebut Harga untuk Perkhidmatan Pemotongan Rumput di Jalan-Jalan Negeri di Kawasan Padang Serai". idaftar.kedah.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2023. Dicapai pada 21 September 2023.
  6. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]