Jalan Negeri Kedah K370

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K370
Jalan Sultan Badlishah, Jalan Selamat
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kota Setar
Panjang0.94 km[1] (0.58 mi)
Simpang utama
Hujung utaraK369 K367 K369 / K367 di Alor Setar
Hujung selatan FT256 di Alor Setar
Lokasi
Destinasi
utama
  • Wisma PKNK
  • JKR Alor Setar
  • Ukir Mall
  • Menara SADA
  • Kompleks Perniagaan PERUDA
  • Bangunan Persekutuan Alor Setar
  • Bangunan Sultan Abdul Halim
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K370 (merangkumi Jalan Sultan Badlishah dan Jalan Selamat) ialah jalan negeri biasa yang terletak di Pusat Bandar Alor Setar, Daerah Kota Setar, dalam negeri Kedah, Malaysia.[2] Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kota Setar. K370 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.99 kilometer (0.6 bt),[1] yang bertindak menghubungkan Bulatan Rukun Negara (atau Bulatan Teluk Wan Jah) di barat dengan Jalan Langgar di selatan.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K370 bermula di Bulatan Telok Wan Jah (atau Bulatan Rukun Negara pada ketika dulu), dengan nama Jalan Sultan Badlishah. Di Bulatan Telok Wan Jah, ia bersimpang dengan Jalan Telok Wan Jah (Jalan Negeri K369) dan Jalan Stadium (Jalan Negeri K367), berdekatan dengan Wisma Perbadanan Kemajuan Negeri Kedah (PKNK) dan Pusat Komersial Telok Wan Jah. Lalu, K370 akan bersimpang dengan Jalan Istana Lama, dekat Ukir Mall. Persimpangan ini hanya boleh dicapai dari arah menuju ke utara. Selepas melepasi simpang Jalan Istana Lama, K370 akan melintasi sebatang sungai bernama, Sungai Derga. Dekat Menara Syarikat Air Darul Aman (SADA), ia akan bersimpang dengan Jalan Kolam Ayer. Walaupun begitu, persimpangan ini hanya boleh dicapai dari arah menuju ke selatan.[3][4]

Tidak jauh dari persimpangan Jalan Kolam Ayer, Jalan Sulatan Badlishah (Jalan Negeri K370), akan bersimpang dengan Jalan Kota dan jalan akses ke Pejabat Jurutera Daerah JKR Alor Setar dan Bangunan Sultan Abdu Halim. Persimpangan ini ialah berjenis bulatan. Seterusnya, K370 akan bersimpang dengan Jalan Tunku Ibrahim. Bermula di sini, K370 akan dikenali sebagai Jalan Selamat dan menjadi jalan sehala. Jalan Selamat (Jalan Negeri K370) akan tamat di simpang tiga Jalan Langgar (Jalan Persekutuan 256, sebelum ini dikenali sebagai Jalan Negeri K8).[3][4]

Secara keseluruhannya, kesemua jajaran Jalan Sultan Badlishah dan Jalan Selamat terletak di Mukim Alor Malai, salah satu mukim dalam Daerah Kota Setar. K370 juga merupakan jalan raya kembar utara-selatan dengan dua lorong setiap arah dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan dan diselia oleh JKR Kota Setar, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][4]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian jalan negeri ini terletak di Daerah Kota Setar, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[4]DestinasiCatatan
Alor Setar0.00K369 K367 K369 / K367Kepala Batas, Jitra, Taman Jayakami, Stadium Darul AmanPenghujung utara, bulatan
0.29Jalan Istana Lama – Menara Alor Setar, Istana Kuning, SJK (C) Keat Hwa SDari selatan sahaja
0.45Jalan Kolam Ayer – Ibu Pejabat Polis Daerah Kota SetarDari utara sahaja
0.60Jalan Kota – JKR Kota Setar, Bangunan Sultan Abdul HalimBulatan
0.75Jalan Mahsuri – City Plaza, Jalan Padi, Lorong MalinjaDari utara sahaja
0.85Jalan Tunku Ibrahim – Pekan Rabu, City PlazaDari utara tidak boleh belok ke barat
0.99 FT256Butterworth, Sungai Petani, Hutan KampungPenghujung selatan
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kota Setar/Padang Terap/Pokok Sena" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2020-02-19. Dicapai pada 31 Januari 2022.
  2. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kota Setar/Padang Terap, Kedah" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 11 Julai 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  3. ^ a b c Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  4. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 25 Januari 2022.