Jalan Negeri Kedah K804

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K804
Jalan Permatang Durian
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kulim/Bandar Baharu
Panjang2.81 km[1][2] (1.75 mi)
Simpang utama
Hujung baratKampung Permatang Durian
Hujung timur FT 136 di Merbau Pulas
Lokasi
Destinasi
utama
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K804 (dikenali sebagai Jalan Permatang Durian) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di Daerah Kulim, dalam negeri Kedah, Malaysia.[3] Penghujung barat K804 terletak di Kampung Permatang Durian manakala penghujung timurnya terletak di simpang FT 136 (Jalan Bandar Baharu–Merbau Pulas) di Pekan Merbau Pulas,[4] dengan panjang jajarannya mencecah 2.813 kilometer (1.7 bt).[1][2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K804 merupakan sebatang jalan raya yang berstatus jalan negeri, yang dibina dan diwartakan di bahagian utara Daerah Kulim, Kedah. Secara pentadbiran, perwartaan jalan negeri ini terletak di dalam kawasan perntadbiran Mukim Padang Meha yang bersempadan secara langsung dengan Daerah Kuala Muda di bahagian utaranya. Pewartaan jalan negeri ini juga terletak di kawasan luar bandar, dengan panjang keseluruhan mencecah 2.813 kilometer (1.7 bt) dan luas jalan raya iaitu sebanyak 15,061.25 meter persegi (162,117.9 ka2).[5] Selain itu juga, K804 ialah jalan raya tunggal timur-barat yang mempunyai dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][6] Untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K804 terletak di Zon Padang Serai selian JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. K804 dikenali sebagai Jalan Permatang Durian dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][2][5]

K804 bermula sebagai kilometer sifar di Pekan Merbau Pulas, di simpang tiga FT 136 (Jalan Bandar Baharu–Merbau Pulas) berdekatan dengan Jambatan Sungai Sedim yang juga bertindak sebagai sempadan antara daerah Kulim dengan Kuala Muda. K804 hanya bertindak sebagai cabang jalan (spur road) kepada FT 136. Pada peringkat awal jalan, K804 bakal melewati kawasan perumahan dan komersial Taman Merbau Indah sebelum berkelok ke barat daya. Lalu, K804 bakal menelusuri kawasan perkampungan dan pertanian di Kampung Beka yang terbina di lembah sungai Sungai Sedim. Berdekatan dengan punca bagi Sungai Bekuai, terdapat simpang jalan kampung yang menuju ke Kampung Bukit Banjir. Jajaran K804 diteruskan sehingga penamatnya di kawasan perkampungan Kampung Permatang Durian dan bakal dilanjutkan dengan sebatang jalan kampung sedia ada. Sebelum tiba di penghujung baratnya, K804 bakal memlintasi Sungai Sedim di kawasan perkampungan yang sama.[2][6]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kulim, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[6]Destinasi[4][6]Catatan
Pekan Merbau Pulas0.00 FT 136Kuala Ketil, Kampung Sungai KaranganPenghujung timur
Kampung Permatang Durian2.81Dilanjutkan dengan jalan kampung sedia ada.Penghujung barat
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kulim/Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 21 September 2023.
  2. ^ a b c d Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  3. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah (Skala 1: 120,000)" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Julai 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  5. ^ a b JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. "Dokumen Meja Sebut Harga: Sebut Harga untuk Perkhidmatan Pemotongan Rumput di Jalan-Jalan Negeri di Kawasan Padang Serai". idaftar.kedah.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2023. Dicapai pada 21 September 2023.
  6. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]