Jalan Negeri Kedah K686

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jalan Negeri Kedah K686
Jalan Masuk ke Petronas Fertiliser Kedah
Maklumat laluan
Diselenggara oleh JKR Kuala Muda
Panjang0.50 km[1] (0.31 mi)
Simpang utama
Hujung barat K603 di Kampung Guar Nenas
Hujung timurPetronas Fertiliser Kedah
Sistem lebuh raya
Sistem Jalan Negeri Malaysia
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

Jalan Negeri Kedah K686 (Jalan Masuk ke Petronas Fertiliser Kedah) ialah jalan negeri pendek yang terletak di bahagian utara Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia. Ia diselenggarakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. K686 memiliki panjang keseluruhan iaitu, 0.5 kilometer (0.3 bt),[1][2] menghubungkan Kampung Guar Nenas di barat dengan Petronas Fertiliser Kedah di timur dengan melalui kawasan Ladang Cempedak.[3]

Gambaran keseluruhan[sunting | sunting sumber]

Dari penghujung barat di Kampung Guar Nenas, Jalan Negeri Kedah K686 bermula di persimpangannya dengan Jalan Guar Nenas K603 berhampiran dengan persimpangan Jalan Simpang Gua Nenas K604. Ia akan menuju ke timur melalui kawasan perladangan. Di sepanjang Jalan Petronas Fertiliser Kedah K686 tiada persilangan dengan jalan utama. Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Utara E1 akan melintasi jalan K686 berhampiran Ladang Cempedak. Jajaran K686 akan berakhir betul-betul tamat jambatan menyeberangi Lebuhraya E1, ia akan dilanjutkan dengan jalan raya peribadi menuju ke Pintu 3 Petronas Fertiliser Kedah.[3][2] Secara keseluruhan, Jalan Petronas Fertiliser Kedah K686 dikelaskan sebagai jalan raya tunggal dengan dua lorong dari permulaan hingga pengakhiran hayat laluan. Ia diselenggarakan dan dimiliki oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) Daerah Kuala Muda. Secara pentabdiran, ia terletak di bawah Mukim Gurun, salah satu mukim di Daerah Kuala Muda.[3][2]

Persimpangan utama[sunting | sunting sumber]

Kesemua bahagian laluan negeri ini terletak di Daerah Kuala Muda, Kedah, Malaysia.

Lokasikm[3]DestinasiCatatan
Kampung Guar Nenas0.0 K603Pulau Bunting, Guar Chempedak, Sungai Petani, GurunPenghujung barat
Ladang Cempedak0.5Pintu 3 Petronas Fertiliser KedahPenghujung timur
1.000 mi = 1.609 km; 1.000 km = 0.621 mi

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b @JKRKMS (29 November 2016). "Senarai nama jalan di daerah Kuala Muda dan Sik: Bahagian 8 — Jalan Negeri di Daerah Kuala Muda" (Twit) – melalui Twitter.
  2. ^ a b c Penyumbang OpenStreetMap (15 Januari 2022). "Peta Laluan Negeri Kedah K686" (dalam bahasa Inggeris). OpenStreetMap. Dicapai pada 25 Februari 2022.
  3. ^ a b c d "Pangkalan Data Nama Geografi dan Gazetir Kebangsaan". MyGeoName. Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia. Dicapai pada 16 Januari 2022.