Jalan Negeri Kedah K802

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K802
Jalan Kampung Telok Sera
Jalan Telok/Teluk Sera
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kulim/Bandar Baharu
Panjang1.61 km[1][2] (1.00 mi)
Simpang utama
Hujung barat K824 di Kampung Paya Ketiyu
Hujung timurKampung Telok Sera
Lokasi
Destinasi
utama
  • Taman Sera Mesra
Sistem lebuh raya
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K802 (dikenali sebagai Jalan Kampung Telok Sera, Jalan Telok Sera dan Jalan Teluk Sera) ialah jalan negeri timur-barat yang terletak di Daerah Kulim, dalam negeri Kedah, Malaysia.[3] Penghujung barat K802 terletak di K824 (Jalan Pokok Jambu–Sidam Kanan) di Kampung Paya Ketiyu manakala penghujung timurnya terletak di sebatang jalan kampung di Kampung Telok Sera,[4] dengan panjang jajarannya mencecah 1.61 kilometer (1.0 bt).[1][2]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Jalan Negeri K802 merupakan sebatang jalan raya yang berstatus jalan negeri, yang dibina dan diwartakan di bahagian barat laut Daerah Kulim, Kedah. Secara pentadbiran, perwartaan jalan negeri ini terletak di dalam kawasan perntadbiran Mukim Sidam Kanan yang bersempadan secara langsung dengan Daerah Kuala Muda di bahagian utaranya. Pewartaan jalan negeri ini juga terletak di kawasan luar bandar, dengan panjang keseluruhan mencecah 1.61 kilometer (1.0 bt) dan luas jalan raya iaitu sebanyak 11,945 meter persegi (128,570 ka2).[5] Selain itu juga, K802 ialah jalan raya tunggal timur-barat yang mempunyai dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselia sepenuhnya oleh JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu, melalui Kerajaan Negeri Kedah.[1][6] Untuk perkhidmatan penyelanggaran jalan, K802 terletak di Zon Padang Serai selian JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. K802 dikenali sebagai Jalan Telok Sera atau Jalan Teluk Sera dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).[1][2][5]

K802 bermula sebagai kilometer sifar di kawasan ladang kelapa sawit iaitu Ladang Victoria berhampiran dengan Kampung Paya Ketiyu, di simpang tiga Jalan Negeri K824 (Jalan Pokok Jambu–Sidam Kanan). K802 hanya bertindak sebagai cabang jalan (spur road) kepada K824. Pada peringkat awal, K802 bakal melewati ladang kelapa sawit di bahagian utara jalan manakala sebaliknya iaitu di bahagian selatan, terdapat sebuah kawasan perumahan yang dibina iaitu Taman Sera Mesra. Simpang masuk ke Taman Sera Mesra juga terletak tidak jauh daripada kilometer sifar jalan ini. Seterusnya, jalan negeri ini bakal menuju ke arah timur laut dari semasa ke semasa dengan melewati kawasan estet kelapa sawit Ladang Victoria. Setelah menjelajah sepanjang satu kilometer, K802 bakal memasuki kawasan perkampungan Kampung Telok Sera. K802 diteruskan sehingga penamatnya di kawasan kampung yang sama dan bakal dilanjutkan dengan sebatang jalan kampung yang bernama Jalan Kampung Teluk Sira.[2][6]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kulim, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[6]Destinasi[4][6]Catatan
Kampung Paya Ketiyu0.00 K824Kampung Sidam Kiri, Padang SeraiPenghujung barat
Kampung Telok Sera1.61Dilanjutkan dengan jalan kampung sedia ada.Penghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c d "Senarai Jalan Persekutuan dan Jalan Negeri Daerah Kulim/Bandar Baharu" (PDF). Jabatan Kerja Raya Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 19 Februari 2020. Dicapai pada 21 September 2023.
  2. ^ a b c d Kementerian Kerja Raya Malaysia (2016). "MyRoad–Pedia For Public". mygos.mygeoportal.gov.my. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Februari 2023.
  3. ^ "Peta Jalanraya Daerah Kulim/Bandar Baharu, Kedah (Skala 1: 120,000)" (PDF). JKR Kedah. 2013. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 16 Julai 2019. Dicapai pada 20 Februari 2022.
  4. ^ a b Jabatan Kerja Raya Malaysia (Februari 2007). "Peta Jalan Raya Kedah (Skala 1: 500,000)" (PDF). MY90004R (ed. 1-PNPM). Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 30 Disember 2021. Dicapai pada 30 Januari 2022.
  5. ^ a b JKR Daerah Kulim/Bandar Baharu. "Dokumen Meja Sebut Harga: Sebut Harga untuk Perkhidmatan Pemotongan Rumput di Jalan-Jalan Negeri di Kawasan Padang Serai". idaftar.kedah.gov.my. Diarkibkan daripada yang asal pada 21 September 2023. Dicapai pada 21 September 2023.
  6. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM). Dicapai pada 25 Januari 2023.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]