Jalan Negeri Kedah K674

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K674
Jalan Bakar Kapor
Jalan Tepi Padang Golf
Maklumat laluan
Diselenggara oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Kuala Muda
Panjang0.80 km[1] (0.50 mi)
Simpang utama
Hujung utaraKampung Penghulu Him
Persimpangan utamaK661 Jalan Sungai Petani–Taman Intan
K651 Jalan Penghulu Him–Sungai Layar Ujong
K659 Jalan Kelab Sungai Petani–Sungai Layar
Hujung selatanSungai Petani
Lokasi
Destinasi
utama
Kampung Bakar Kapor
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Bakar Kapor (Laluan Negeri Kedah K674) ialah jalan raya negeri yang terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.[2][1]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Bakar Kapor, juga dikenali dengan nama Jalan Tepi Padang Golf diselenggarakan sepenuhnya oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda dengan peruntukan negeri atau Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS). Ia memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.8 kilometer (0.5 bt).[1] Di kebanyakan bahagian di Jalan Bakar Kapor adalah jalan raya tunggal dua lorong.[3]

Permulaan laluan ini terletak di Sungai Petani, di persimpangannya dengan Jalan Taman Intan–Sungai Petani (atau Jalan Pangkalan; Laluan Negeri K661). Ia akan menuju ke arah utara melalui kawasan perumahan dan padang golf. Sebelum laluan tamat, akan terdapat sebuah bulatan, di mana laluan ini akan bersilang dengan Jalan Penghulu Him–Sungai Layar Ujong (Laluan Negeri K651). Selepas melepasi bulatan tersebut, laluan akan berakhir di Kampung Penghulu Him bersilang dengan Jalan Kelab Sungai Petani–Sungai Layar (atau Jalan Sungai Layar; Laluan Negeri K659).[3][4]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[3][4]DestinasiCatatan
Sungai Petani0.00K661 K661Butterworth, Tikam Batu, Taman IntanTerminal selatan
0.24Jalan Mawar — Kampung Bakar KaporSimpang tiga
Kampung Penghulu Him0.80K651 K651 — Lencongan Barat, Semeling, Tanjung DawaiBulatan
0.85K659 K659Kampung Sungai Layar, Kelab Sungai PetaniSimpang tiga
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 7 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  2. ^ "Peta Jalan Raya di Kedah JKR, Skala 1: 500 000" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2021-12-30. Dicapai pada 2021-12-30.
  3. ^ a b c "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 2022-01-06.
  4. ^ a b Google Inc. "Peta Google — K674" (dalam bahasa Inggeris). Google Maps. Dicapai pada 25 Januari 2022.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]